Normalisasi Budaya “Mengawan” Dahulu Baru Nikah

Assalamualaikum semua. Saya Rose, 30-an ibu kepada 3 anak.

Saya terpanggil untuk berkongsi luahan kebimbangan saya terhadap remaja zaman kini yang banyak membudayakan “mengawan” sebelum bernikah.

Kisah ini saya kongsikan lepas saya sendiri mengikuti kisah seorang perempuan saya namakan si A,

Yang ketika itu viral bergaduh dengan ibu kandung gara-gara ibu kandung “kantoi” kan dia bersekedudukan dengan teman lelaki, yang saya gelarkan “si penabur sperma”

Si A tersebut boleh laa dikatakan “instafamous” tapi bukan lah dari golongan pelakon atau penyanyi. Ketika itu, perempuan ini berusia 20an dan sangat laa tergila-gila kan teman lelakinya.

Bila ibu kandungnya viral kan hubungan maksiat mereka, perempuan tersebut habis-habisan menegakkan yang dia sudah bernikah dengan lelaki tersebut.

Banyak gambar bepeluk sakan, bepegang tangan, tinggal serumah dikongsikan pasangan yang konon sudah bernikah ini.

Malangnya, setelah perempuan tersebut berkongsi berita kehamilannya kepada pengikut instagram, tiba-tiba si penabur sperma tersebut “hilang”.

Perempuan ini kembali kepada ibu kandungnya yang dia maki dan gaduh sebelum ini..

Ketika itu, ramai follower tertanya, apa status perkahwinan dia dan lelaki tersebut.

Perempuan tu cakap sudah bercerai. Tapi tiada satu bukti pun dia berani tunjukkan yang mereka bernikah secara sah.

Semudah itu je bercerai tak perlu pegi mahkamah katanya. nampak sangat laa rupanya “pernikahan” hanya laa bohong.

Jadi selama ini, memang benar mereka bersekedudukan sampai perempuan ini hamil dan ditinggalkan.

Seterusnya, si penabur sperma tersebut mencari mangsa lain.

Kali ini juga, bermati matian kekasih hati terbaru si penabur sperma ni pertahankan lelaki ni.. kononnya lelaki ni sangat baik dan menjadi mangsa keadaan(isu mengandungkan perempuan pertama tadi).

Jalan cerita juga sama, banyak kongsikan gambar berpeluk, bepegangan tangan, acah-acah bersemut manis.

Tiba- tiba perempuan ini juga lama menyepi tanpa foto selfie..Rupa-rupanya dia juga terhamil sebelum bernikah.

Si lelaki ini sangat licik “menabur sperma” kepada mangsa-mangsa nya. Tapi kali ni , si penabur sperma ini tidak terlepas. Dia dipaksa bernikah dengan kekasihnya yang hamil itu.

Namun, apa yang menyedihkan, dua-dua remaja ini tiada langsung rasa malu dan segan silu menayangkan kehamilan hasil maksiat mereka, anak luar nikah mereka.

Ibaratkan “mengawan” sebelum nikah adalah perkara normal, hamil anak luar nikah adalah perkara dibanggakan.

Si perempuan tanpa segan silu menceritakan fasa kehamilan nya yang tiba-tiba tu kepada pengikut instagram nya..

Malah follower mereka yang rata-rata muda remaja ramai yang memuji pasangan ini sweet, baby bump comel, seronoknya hamil usia muda.

Malangnya juga, bayi yang dikandung perempuan tersebut meninggal. Ada komplikasi ketika bersalin.

Saya bayangkan mereka berdua akan mengambil iktibar dan insaf dengan kematian anak mereka, tapi tidakkk.. mereka baru sahaja bercerai.

Seperti biasa, berita penceraian mereka menjadi konten tiktok untuk menarik follower.

Si perempuan itu berkongsi video tangis sedih ditinggalkn si penabur sperma tersebut. Si perempuan juga berkongsi video tiktok bergambar kali terakhir dengan penabur sperma di luar mahkamah.

Yang terbaru, si penabur sperma lagi skali mencari mangsa terbaru. Tapi kali ni si perempuan yang ditinggalkan itu, janda muda itu sama naik gatalnya.

Tanpa segan silu berkongsi gambar masing-masing bersama kekasih baru.

Gambar dan video berpeluk sakan kembali dikongsi kepada follower. Seperti hamil luar nikah, perkahwinan, penceraian, kematian anak itu perkara remeh oleh mereka.

Saya sebagai ibu, sangat marah dengan perkara ini.

Jika awak sudah bermaksiat sampai terlanjur dan hamil, kenapa awak perlu mewarwarkan kepada semua seperti mengajak mereka untuk melakukan benda yang sama seperti awak.

Kenapa awak perlu menayangkan perkara maksiat itu lagi dengan kekasih baru.

Awak sebagai perempuan tiada rasa malu ke, tiada maruah ke? Hamilkan anak luar nikah, menjadi janda muda, kini kembali menggeletis dengan jantan lain.

Si lelaki pula memang kerjanya menabur sperma kepada mangsa baru. Yang bodohnya, mesti laa si mangsa beliau tu. Tidak pernah serik dengan ayat manis si penabur sperma ni.

Padahal sudah ramai yang kongsi kegiatan penabur sperma ni tetapi kekasih barunya masih menegakkan lelaki itu baik. Bodoh sungguh remaja perempuan sekarang.

Si penabur sperma kembali bebas, anak-anak luar nikah yang dihasilkan olehnya, tidak pula dia perlu menggalas tanggungjawab.

Si mangsa pula, golongan remaja perempuan yang bodoh tiada maruah dan rasa malu menggadaikan mahkota diri untuk bersama lelaki tak guna ini.

Tolong lah jaga maruah diri anak-anak muda remaja sekarang. Untuk si penabur sperma, tolong la insaf.

Sekian luahan saya,

Ibu yang marah, risau dan bimbang dengan budaya sekarang.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *