Nama aku Bella, aku nak kongsi kisah percintaan aku dulu dengan lelaki tak guna. Aku pernah bercinta dengan sorang laki ni nama dia Adi (bukan nama sebenar).
Aku kenal ngan Adi ni melalui media sosial sahaja dan bermula sebagai kawan dan setelah beberapa kami berkawan dia memberitahu aku bahawa dia berminat dengan aku and that time aku maybe just suka berborak dengan dia dan agak bosan jugak kut.
So, lama ii tu aku terima dia even aku rasa dia takde langsung ciri ii lelaki yang aku nak. Dia ada banyak redflag yang aku memang tak suka tapi aku tak tahu kenapa mata aku dikaburkan ketika itu.
Adi ini selalu mengayat aku jugak lah, rasanya tu just love bombing. Au tak tahu kenape aku boleh suka kat lelaki yang memang tak layak langsung untuk aku.
Aku bukan nak kata apa lah tapi cara hidup kami sangat berbeza dan car di didik oleh parents pun belainan, aku di didik dengan pengetahuan agama sejak dari kecil dan sangat menjaga aurat, dan diri aku dan parents aku pun agak strict,
Tetapi dia sebaliknya dia macam tak tahu langsung tentang agama and dia dah biasa hidup bebas dan parents dia macam tak kesah langsung tentang dia maybe sebab dia dari broken family jugak kut.
So, one day tu hidup aku macam biasa je, and makin lama aku makin suka kat dia maybe sebab aku suka dapat attention dan pujian dari dia kut,
Maklumlah aku ni agak kurang kasih sayang kerana merupakan anak sulung dan mempunyai ramai adik beradik. So, kasih sayang kena lah bahagi ii haha.
Bila dah lama kenal ngan jantan ni, dia decide nak datang jumpa aku, kitaorang ldr agak jauh jugak. Dia tinggal di pantai timur manakala aku tinggal di selatan.
Aku sebenarnya malas nak date ke ape ke, tapi dia dah beli ticket tanpa pengetahuan aku takkan nak suruh dia cancel lak kan?
So, dia memang excited nak jumpa aku walhal aku biasa sahaja and agak nervous senanya, ialah tak pernah bertemu f2f kan.
Aku sebenarnya tak pernah keluar date dengan sesiapa sebelum ini, kiranya ini first time lah dan aku juga ajak member aku sekali pergi kiranya tak berdua tapi bertiga.
Semasa dalam chat dia ada cakap ngan aku dia tak sabar nak jumpa aku nak pegang tangan aku apa semua. Aku terus cakap mana boleh, haram kan?
Dia macam tak suka bila aku cakap macamtu dia ingat aku bergurau bila aku cakap aku tak suka and tak nak disentuh even tangan je pun. (aku pun tak pernah disentuh sesiapa tetiba engko nak sentuh aku, bukannya pasti yang kau akan jadi laki aku pun)
So, the day tu dia datang sini and kami pun keluar jalan.. first ii tu macam akward biasalah en, tapi lama ii tu kitaorang boleh lah nak sembang macam biasa.
And YES, dia sentuh gak aku even aku dah melarang dan menepis dia banyak kali, duduk rapat ii ngan aku and sangat tak selesa ye.
Aku seriously tak suka lelaki yang tak reti nak hormat wanita, kalau dia sayang aku kenapa dia sentuh aku? Kenapa dia takleh nak hormat aku sebagai wanita kan?
Memang dia tak pegang lebih ii just tangan, bahu, pipi tapi still aku tak gemar dengan benda tu, maybe sebab aku dah tahu benda tu dosa dan diajar sejak kecil kan, so aku nak elak benda tu seboleh bolehnya.
Ada one time tu, dia nak tangan aku nak genggam and aku taknak bagi dia nak amik gambar tangan bergenggaman kononnya kenangan lah kan,
Tapi aku refuse and dia tanya kenapa taknak, seriously how many times that i have to told him yang aku tak nak disentuh selain suami aku yang sah sahaja nanti.
Dia macam kurang pengetahuan agama tau, tapi dah aku bagitau tu nape still tanya lagi, faham tak? tetiba bengang lak HAHAHAHA.
Then, dia macam marah or merajuk aku pun taktau dia taknak cakap ngan aku, jalan depan sorang ii termenung.. Dalam hati aku macam bingung why dia nak marah, aku just nak jaga maruah aku je…
So, takpelah end of the day, dia balik lah malam tu juga, and aku pun balik rumah aku. Dia ada lah minta maaf kat aku sebab buat benda yang aku tak suka tapi aku macam ye ii je lah en.
Then, malam tu aku buat story ig and aku tag jantan tak guna tu and tetiba ade orang dm aku, aku tak bukak lagi, aku just baca kat notification and ss je sebab ingat naj cerita kat Adi and member aku lah. Then, aku chat tanya Adi tu, kenapa tetiba ade orag chat aku tanya pasal dia ape semua.
Then dia terus call aku even dia dalam bas time tu, and aku tanya lagi sekali kat dia and dia punya macam marah tau tapi dia kata sebab dia ngantuk aku pun macam mengiyakan je lah. Tapi aku still curios pasal tu tapi bila aku bukak ig aku nak tengok dm tadi, tapi dm tu tetiba hilang tau.
Aku husnudzon maybe orang tu silap chat and dia dah unsend message tu. So, aku just cerita ngan kawan baik aku je lah pasal benda ni disebabkan takde jawapan kitaorang abaikan je lah.
After 3-4 hari, aku ngan dia still macam biasa call everyday, chat ape samua. Akusebnarnya dah overtinking since benda tu jadi and aku pernah lah macam taanya dia ada perempuam lain ke ape ke but he deny it everytime.
One night tu aku terdetik nak search balik orang yang dm aku tu, sebab aku ade screenshoot kan so ade lah nama ig orang tu kat situ and yes memag aku jumpa tapi bila aku tengok ii tu, dia naik perkataan unblock au, padahal aku tak pernah block pun, so i assume that yang jantan tu yang block.
So, aku unblock that girl bila dah unblock naik lah dm dia yang haritu tu balik kat request aku. Aku accept and reply chat that girl, actually adi ade pegang ig aku so that’s why dia boleh block and tahu kalau ada orang chat aku.
That girl mengaku kata dia girlfriend Adi ni, aku macam tak percaya at first, i thought tu Adi punya ex and tetiba datang balik and mengaku jadi girlfriend dia, so aku tanya dia still ngan dia ke sampai sekarang and aku minta screenshot latest chat dorang and dia bagi.
Memang pompuan tu still ngan Adi tu sampai sekarang and dorang dah in relay one year lebih dah pun. So, Adi curang ngan aku, aku jadi perosak dorang punya relationship and aku sangat bersalah.
Actually, and that time aku tengah oncall ngan Adi tau, tapi after aku dapat reply dai perempuan tu dia tutp data rasanya nak buat macam call reconnecting and terputus call tu.
Dia dah cuak and nak lari dari masalah. BODOH betul jantan ni. DIa tutup data dia and kitaorng chat, call dia takboleh nampak sangat dia nak lari, pengecuttt. Then, perempuan tu call aku kitaorang sembang and dia nangis teruk aku punya rasa bersalah bertambah ii.
Aku dah bernekad nak tinggalkan jantan tak guna tu, but i need explanation, i deserve it. Adi menghilangkan diri dekat sejam, then baru dia online balik and dia buat ii macam nothing happen and tak rasa bersalah, srs buat aku rasa geram gila ngan dia.
Dia call aku first, and aku tanya dia kenapa ape semua tapi dia banyak senyap tau and suara dia srs aku rasa macam nak lempang dia, dia tak minta maaf pun at first tu tau. Aku taknak keluar air mata untuk jantan tak guna macamtu tapi terkeluar jugak haish.
Kitaorang disscuss ape semua and dia cakap kat aku kalau diberi pilihan dia akan lebih memilih aku dari that girl. Dalam hati aku, aku keep sayimg yang dia ingat aku ni option ke.
After a while, dia call ngan the other girl and aku tertido, memang aku patut tido pun at that time sebab dah pukul 3 lebih pagi and the next day tu i have class. Dia call aku balik after one hour lebih rasanya, aku terjaga and angkat call dia and dia cakap dah selesai dah dia ngan perempuan tu.
Aku tanya dia cakap ape je kat perempuan tu? and dia cakap dia tak cakap apa, dia just senyap and biar perempuan tu cakap, dia tak comfort perempuan tu langsung, dia just biarkan perempuan tu marah ii and end kan relationship dorang, so sebabtu dia kata dah selesai.
jantan ni buat hal pandai nak selesaikan tak pandai lak. So, aku still agak phobia because before this pernah jadi kat myself but i’m sitting at that girl place so i know ho she’ll feel and i’m so sorry about it.
Aku taktau kenape aku still dengan dia even benda ni dah jadi, idk why aku tak tinggalkan dia. Maybe time tu aku rasa berat gila nak tinggal dia kut, i’m afraid of losing that’s why i can’t. So, kitaorang just teruskan hidup macam biasa, kitaorang still together after that incident happened.
But, makin lama makin dia berubah, dari segi layanan dia, masa dia untuk aku, beria dia semua dah takde. Aku selalu fikir yang lelaki awal ii je beria because of this lahh, time nak dapat kita tu bukan main tapi bila dah dapat buat macam nak taknak je.
Okay, continue the story.. dia memang dah selalu takde masa untuk aku tau, dia dah macam burung hantu- siang tido sampai tengahhari, malam lepak and main game smpai subuh kadang tu. Korang mesti nak kata yang aku tak faham dia busy keje apa semua kan?
Tapi actually at that time dia tak keje and dia memang selalu tukar ii keje, keje sebulan-dua pastu stop then jadi penganggur sebulan dua then cari keje baru idk why lah dia macam tu.
So, waktu ni dia memang tade keje and tak keje pun, dia selalu akan keluar main bola, lepak or main game waktu malam smpai pukul 4-5 pagi kadang tu sampai subuh baru balik and tido smpai zohor kadang sampai asar.
Dia repeat bende yang sama almost everyday, and dia takde masa dah dengan aku even bukannya buat apa pun. Lepastu makin lama kami makin kerap gaduh, harini gaduh, esok baik pastu lusa gaduh balik..
Time ni, aku memang seriosly penat gila sebab asyik gaduh je and he always gaslight me, buat aku rasa bersalah even that is clearly his fault.
Aku jenis yang tak suka silent treatment tau kalau gaduh ka ape ke i like to communicate terus and want dicomfort at that time jugak. But he always give me silent treatment, palau aku lama ii aku jadi takleh duk diam and rasa marah aku akan membuak ii bila dapat silent treatment.
Dia kononnya nak tenangkan diri kejap lah apa lah padahal aku yang patut tenangkan diri sebab tu salah dia but he make me like i’m the fault here. Aku yang selalu aka start converstaion and ajak berbaik dulu and penat tau bila every time gaduh aku yang kene buat semua tu.
Dia selalu marah aku ape semua and banyak kali aku menangis sebab dia and bila fikir balik bodohnya aku nangis disebabkan jantan tak guna macam dia.
Dia sebenarnya memang tak layak langung untuk aku, but aku cuba untuk terima dia apa adanya tapi dia takleh nak ubah diri dia untuk aku.
Past dia memang sangat teruk kalau ikutkan tu macam check in, masuk club and seangkatan dengannya lah. But aku taknak judge orang based on dia punya past and dia kata dia dah berubah but ada lah sikit ii macam hisap rokok, tak solat apa semua tu.
And aku yang tegur dia ape semua, every day aku ingatkan dia pasal solat, bangun solat subub apa semua, kadang dia buat kadang dia tak and kadang dia tipu je aku kata dia buat. Aku dah tegur semua but atas diri dia sendiri lah nak buat ke tak kan aku pun dah penat cakap.
And ada orang kata kita takleh nak ubah sorang laki tu melainkan dia sendiri nak ubah demi orang yang dia sayang. So, aku assume dia memang taknak ubah perangai dia untuk aku maknanya dia tak betul-betul sayangkan aku pun sebenarnya.
Cerita aku agak panjang kan? HAHAHAHAH maaflah kalau penat or tak berpa nak faham aku cerita but i’ll try the best that i can.
Aku sambung lagi sikit, ini kejadian yang aku takkan lupa seumur hidup aku dan aku sangat bencikan dia lepas this incident happened.
One day tu, kitaorang vidcall macam biasa je sembang ape semua kan, dia selalu joke kata nak teman aku mandi au and aku take it as a joke je selalunya and tak take it seriously pun.
So, waktu kitaorang vidcall tu dia kata nak teman aku mandi aku kata lah mana boleh ape semua and aku ingat dia melawak je macam biasa lah.
But he insist on it, dia paksa aku gak aku cakap lah kalau nak kene tukar jadi call biasa je lah mana boleh tengok tapi dia macam paksa and pujuk ii aku gak dia kata nak merajok kalau aku tak bawa dia gi mandi sekali.
Aku macam bangangnya laki ni, aku cakap elok ii je ngan dia tau at that time, still softspoken.
But he memang nak gak aku ni cakap lah ngan dia ngan cara elok, mana boleh ape semua pastu kannn dia bole tanya lak “kenape tak boleh?” dalam hati aku ni macam geram gila ngan dia, why he ask something that you already knew it?
Dosa kan. Aku cakap lah kat dia dosa lah ape semua then dia macam takleh terima jawapan aku, he keep insist to me about it. But i keep deny it. Then, dia cakap macam ni kat aku, aku takfaham ke yang laki ade n4fsu dia apa semua and kadang takleh control.
And dia kata lagi kat aku macamni, “okaylah tu saya nak kat awak dari saya gi cari perempuan lain” maksud dia, dia nak lepaskan n4fsu dia kat aku sebab aku gf dia and lebih okay dari dia pergi cari perempuan lain untuk puaskan n4fsu dia.
Waktu aku dengar benda ni aku punya kemarahn bertambah ii dia ingat aku perempuan murahan ke? tempat puaskan n4fsu dia? dia memang tak sayang and hormat aku kan sebabtu dia cakap gitu. Banyak gila benda yang berlegar kat dalam kepala aku time tu.
Time tu, memang aku merasakn dia adalah laki tak guna gila tak reti nak hormat aku sebagai wanita. Dia merajuk sebab aku taknak bagi teman aku mandi tapi aku kesah ape, maruah aku lagi penting.
Then, kiatorang end call, dia tanya aku dalam chat “memang sampai bila ii ke dia takleh teman aku mandi?” aku macam confuse kejap dia taktau hukum ke ape? Memang taklah aku jawab, suami aku yang sah je boleh. Then, dia tanya aku then apa function kita couple?
Kalau bukan sebab nak kawen dia kata camtu. Aku jem kejap, dia macam anggap aku isteri dah padahal baru couple faham tak? Sebab bagi dia dah couple untuk kawen en, so boleh buat apa je lah. Aku bingung dengan dia nak kata bodoh ntah lah.
Start time ni aku terfikir, nak ke lelaki macamni jadi suami aku? Jadi ayah kepada anak ii aku? Memang taklah, dengan taktahu hukum hakam agama, solat tak jaga, perangai pun macam apa lagi.
Aku taktahu kenapa aku ditakdirkan untuk bertemu dengan laki segini rupa maybe ini adalah ujian dan buat pengajaran untuk aku,
Even dia tak ada buat apa ii yang pelik kat aku lagi, but aku tahu dia memang bukan lelaki yang baik and aku harap dia berubah untuk diri dia jugak. So, sekian cerita dari aku hamba Allah yang dhaif ini.
Lastly, nasihat aku untuk perempuan ii di luar sana, jagalah diri and maruah korang kerana diri kita ini ibarat permata. Lelaki yang baik takkan senang-senang pegang kita and akan hormat kita.
Aku doakan kita semua dipertemukan dengan lelaki yang baik ii dan tahu nak hormat dan menyanyangi kita sepenuh hati.
Terima kasih sudi membaca kisah ini :)
– Arabella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit