Orang Kaya Bercerai Orang Miskin Bercerai

Assalamualaikum salam sejahtera..

Teringin nak tulis tentang tajuk ni sebab ia satu isu yang tidak asing kerana kita terdedah dengan kisah sebegini di media semasa.. kisah perceraian sebuah perkahwinan.

Tiada siapa yang berkahwin dengan niat akan bercerai, namun waspada dengan benda ni sebab syaitan pasti akan mencucuk pasangan untuk meruntuhkan hubungan yang sah,

Ujian dan masalah akan muncul, jika boleh teruslah bersabar untuk bahagia namun jika keadaan terlalu diluar jangkaan dan kesulitan maka penceraian adalah jalan keluar dan selamat.

Bukan semua orang berani bercerai jika ada hubungan bagai dihujung tanduk. Ada yang memilih bertahan dan merana tetapi bangkit juga yang akhirnya kembali kuat untuk membina semula keluarga bahagia…

Namun yang sudah berfikir panjang baik buruk serta tekad untuk berpisah sebenarnya bukanlah satu kesalahan bahkan ia satu solusi selamat jika terus duduk dalam situasi toksik atau menyeksakan zahir batin.

Macam aku, gelombang masalah tidak sehaluan, masalah kecil yang berat, masalah komunikasi dan orang ketiga keempat.. jadi aku nampak bercerai akan membuat aku lebih tenang dan bebas.

Tapi perasaan tenang itu tidaklah tiada langsung kocaknya, mungkin angin bayu sering meniup sedih rindu dendam di hati. Namun semakin lama semakin hilang.

Sebenarnya dalam hidup ni ada banyak peringkat masalah. Zaman belajar ada masalahnya, zaman bercinta berkahwin bekerja ada masalah juga, zaman tua ada masalah lain pula… Masalah, dugaan, ujian datang dan pergi.

Kini aku rasa masalah aku untuk mendapat pendapatan yang bagus memandangkan harga barang yang makin naik dan kepantasan teknologi yang makin hebat tak terbeli, jadi aku masih merangkak mengumpul harta demi masa depan diri dan keluarga..

Tajuk orang kaya bercerai orang miskin bercerai ni sebab aku rasa aku miskin bercerai namun orang kaya dunia pun bercerai..

Cara bercerai berbeza. Ada yang ambil masa lama dan peguam yang banyak untuk itu.

Syukur aku bercerai dengan dia melafaskan dirumah selepas satu fasa panjang minta dilepaskan secara baik dengan menyatakan banyak keburukan kami berdua yang sukar diperbaiki bersama…

Kemudian aku ambil tarikh untuk sebutan kes cerai tanpa peguam. Satu hari je masuk mahkamah, siap, ambil sijil. Habis edah sudah…

Aku pun tak mahu panjang cerita nak tuntut nafkah edah namun secara berbincang aku mahu dia beri nafkah anak yang mencukupi, andai lebih lagi baik, jika tiada aku faham dan aku yakin ada rezeki lain..

Dia pun akur untuk tidak buat tuntutan hadanah, aku bagi je dia jumpa anak tapi aku yang urus mereka. Aku kata awak buatlah anak lain, lagipun salah dia main perempuan. Dia ingat aku tak ada perasaan, baik sangat.

Janganlah ada stigma orang yang bercerai ni jahat, buruk, teruk… Dalam Al-Quran Allah SWT tak kata begitu. Diturunkan surah At-Talaq yang dalamnya ada ayat seribu dinar.

Moga kita semua ditakdirkan dengan hidup yang baik dan bahagia… Bertemu dengan orang yang baik dan mampu jadi lebih baik… Insha-Allah.

Sekian, moga ada ikhtibar yang dapat disampaikan… Terima kasih.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *