Pahit Manis Alam Belajar

asalamualaikum,

Jutaan terima kasih kepada admin approve confession aku.

aku nak luahkan segala kesedihan di hati.Aku merupakan pelajar cfs iium pj.Tapi hidup tak selalunya indah,langit pun tak cerah sentiasa.Aku terkandas di tengah2 medan tempuran.Tatkala member2 aku grad dengan jayanya dan melangkah masuk ke alam degree,aku masih lagi terkedek2 repeat subjek yang gagal.Memang salah aku pun fifa sampai subuh,kelas ponteng,esaimen tiru member.

Alhamdulillah aku berjaya juga tamatkan asasi di uia dengan tempoh orang amik diploma.tapi aku tetap tak dapat sambung ke gombak sebab pointer suam2 kuku je.huhuhu.

Ni klimaksnya.Lepas tamat je asasi,aku menganggur hampir setahun.hilang arah,seperti kulit2 kerang di laut di bawa arus ombak pantai.pisang derr,dengan degree tak dapat sambung,harapan mak ayah aku hancur lebur,sedara mara label aku sebagai seorang failure.Terpaksa hadam sorang2 kesedihan ni.Tapi aku cuba memujuk hati dengan mengambil ibrah daripada kesilapan aku dulu.Hari berlalu sangat2 perlahan.Aku tak boleh nak ajak kawan2 lepak mamak sebab masing2 tengah belajar.sikit pun aku tak pernah salahkan kawan aku sebab takder masa aku susah walaupun aku sedih laa jugak,member lepak sama2 sepanjang cfs tak pernah bertanya “kau apa khabar”,”kau apa crita skrg?”.Aku faham situasi kawan2 aku yang tengah struggle nak habiskan setiap sem dengan jayanya.Dengan esaimen nya,dengan lab report nak buat,dengan test setiap minggu.So aku faham,masing2 busy dan aku tumpang happy sebab diorang berjaya sambung belajar tinggi2.Bila aku wassap “jom minum2″,”sorry laa bro aku busy gila ni”.”aku ada test minggu depan,kalau aku free aku roger”.Yang menambah pilunya hati ni tatkala scroll instagram,twitter dan sewaktu dengan nya tengok member2 yang baru melangkah ke alam degree happy je post gambar tengah orientasi dengan menggambarkan seronoknya life degree.

Kemudian,hari2 sepi aku pun berlalu,takkan laa aku nak melepet je dekat rumah sekadar menghabiskan beras di dapur.Aku tekad turun naik ipts/kolej kemahiran/ipta untuk sambung belajar.Walaupun banyak institusi2 pengajian reject permohonan aku sebab pointer asasi rendah,takder muet,subject2 core banyak atas pagar,aku tetap gigih jugak ke hulu ke hilir carik ipts yang sanggup memberi aku peluang kedua untuk bernafas.

Tup,tup,tup Alhamdulillah aku berjaya sambung degree di sebuah institusi pengajian swasta.Tapi kegembiraan aku ada sedikit terencat bila aku terdengar bisikan2 sumbang.”ada duit boleh laa”,”mak pak loaded”,”ipts ni tempat orang tak pandai tapi berduit yang nak sambung belajar”.Aku redha je dengar cemuhan2 ini anggap ia sebagai balasan kemalasan aku selama ni.Yang menambahkan kesedihan lagi bila diorang compare tahap difficulty sesebuah universiti.”kau boleh laa exam senang,universiti aku exam dia buat kaw2 punya susah”.Aku tak pasti kenapa dia perlu cakap macamtu seolah2 nak menyatakan univerisiti dia terbaik dari ladang & iQ dia level albert einstein. Takper laa mungkin dia pressure hafal satu buku teks,last2 keluar exam tak dapat jawab jugak.

Kehidupan first year aku di ipts amat2 lah tough.Bayangkan lah dengan tuition fees sama nilai dengan sebijik myvi 1.5,mendukung harapan mak ayah aku,dengan aku terpaksa cakap dekat mak aku duit aku untuk belanja cukup walaupun hanya tinggal 5 ringgit dalam kocek itupun syiling buat nak buat dobi,di tambah pula dengan tekanan belajr untuk dapatkan scholar bagi menampung yuran belajar yg luar biasa.Alhamdulillah,aku akhirnya dapat tajaan.fuhhh.lega dia macam baru lepas melabur dalam tandas.

Akan tetapi,aku makin sedar,lama-kelamaan aku hilang keakraban dengan kawan2 yang aku lepak dulu2.Mungkin sebab aku pulun sangat kott sampai takder masa nak lepak dengan diorang.Cuti pun dah lain dah dengan ipta.Tapi yang tak cantiknya dia guna dialog “kau sekarang acah2 busy kan?,bukan pergi jauh puk pointer kau”.”sombong dah sekarang,sejak masuk degree ni”.”mana kau?asyik belajar je manjang?”.Fuhhh sedih dohhh…kalau aku faham situasi korang dulu yang tengah struggle dalam sem kenapa kau tak boleh faham aku? Takper lahh mungkin ini memang jalan takdirku.huhuhu.

Aku harungi semua ni sampai laa aku di final year.Alhamdulillah,aku dah halfway dah dari alam pembelajaran,sebab aku memang tanak sambung master.skrg tengah sibuk fyp,then sejurusnya aku tamat belajar ada company from US approach aku join it team dioarng dengan basic salary 3000 us dollar.tujuan aku tulis entry ni sebab aku tau,ada lagi yang senasib dengan aku.bayangkan lahh aku pendam benda ni berkurun lama jugak laaa.Untuk adik2 yang mengharungi nasib seperi abam,abam nak nasihatkan janganlah kau bermuram duja.Chill laa adik2.Setiap orang jalan nya berbeza2.ada yang straight jee macam highway plus.ada yang corner sana corner sini macam highway karak.Kau bila dah di alam dewasa ni bukan masa untuk bandingkan pencapaian diri kau dengan orang lain.ni bukan zaman sekolah dulu,nak bandingkan kete ayah siapa paling besar,henpon siapa paling mahal,markah exam siapa paling tinggi.

YANG PALING PENTING SEKALI.solat kau jangan tinggal.tinggi mana pun cgpa kau kalau kau tak solat,kau adalah seorang yang GAGAL.

ASSALAMUALAIKUM,

Hamba yang hina

– Hamba yang dhaiff

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit