Panggilan Daripada Scammer

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin andai cerita ini disiarkan. Moga menjadi panduan untuk semua. Saya nak cerita tentang scammer. Tergerak hati nak kongsi pengalaman kepada pembaca semua.Mesti korang tahu kan kes viral yang “hotlink” mesej hantar TAC menyebabkan sorang brader ni tinggal RM8 dalam akaun banknya. Ini cerita saya.

Ceritanya bermula dengan panggilan telefon yang diterima dari seorang yang kononnya pihak hotlink. Dia telefon handset mak saya dan mestilah mak yang angkat kan. Nak dijadikan cerita syukur alhamdulillah sebab mak baru tukar handset nokia tekan2 (yang keypad timbul tu ha) kepada samsung tekan2. (orang2 lama suka pakai phone camtu sebab senang nak tekan kata mereka). Bila bertukar phone ni mak tak reti nak bukak inbox. Syukur sangat sebab TAC tu kan masuk sebagai mesej.

Dialog dia lebih kurang camni.

Mak: Hello

Scammer: Hello puan.Puan pengguna hotlink kan. Nombor telefon puan dah terpilih menang RM10000 (saya lupa 10K atau 5K.hihihi). Sebagai syarat Puan hanya perlu baca nombor tac yang kami hantar kepada kami untuk tujuan pengesahan.

Mak: saya tak faham benda semua ni. Cakap dengan anak saya la ye.

Scammer: ok. Nanti saya telefon semula. Jangan bimbang. Ini bukan penipuan. Sekarang ni banyak penipuan yang berlaku kan. ( hamboi sempat lagi dia kata bukan penipuan)

Lepas tu mak datang kat saya yang kebetulan baru lepas ambik wudhuk. Mak cerita la serba ringkas kat saya yang nombor hotlink menang. Kebetulan masa tu ayah pun ada. Ayah cakap jangan percaya orang nak bagi duit bagai ni. Orang takkan senang nak bagi duit ni. Saya pun memang dah rasa tak percaya. Nak masuk tandas pun 30sen inikan pulak nak bagi senang2 je duit beribu. Tapi ade jugak macam sedikit excited sebab tau nombor mak guna ni lama dah. Berkurun nombor hotlink tu. Dari Nokia butterfly lagi. Lebih 10 tahun dah. Kotlah kan nak bagi penghargaan kepada pelanggan setia ( harapan takleh blah). Hahaha. Lepas tu scammer tu telefon balik. Oh lupa, memang ada mesej tac dari “hotlink” tu.

Lebih kurang perbualan saya dan scammer.

Saya: hello

Scammer: boleh berikan nombor tac yang dalam mesej tu. Untuk tujuan pengesahan.

Saya: (dah rasa pelik sebab slang indonesia dia pekat sangat) . Ni siapa ya.

Scammer: dia bagitau nama dia tapi lupa pula. Saya wakil hotlink. Mana tac nya. Boleh bacakan pada saya.

Saya: tac mana. Takde pun (buat2 naif gitu).
Scammer: itu yang saya hantar tu. Boleh bacakan tac tu. (desperate sangat suara dia)

Saya: awak ni dari mana ye. Slang lain je. (tukar soalan pulak)

Scammer: oh, saya dari sabah. Itu bahasa saya lain sikit dengan orang semenanjung. ( hamboi main petik nama orang sabah ye. Orang sabah lain la bunyinya ). Boleh saya nak tac.

Saya: saya tengok takde pun mesej dari hotlink. ( padahal ade je. Buat2 takde. Takpe,kita tengok sampai mana dia nak kelentong).

Scammer: takpe nanti saya mesej balik tac tu. Nanti baca dan beritahu saya.

Beberapa ketika. Tretttt masuk la mesej tac dia tu.

Scammer: dah dapat tac nya kan. Apa nombornya.

Saya: duit hadiah tu masuk macam mana. (tukar soalan)

Scammer : nanti kami akan bank in ke dalam akaun penerima. Boleh ke atm untuk ambil duit tu.

Saya: mak saya takde kad atm. Macam mana nak ambil duit tu. (kelentong je,dia bukan tahu pun)

Scammer: kami akan hantarkan cek ke rumah penerima. Tiada masalah.

Saya: erm saya taknak lah.

Scammer: awak tak nak duit tu?

Saya: taknak. Terima kasih (fikir kalau hantar cek mesti nak alamat rumah. Kang penjenayah yang dapat alamat rumah, sesaje je terdedah pada bahaya.)

Scammer. Oklah taknak. Jangan menyesal. Terus dia letak.

Saya sampai sudah tak bagi tac tu tapi saya langsung tak terfikir tac tu boleh menyebabkan masalah besar. Alhamdulillah syukur sangat Allah mengerakkan hati ni rasa taknak duit free yang too good to be true. Di kemudian hari,saya borak2 dengan kakak pasal scammer ni . Tanya kenapa tac ni diorang nak sangat. Tac tu kan kod penting antara kita dan bank kan. Jadi ianya maklumat sulit. Dengan tu, akaun kita senang dicerobohi secara dalam talian (online). Saya kata mak takde online banking kan. Kakak saya kata benda tu senang je nak dibuat kalau dia ada butiran kita. Terus rasa Ya Allah takutnya. Langsung tak terfikir tentang tu. Yang tak percaya memang awal2 lagi dah rasa. Yang boleh reka akaun kita tu rasa macam kena simbah air. Terkedu tak terkata. Langsung tak terlintas dalam fikiran.

Nasib saya alhamdulillah selamat jadi saya harap yang lain pun selamatkan diri anda dari scammer. Moga kita dijauhi dari anasir2 tu semua. Amiin.

Tips mengelakkan diri dari scammer.

1) sentiasa berwaspada pada janji manis scammer. Kalau terjumpa scammer lari jauh2 takut terpesong duit kita.huhuhu.
2) jangan cepat terpesona dengan duit yang ditawarkan. Sekarang takde orang nak bagi kepada kita free je melainkan masuk pertandingan yang tak berbayar (tiada unsur guna duit kita untuk aktifkan sesuatu atau untuk deposit hadiah atau apa saja. Jangan jangan jangan percaya. Duit kita jangan diusik)
3) kena ada pengetahuan. Google tengok senarai scammer. Banyak info tentang mereka ni.
4) scammer bukan dari panggilan telefon je tau, ada yang tak masukkan duit beli barang tapi kata barang tak sampai ( kes kedai helmet tu. Viral jugak tu) , scammer masuk seminar dapat duit berkepuk tapi kena cari orang (money game) , scammer ubat tipu, dan macam2 lagi la. Banyak sekarang penipuan berlaku. Jadi berhati-hati.
5) follow fb PW , say no to mlm , ustaz lariba dan group2 yang bermanfaat. Yang banyak bongkar kes tipu menipu ni.

Terima kasih dan maaf panjang pulak

– Tulip Malaysia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit