Opah Kuat Kecam

Assalamualaikum semua, selamat hari raya aidilfitri. Sebelum tu aku nak ucap terima kasih kalau confession aku terpilih untuk tatapan semua. Untuk perkenalan diri.. aku D, aku seorang suri rumah yang ada degree, berusia 20an.

Confession aku ni lebih kepada luahan perasaan sebab selalu kena judge dan sindir dengan family sendiri. Memandangkan raya ni cuma boleh beraya tanpa merentas negeri, so tahun ni aku dan suami raya kt kampung aku lah walaupun sbenarnya tahun ni turn kampung dia.

“Belajar tinggi2 tapi duduk rumah” “Habiskan duit orang tua je tahu” “Macam tuan puteri duduk rumah” “Pemalas”.

Aku dah lali dengan kata2 macam ni bila aku balik jenguk sedara mara di kampung. Parents aku dgn adik beradik aku okay je semua happy2 je kalau jumpa. Takde yang toxic macam sedara mara.

Aku bukan tak mahu kerja, tapi masa aku bujang parents aku jenis yang suka mengawal pergerakan plus tak bg aku kerja luar negeri(area rumah aku/negeri kurang sikit peluang pekerjaan).

Nature bidang aku selalu kena stay back kerja, diorang call aku tak berhenti tanya bila nak balik. Kadang2 lunch pon call kalau aku tak balik makan.

Boss dengan colleague aku pulak memang selalu lepak malam2, aku sorang ja yang selalu tak avail sebab mak aku tak bagi keluar (tapi ye lah diaorang lepak selalu sampai pukul 12-1pagi).

Lama2 aku berhenti kerja sebab aku tak okay dengan tempat kerja lama (salah 1 faktor aku tak social dengan boss selepas waktu bekerja, kadang2 macam ttinggal train gak la dengan issue tempat kerja).

Kebetulan lepas seminggu aku berhenti opah aku pon datang rumah aku sebabnya dia tak berapa sihat.. ayah aku volunteer nak jaga. Tapi dalam tak sihat macam2 dia kata kat aku. Jiran aku yang tak tahu aku dah berhenti kerja semua dah tahu. Padahal baru seminggu aku berhenti.

Parents aku volunteer nak jaga pon sebab aku ada kat rumah. Diorang sibuk kerja balik pon dah malam mana sempat nak tengok pon opah aku. Tapi cucu ni la yang paling tak guna bagi dia.

So aku jaga dia macam biasa, ubat habis aku top up beli. Bawak pergi appointment doctor. Ayah ade jugak ikhtiar rawatan jenis urutan, acupuncture. So memang aku je lah jadi driver + penjaga opah. Tapi setiap kali aku hilang sekejap dari dia (contoh aku park kereta).

Bila aku masuk tempat rawatan aku kena sindir dengan doktor. Doktor tu cakap nak cucuk aku dengan jarum, cakap aku tak urut opah aku, cakap macam2 yang buruk termasuk pasal issue aku tak kerja. Masalahnya kan mcm mana dia tahu semua ni.

Aku sampai jadi down sebab orang sekeliling yang okay dengan aku, contoh macam jiran aku pon mcm hari2 nampak muka aku tanya aku pasal kerja siap mcam buat muka pon ade. Padahal baru je berhenti.

Lepas tu opah aku pergi rumah pak ndak aku pulak, memandangkan kami duduk satu negeri. Cousin2 aku pulak cerita kat aku.. opah aku banyak burukkan aku kat diaorang. Cakap aku dduk saja dekat rumah tak buat apa.. aku suka marah dia.

Masalahnya aku marah sebab dia malukan aku dekat depan doktor. Habis semua patient tengok aku bila doktor tu cakap dengan nada tinggi, siap ugut nak cucuk aku. Serious semua ni takde orang lain nak cerita.

Lepas tu semua orang (staff ayah aku, kawan ayah aku, sedara mara) tanya mak aku kenapa aku perangai macam tu (refer to perangai buruk la of course), sejak bila macam tu. Sebab diaorang tahu aku sejenis happy go lucky. Hmmm..

Lepas tu opah aku dah sembuh. So aku dengan ayah aku gi hantar dia balik kampung. Lepas tu jumpa dengan Usu aku (adik bongsu ayah). Usu ni dah lama menganggur sebab tak sihat. Dia pon dalam sakit still nak mengata aku, sebab tak kerja.

Memang pedih bila dengar tu. Takde kebaikan aku disebutnya. Kenapa tak cakap aku bawak dia gi treatment, masak kat dia, borak ngn dia, bawak dia jenjalan sebab dia boring duduk rumah.

Tak lama lepas tu, kawan aku masuk meminang masa tu aku 3 bulan menganggur. Then memang nak kawin la dalam masa terdekat. Opah aku paling menentang. Dia cakap suami aku tak sesuai dengan aku.

Referring to physical kami dia boleh tahu kami ni tak sesuai takde jodoh. Dia burukkan suami aku pulak kat mak aku (padahal tak pernah borak pon dengan suami aku).

Mujur parents aku jenis tak kesah sangat dengan mulut opah. Lepas tu masa parents in law datang rumah pon dia burukkan aku pasal aku tak kerja.

(Diaorang actually dah tahu, tapi dia cakap macam aku ni teruk sangat habiskan duit ayah aku, serious kalau bukan opah aku memang aku dah sembur dia time tu).

Malu tak payah cakap, merah padam muka aku, memang masa tu aku takde mood terus. Boleh imagine tak mood happy2 jd suram macam tu je.

Fast forward aku kahwin, alhamdulillah lepas kahwin suami aku satu2nya lelaki yang tolong family aku buat kerja rumah, supportive sangat. Lepas je aku kahwin, aku berubah banyak sangat.

Dulu aku malu nak keluar rumah sebab takut jiran2 down kan aku tanya pasal kerja. Sekarang aku happy je borak dengan jiran2 baru aku.

Lepas tu aku dah start buat business dr rumah. Walaupun tak besar mana, tapi sekurang2nya lepas la nak guna beli keperluan sendiri , nak mnyimpan. Aku dah kembali ceria.

Bila aku balik kampung, aku dah jadi ramah bersembang dengan semua. Padahal dulu kalau ada opah aku tak berapa nak bercakap sebab dia suka sindir aku.

Semua family aku puji effort aku cari duit. Diorang macam amaze la dari tak buat apa kan nampak la aku ni sebenarnya function and ada a few sedara yang terkejut aku pandai masak.

(Actually pandai je cuma opah aku selalu kutuk je dari cerita yang elok mmg lah diaorang tak tahu kan..). Semua orang ingat aku ni macam spoiled brat (sendu betul hidup aku).

Tapi walaupun ramai yang puji dan amaze, orang tua ini masih menghina ku di pagi hari raya. Dia cakap aku ni macam takde class, berniaga padahal ada degree.

Jujurnya aku sangat kecil hati dan macam rasa menyampah pon ada. Jiran dia business dipujinya rajin melambung2, cucu sendiri buat dihina, takde encouragement. Aku ni buat apa pon tak kena sebab aku ada degree plus aku perempuan (family aku jenis rajakan lelaki).

I wish opah aku tahu aku tak mintak jadi macam ni. Aku pon nak kerja dalam bidang, aku pon nak ada income lebat like I am supposed to have. Tapi bidang ni tak sesuai dengan aku, aku masuk bidang ni tanpa aku tahu nature kerjanya tak sesuai dengan aku.

Aku ni anak yang selalu dikawal orang tua, nature kerja ni kadang2 kena stay back. Kena maki hari2, aku tak gembira dengan kerja ni.

Sebenarnya banyak je aku dihina sedara mara aku sebelum ni. Semua sebab kata2 opah yang diaorang dengar sebelah pihak je. Aku pulak jenis tak marah lama2, bila jumpa aku treat cam biasa happy2 tapi ada la down kekadang aku senyap je (down bila jumpa orang yang pernah menghina je).

Cousin aku tak kerja takpe tapi hanya sebab aku anak harapan family teruk aku kena kecam. Padahal sama je, at least aku ada effort nak business.

Kadang2 opah aku sanggup call sedara side mak aku untuk burukkan aku. Sampaikan bila diaorang call aku memang takde dah cakap macam dulu. Nada tinggi, marah2… kasar sangat. sikit sebanyak terguris juga hati aku. Sebab diorg aku jadi down sangat sangat. Aku malu nak balik kampung.

Aku percaya Allah maha mengetahui, maha melihat, maha mendengar. Semoga suatu hari usaha kecil ku ini membuahkan hasil, menjadi lubuk emas buat aku..

Aku percaya hanya kerajinan dan usaha akan ubah nasib aku. Aku taip ni pon sambil menangis sebab aku rasa macam aku ni tak berguna untuk semua orang. Sebenarnya aku dh dapat kerja lepas raya ni.

Tapi sebabkan aku tak suka perangai opah mestilah aku tak bagitahu dia. Sedap je opah mengata aku, aku saja ja nak tengok sejauh mana dia benci aku walaupun aku buat business. Ternyata business pon masih lekeh di matanya.

Aku percaya dengan rezeki Allah. Doakan aku semua, semoga Allah permudahkan urusan dan luaskan rezeki kita semua. Aamiin. Maaf kalau penulisan saya agak hambar dan membosankan.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *