Nikmat Dosa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada admin IIUM kerana siarkan confession ni. Be warn, penulisan ni agak panjang, pembacaan 18 tahun ke atas dan mungkin akan ada yang meleret tengah-tengah jalan penceritaan. Aku tak tahu nak pilih tajuk yang sesuai jadi setelah berfikir selama 3 min sambil tengok video clip Gym Class Heroes: Cookie Jar ft. The-Dream aku pun memilih la tajuk ni.

Memandangkan bulan depan aku bakal menamatkan zaman bujang setelah 28 tahun membujang jadi elok la aku kongsikan serba sedikit tentang pengalaman hidup aku yang tak berapa banyak kepada engkorang semua terutamanya kepada kaum hawa. Yup betul, 28 tahun ni bukan tempoh yang lama untuk berkongsi pengalaman tapi harap sangat kaum-kaum hawa baca dan alert tentang apa yang aku nak tulis ni.

Aku dah terlupa untuk perkenalkan diri dan malas nak taip semula kat atas jadi aku tulis je la kat perenggan ketiga ni. Nama aku Kamal (bukan nama sebenar) umur 28 tahun 5 bulan dan bakal menamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan 9 nanti. Kenapa bulan 9 dan tengah-tengah bulan? Sebab bukan cuti sekolah dan dapat mengurangkan bajet perbelanjaan untuk kahwin nanti. Ok tamat sesi perkenalan diri.

Aku terus je la pada point sebab apa aku menulis confession ni, nikmat dosa. Maksud aku kat sini adalah berzina. Banyak je lagi nikmat dosa yang lain tapi aku nak fokuskan pada hal penzinaan ni. Aku guna perkataan Zina ni sebab nak nampak lebih kasar sikit dan harap korang sedar yang zina ni adalah salah satu dosa besar yang takkan diampunkan selagi mana kau tak bertaubat pada Allah. Secara terus terang ni orang kita nampak zina dah menjadi perkara biasa berbanding zaman-zaman tahun 90an 2000 dulu. Kita ditelan dengan arus teknologi dan cara pergaulan.

Salah satu punca berlaku penzinaan ni sebab tak dapat kawal hawa nafsu sendiri, samada laki atau perempuan. Adik-adik akak-akak, kalau nak bercinta tu lantak korang la kan sebab soal hati dan perasaan ni kita sendiri je yang tahu. Tapi tolong jaga nafsu tu, jaga iman kita tu. Berapa banyak kes yang kita tau, yang kita baca yang kita dengar di berita-berita berpunca sebab tak dapat kawal nafsu. Dari budak sekolah sampai la ke isteri orang.

Aku rasa rimas menulis cara formal ni sebab orang akan bosan untuk baca dan aku juga bosan nak menulis jadi aku guna bahasa berbual pasar je la. Berzina tu satu hal dah, yang pergi ambil gambar hantar ke pakwe, yang rakam video berbogel pada pakwe tunjuk habis semua inci badan untuk apa? Kau tak boleh nak respek diri kau, kau ingat orang nak respek kau? Semua ni punca dari kau sebab bagi peluang pada jantan-jantan tak guna tu. Aku tau la sebab aku sendiri pon pernah jadi salah seorang dari jantan taguna tu. Jadi sebab aku dah bertaubat tinggalkan menda-menda tu, dah nak jadi suami orang, bakal jadi bapak orang aku nak bagi nasihat dan tips sikit la pada engkorang yang pernah bodoh ‘send nude’ pada pakwe ni.

Orang laki waktu bercinta kadang-kadang tak terpikir pun pasal nak buat jahat amik kesempatan semua ni, tapi sebab kau yang akal 1 nafsu 9 tu buat kau jadi cetek otak bagi peluang pada deme-deme ni semua. Kadang-kadang tengah wasap mengadu gatal-gatal rambut, sengal-sengal peha, sakit bontot dan macam-macam lagi. Untuk apa? Nak tengok dia caring sangat pada kau ke sampai mengada macam tu sekali? Kau dah takde kawan perempuan sangat ke sampai menda-menda alah macam tu nak bercerita kat pakwe kau? Kau tau kan tahap imaginasi orang lelaki ni macam mana. Sebab tu kalau korang tau mata orang laki ni jenis macam mana kau confirm keluar rumah habis bungkus badan dengan toto.

Aku malas nak ulas pasal orang laki tak pandai jaga mata ke apa ke sebab tu bukan fokus tajuk aku. Lagi-lagi yang jenis bertudung litup sopan ayu tu. Kau nak tau? Spesis-spesis yang bertudung berbaju kurung ni la yang bersepah dalam laman web porno. Macam-macam jenis ada, jenis awek bertudung blowjob dalam kereta, berzina dalam kereta, pakai tudung berzina dalam bilik hotel, pakai tudung beronani dalam toilet dan macam-macam lagi yang kau sendiri tak dapat bayangkan. Fetish orang laki ni pelik, kalau tak takda la macam-macam jenis penyakit mental seks yang ada kat muka bumi ni. Jenis tengok kaki terangsang, jenis tengok perempuan mengandung terangsang, jenis tengok awek bertudung labuh terangsang.

Berbalik pada yang jenis hantar gambar lucah sendiri pada pakwe tu, untuk apa buat semua tu? Atas dasar kasih sayang ke adik-adik semua? Kau takut pakwe kau tinggal kau ke kalau kau tak bagi gambar-gambar tu semua? Sebab tu kalau setakat bercinta tak tahu hujung pangkal, jangan la terlampau sayang sangat. Bila sayang kau jadi bodoh, dah la bodoh orang tegur taknak dengar. Geram je aku ni. ‘Kami kaum yang lemah, orang laki la jahat sebab buat kami macam ni’. Kau relak jap, aku sambil menulis ni tengah pikir ayat apa paling sopan untuk maki orang-orang pendek akal yang suke jawab macam tu. Betul, orang laki ni banyak yang jahat tapi yang jahat ni la kau suka kan? Jenis minat laki yang badass, nampak macho, sempoi cool relek apa jadah semua. Kalau tak takde la berapa ramai juga laki yang kena reject dengan ayat ‘awak terlalu baik untuk saya’.

Kalau kau tengah bercinta sekarang ni, dan pakwe kau ada tunjuk tanda-tanda dia nak berbual lucah dengan kau. Elok la kau stop sekarang dari kau terus hanyut. Macam mana tanda-tanda dia nak berbual lucah tu? Dia saja-saja cerita malam ni dia tidur pakai boxer je tak pakai baju, kalau tengah wasap ada nak mmuah mmuah pipi hidung dahi dagu bagai semua tu dan paling celaka sekali kalau dia boleh bercakap pasal anu dia pada kau. Dan kau pulak tapayana murah hati sangat nak bagitau malam ni tidur tak pakai bra, lepas tu orang laki pun buat-buat macam orang bodoh tanya. Kenapa tak pakai dan kau pulak sama bodoh cerita detail sebab apa tak pakai bra malam-malam nak tidur. Lagi satu aku boleh confirmkan kau orang perempuan semua, kalau pakwe kau dah mula tanya kau pakai bra dengan panties color apa hari tu dah memang sah pakwe kau tu gila seks dan kalau kau sayang diri kau elok kau block nombor dia terus dan inform pada kawan-kawan yang lain.

Lepas tu orang perempuan ni, aku nak nasihat. Kalau tengah berkenalan dengan seseorang atau tengah bercinta, jangan la rahsiakan sangat menda tu lagi-lagi pada family kau atau kawan-kawan rapat kau. Style orang perempuan sekarang ni kalau tengah bercinta jenis sorok konon taknak showoff sebab nak orang tengok dia ni jenis cool je dalam bercinta. Untung kalau dapat pakwe yang baik, kalau dapat yang jenis fakboi kaki cret tanggung la sorang-sorang nanti. Tolong la jangan rahsiakan hubungan tu. Kalau taknak tunjuk kat public, paling penting bagitau keluarga kau at least sorang. Ramai orang-orang yang aku kenal dan yang pernah aku buat tak elok dulu sebab percintaan yang dirahsiakan. Untung untuk orang lelaki yang jahat ni, takda sapa nak kacau.

Falsafah orang laki yang jahat ni pegang adalah ‘kau celup sekali memang dia tak lari dah’. Jadi tolong la, jangan la jadi mangsa kepada laki-laki yang jahat ni. Tolong fikirkan pasal keluarga kau. Kalau kau jenis selalu hantar gambar bogel kat pakwe dan satu hari nanti dia decide nak tinggalkan kau, apa kau nak buat? Kalau dia simpan untuk koleksi dia sendiri takpe la, kalau jenis berdendam saja-saja nak aibkan kau lepas tu sebarkan kat internet apa boleh kau buat waktu tu. Kalau kawan-kawan laki kau jenis kaki lucah jugak, jumpa gambar-gambar kau tu dalam internet, kawan-awak adik-beradik kau tunjuk pada diorang. Apa je yang kau boleh buat waktu tu.

Kena ingat satu perkara, apa yang berlaku dalam internet kekal dalam internet. Blog-blog lucah atau web-web lucah ni tumbuh macam cendawan. Kau buat report polis untuk tutup page tu, tetap akan tumbuh yang lain jugak. Bayangkan kalau ada 100 ribu orang yang tengok gambar atau video kau tu, dan separuh dari jumlah tu simpan sebagai koleksi. Azab sangat rasa. Kau dah berzina tu nak buat macam mana sebab pilihan kau sendiri tapi jangan la bangangkan diri relekan pakwe kau rakam aksi korang tu. Yang nampak muka kau sorang je, muka dia takde pon dalam tu. Kau boleh dengan bangga senyum waktu kena ambil gambar dan rakam tu.

Sedikit nasihat pada orang laki, kalau kau ada berkenan dengan sorang makwe yang kau tau dia baru clash. Tanya dulu kawan-kawan dia macam mana keadaan dia waktu clash dulu. Kalau dia jenis yang menangis sampai seminggu lepas clash sampai demam-demam atau bahasa mudahnya jenis tak boleh terima hakikat elok kau lupakan je la melainkan kau seorang yang baik dan takkan ungkit kisah silam dia. 80% dari orang yang aku kenal, kalau jenis breakdown sampai macam tu sekali lepas clash, she’s no longer tuttt if you know what I mean. Yang perempuan jangan marah dulu bila aku buat ayat macam tu, mungkin diorang dah bertaubat dan takkan buat lagi Sebab tu aku dah cakap melainkain kau seorang yang baik dan takkan mengungkit kisah silam dia, go on je. Tunjukkan dia jalan yang benar ke jalan yang diredhai Allah.

Siapa kita untuk menilai orang, setiap dosa tu tetap akan diampunkan oleh Allah jika dia bertaubat kecuali syirik. Aku sebenarnya banyak lagi yang nak tulis tapi sebabkan aku pikir nak menulis ni dah lama tapi sekarang baru menaip jadi banyak yang dah terlupa. Jadi cukup dulu untuk setakat ni, kalau la misalkata admin IIUM luluskan confession aku ni dan ada dapat sambutan mungkin aku akan tulis balik dengan ayat yang lagi sopan dan mudah diterima. Banyak sebenarnya aku nak expose perangai buruk orang laki ni supaya kaum-kaum hawa ni lebih berhati-hati tapi tulah nak buat ayat menulis tu tak sampai lagi.

Kesimpulannya aku nak cakap kat sini, nak bercinta tu bercinta lah tapi biar ada batasnya. Kalau dah ada nampak hint-hint pakwe kau jenis tak senonoh macam aku terangkan tadi elok la angkat kaki je, Kau tak rugi sesen pun. Dan kalau kau pernah berzina dengan pasangan kau dan kau sedar apa yang kau buat tu berdosa tapi atas dasar kasih sayang dan pujuk rayu jantan tak guna tu, aku doakan kau terus kuat untuk keluar dari situasi tu. Bertaubatlah, sesungguhnya Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Sekian la sampai sini dulu je, jumpa lagi kalau jodoh kita panjang.

Assalamualaikum.

– Kamal Ibrahim

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *