Pasrah atau Redha?

Salam dan hai. Terima kasih admin menyiarkan cerita ini.

Jadikan pengalaman dan pengajaran ye semua.

Cerita dia begini, biasakan kita dapat mesej untuk buat part-time ‘like’ S****ee dan L***da. Sekali like dapat bayaran sekian-sekian. Sebab aku dah tahu memang dapat duit tu, aku pun join la sebagai probation katanya.

Dapat lah dalam RM10 setiap 3 task yang siap. Disebabkan ada 2 majikan approach aku masa tu, so aku buat 2 tempat untuk ‘like’ tu. Tapi aku more fokus ke 1 tempat je.

Bila tiba masa untuk task yang kena masukkan duit pula, aku join juga first RM100 akan dapat komisen RM30. Lulus, dapat semula semua duit aku.

2nd time kena masukkan RM300, akan dapat RM90 komisen. Lulus juga, dapat la RM390 semua. Next, kene masukkan RM500, ini katanya kalau nak kita dapat upah RM5/’like’.

So aku yang mulanya percaya tadi tu, maklum lah, 1st and 2nd LULUS kan, so why not try 3rd pula. Transfer done!

Time buat task, ada kesalahan katanya! JENGGGGGG. Gelabah la kan tapi masih tenang and cool. Haha.

Aku dah anxiety juga sikit time tu, rasa nak mengamuk nak marah semua. Orang tu cakap, boleh dapat balik RM500 tapi kena bayar RM1500 @ RM10000.

Gile kau! mana ada duit kan banyak tu. Memula aku pikir, tak pe lah, RM500 burn la daripada aku hilang lebih banyak lagi kan. So semalaman berlalu dan aku langsung tak ada transfer apa-apa lagi duit tu.

Tiba keesokan harinya, orang tu mesej semula, tanya “Bila nak selesaikan task? Transfer RM1500 dan dapatkan semula RM500+RM1500 tu”.

Time tu sarapan pagi, aku pula jenis aishhhh senang terpengaruh kata lakiku. So aku dengan cetek minda dan akal tetibe pergi transfer RM1500 demi nak dapatkan semula RM500.

Ye tahu bodoh kan. Haha! Owh, by the way, laki aku tak tahu pun pasal aku join ini. Done transfer RM1500 buat task selesai semua. TIBA-TIBA, dia cakap ada lagi 1 task! Apa benda pula weyh!

RM6000 pula oke! lepas itu baru boleh keluarkan RM500 + RM1500 + RM6000 tu. Fuhhhhhh aku dah makin anxiety bergetar tangan, otak berpusing, rasa lapar, rasa nak mengamuk.

Oke mesti ada yang akan cakap jangan or dah kena tipu dah nie.

Disebabkan aku jenis, entahlah aku tak taw, dah kena mundrem ke dah kene pukau ke dari jauh tu. Aku pergi transfer RM6000!

Ye tahu bodoh kan? Memang sangat bodoh! Tengah tulis nie aku rasa aku bodoh time buat semua tu. Kenapa dan kenapa? Transfer la aku RM6000 tu ke akaun sekian-sekian. Buat task selesai. Lega dah.

Orang tu pula cakap, dah boleh keluarkan semua duit, TAPI, kena bayar tax dulu. Which is, aku dapat RM14410 termasuk komisen, tax 20% so aku kena bayar RM4323.

Begitu lah perjalanan nak dapatkan RM500 + RM1500 + RM6000 = RM8000.

Aku tengok duit dalam bank yang boleh transfer dah habis. Habis tahu! Bukan main-main punya habis.

So maksudnya aku ni dah guna duit untuk nak belanja makan sampai hujung bulan, duit simpanan nak pergi jalan-jalan, duit simpan nak buat renovate rumah dan banyak lagi la duit yang sampai RM8000 tu.

Korang bayangkan je la perasaan hilang semua duit tu.

Tapi aku masih tak puas hati, haha sekali lagi kebodohan kembali, aku nak juga dapatkan RM8k tu, aku bayar tax RM4323. Hahaha. Aku ambil duit kat bank lain, transfer duit tu.

Selesai habis dah bayar semua RM12323. Dalam proses nak dapatkan semula duit tu, dah macam ada harapan nak dapat semua kan,

Tiba-tiba lagi 1 manusia datang, katanya bahagian RnC. Apa pula kali ni! Aku dah carut-carut ke diarang ni. Dari assist – tutor – finance – Rnc.

Semua kena carut dengan aku. Ye tahu aku memang dah salah sebenarnya sebab percaya transfer-transfer duit ni. Tapi aku nak carut nak marah-marah diarang juga. Haha!

Aku bagitahu finance, aku miskin, aku sakit, aku tak ada duit nak makan. So dia suruh aku provekan aku memang apa yang aku cakap tu.

Dan kebetulan waktu itu aku kat rumah yang kosong, tak ada apa-apa. So aku terus bagi video dan gambar segalanya untuk buktikan aku begitu.

Punya banyak gambar dan video tu, at last dia cakap, “You are poor, so I will give you RM50 to eat today”. Hoit, jauh sangat tu RM50 dan RM12323. Masa tu aku pasrah redha.

Aku tak ada menangis teresak-esak depan laki aku, sampai sekarang dia tak tahu pun pasal ni. Aku macam redha sangat duit aku habis.

Redha sangat aku hilang semua dalam masa 2 hari. Duit yang dikumpul terlalu lama. Duit penat bekerja hilang begitu sahaja. Hilang pula entah kemana.

Masa duduk sorang-sorang baru aku menangis. Tapi aku macam rasa kosong kehilangan semua tu. Macam tak ada rasa apa pun ye juga.

Lost sangat. Memang tak ada cara nak dapatkan semula duit tu kan? haha.

Korang yang baik hati semua, doakan aku dapat kumpul semula duit-duit yang hilang tu. Mungkin duit tu bukan rezeki aku, tapi rezeki orang lain, aku tak agihkan sebetulnya.

Positif sangat kan. Ye positif dan kadang aku teringat-ingat. Sampai bila-bila pun akan ingat.

Actually this in not 1st time aku kena tipu pasal duit. Dah banyak kali. Senang betul kena tipu kan? Haha.

Semoga doa-doa korang yang baik akan dibalikkan semula ke korang. Jangan terlibat langsung ye dengan benda-benda ‘like’ S****ee dan L***da ni. Semua S*****R.

Ambil iktibar. Jangan jadi bodoh macam aku. Thanks semua.

Korang yang baca je tahu pasal ni. Lagi sekali, doakan aku kuat menghadapi segalanya dan semoga aku dimurahkan rezeki dan diberkati rezekinya.

– Si Kena Tipu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *