Orang Ketiga Dalam Rumahtangga

Saya seorang isteri suri rumah, suami pula seorang guru agama di sekolah agama. Saya sudah dikurniakan seorang cahaya mata.

Suami dan saya umur 30 tahun, sejak suami bekerja sebagai guru agama, suami saya agak lain dengan saya. Suami saya juga bila bergaduh dengan saya suka pukul saya.

Saya masih bersabar dengan dia. Saya juga tidak berpuas hati suami melayan rakan guru sekerja nya dengan baik.

Tapi dengan saya dia selalu marah. Salah sikit marah.. Buat saya ini macam bibik di rumah.

Saya juga tidak puas hati di sekolah rakan sekerja selalu rapat sangat dengan suami saya, sehinggakan suami saya buat saya rasa terpinggir..

Ikhtilat mereka juga tak terjaga sebagai guru agama. Gelak ketawa dengan guru perempuan.

Mereka sudah tahu suami saya sudah berkahwin tapi mereka tak hormat perhubungan suami isteri dan tak ada common sense langsung.

Kadang mereka ini menganggu masa saya dan suami saya. Suami saya ini jenis peramah orangnya. Sampaikan buat saya makan hati dan cemburu.

Benda ini orang anggap remeh tapi benda remeh ini lah syaitan selalu cucuk supaya rumahtangga bergolak.

Saya hanya berdoa pada Allah pada orang ketiga ini dibalas setimpal dengan perbuatannya.

Kerana mereka orang ketiga ini lah yang membuat rumahtangga saya kucar kacir dan buat suami dan saya bergaduh sepanjang hari,

Disebabkan mereka yang suka tak jaga pergaulan mereka dengan suami saya sehingga suami membuat saya terpinggir.

Terlalu sakit saya hadap sorang. Sampai mati pun saya takkan maafkan. Saya yakin doa orang teraniaya Allah dengar.

– tak ada nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

    • tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang menceritakan tentang payung emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *