Sebenarnya tak tahu dari mana nak mula. Semuanya okay sahaja antara aku dan suami cuma, kadang-kadang tu hentah lah ada satu rasa yang macam ni, “dia ni.. tolong lah kadang-kadang tu make 1st effort pula.. asyik-asyik saya je yang nak kena fikir semua benda”.
Baiklah, salam semua nama aku Maya berusia 29 tahun dan sudah berada di alam perkahwinan bersama suami hampir 5 tahun.
Suami aku ni baik orangnya, seorang yang lemah lembut atau orang kata soft spoken, sayang anak dan isteri, rajin bekerja, rajin bantu aku di dapur tanpa disuruh cuma itulah yang tahu jelah tahu bila dapat partner yang nonchalant man ni.
Dia seorang yang mendatar je emosi. Jarang nak dapat dia tiba-tiba buat lawak ke apa. Nak ajak bergossip pun, kadang dia cuma diam, dengar dan reply kita balik dengan perkataan”ooo””haa yeke” atau sekadar diam.
Kita pula yang macam syok sendiri berbual dengan dia. Rasa macam ada tak de je. Nak tengok dia marah pun jarang haha. Dia tersangat tenang.
Kalau bab nak ajak pergi berjalan atau planning ke semuanya aku lah yang berier ajak dia. Kalau aku tak ajak, tak de lah pergi mana-mana.
Dia okay je kalau kita ajak dia keluar atau pergi berjalan-jalan dia okay je. Cuma itulah, sekali sekala nak juga kadang-kadang once a while kita tengok dia pula yang berier plan dengan kita pergi vacation.
Kalau dah sampai tempat vacation tu pula, dia start akan tanya kita, “so, nak pergi jalan mana?”.”lepasni nak kemana?”” lepasni nak buat apa?”.”lepas pergi sini nak pergi mana pula?”.
Tahu tak, bila semua benda kita je yang plan, dia jadi bosan. Kadang-kadang ada lah tanya dia, awak lah pula yang plan.. asyik-asyik saya je dari awal kahwin sampai sekarang. Jawapan dia, yelah okay lepas ni saya plan pula. Tapi, end up sama juga aku juga yang plan semua benda.
Ya, dia baik je.. tapi itulah. Yang hidup dengan nonchalant person jelah tahu rasa dia macamana. Lagi, kalau waktu kita jalan-jalan tu misalannya sepatutnya kita nak pergi ke lokasi A lepastu ke lokasi B.
Tapi, tiba-tiba A dan B tak dapat pergi sebab cuaca tak mengizinkan, hujan contohnya. Dua-dua orang lah jadi blur tatahu nak pergi mana. End up duduk hotel je tunggu hujan berenti.
Kadang tu, teringin nak tengok dia jadi seorang yang adventure person. Suka main redah sana sini just sekali sekala, teringin nak tengok dia macam tu.
Breaking the rules, being my partner in crime, just drive the car without thinking further and breathing the air, menghayati the culture of the city or nature. Aku nak bagi tahu dia, aku suka macam tu.
Dan yang partner with nonchalant man jelah yang faham bahawa dorang ni, sejenis yang tak sweet langsung! Kalau birthday kita, jangan mengharap lah nak dapat surprise card ke surprise flower ke, surprise party ke vacation ke apa.
Selama 5 tahun dengan dia, kalau waktu birthday dia cuma wish happy birthday thru whatsapp dan bagi duit kita belilah hadiah kita sendiri. Haha. Bila tanya dia, awak saya nak awak buat surprise untuk saya, saya suka dapat surprise dari husband sekali sekala.
Dan, jawapan dia, “takut kalau buat surprise awak tak suka pula apa yang saya beli”. Yalah, make sense. So, dia bagi je duit kita beli apa kita nak. Ya, macam bosan sikit kan perangai dia. Haha. Yang faham jelah faham.
Itulah apa-apa pun i love my husband. Eventho awak macam ni, tak pelah. 5 tahun dah pun kita kahwin. Sekurangnya, bukan kaki pukul, bukan sejenis pemalas, bukan si mulut celupar dan bukan sejenis culas nafkah.
– M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum Maya.. Alhamdulillah, dapat suami yang baik, prihatin. Bersyukur dengan nikmat-NYA. Jangan anggap tuh mengganggu hubungan Maya dan suami. Semoga berbahagia selalu…
Betul tu. Hidup ni tak semua benda kita boleh dapat. Apa yg depan mata tu kira harus syukur.
I feel u ,sis. kadang kadang kita nak jugak si dia yang plan bercuti , kita hanya bawak diri je. tapi kalau tunggu si dia yang bawak , memang berjanggut la.
Mse berkenalan n bercinta dlu, x perasan ke ‘perangai’ dia tu.. mse tu klaw nk ‘back out’ or pilih org yg suka ‘adventure’, bule lg.. ke mmg ‘pilihan kluarga’ yg mcm dah xde pilihan.. tp yela, tulah jodoh namanya, mcmne nk elak pon, dpt jugak.., mcm awk kta tulah, bersyukur lah dia seorang yg bertanggungjwb, x baran, romeo, kaki pukul, dan ‘kaki’2 yg kita x mau tu.. doa jela, kut2 suatu hari nt dia berubah.. x mustahil, sbb ada seorang classmate sya mse d ipt dlu, dah dpt seorang course mate lain (yg mmg jenis pendiam n pemalu) jd suami nya.. tp skrg klaw jumpa mse reunion, dia dh jadi ‘peramah’ dan bnyak ckp pulak.. heran jugak kmi, tp mngkin mse n penglaman hidup telah mngubah segalanya.. 🤭 wallahu a’lam..
Ok lar tu dik..ko nak suami non chalant ke nak suami narcistic? haaaa , ok je non chalant ni, mana ada orang yang sempurna pun kat dunia ni.
Syukur alhamdulillah sis,Selalu kita dengar cerita isteri yg ada suami curang,kaki pukul dan macam2 lagi yang negatif.Tapi kali nie cerita suami yg baik dan prihatin.Bagusnya dapat suami macam tu.Awk sebagai isteri kena cuba bnyk communicate.Suami awk jenis introvert.Tak bergaul.Atau mungkin dia tak pandai nak meluahkan macam mana.Dulu masa awk bercinta macam mana karakter dia???
sama sissssssss. sy faham perasaan awk. suami sy pun mcm tu. Alhamdulillah, mmg rajin, nafkah tak pernah culas, ajak jalan-jalan pun on. cuma penat sikit sebab kita yg kena merancang hahaha kalau tk rancang, mmg duduk je lah rumah. birthday ke apa ke, kena bagitau awal nak hadiah apa. kalau tak bgtahu, nnti dia tak beli hahahaha. tapi saya sayang suami sayaaaa, love you sayang. terima kasih jadi suami dan ayah yang baikkk.