Patut Ke Dia Jadi Suami Aku?

Assalamualaikum. Sekarang masih dalam fasa terkejut, dan keliru. Aku bakal berkahwin dengan lelaki pilihanku sendiri, aku namakan dia Fahmi.

Aku kenal Fahmi di tempat kerja. Sejujurnya aku tak pernah bercinta pun sebelum ni. Bukan tak ada yang mahu, tapi aku yang susah untuk suka lelaki.

Fahmi ni special. Kami asalnya berkawan biasa je. Tapi lama-lama jadi kawan baik. Dari kawan baik, akhirnya terjatuh cinta. Jujur aku katakan, Fahmi memang lelaki yang baik. Dia peramah dan mesra. Senang bergaul dengan semua orang.

Dia suka senyum, ceria dan kelakar. Dia suka tolong orang tanpa kira siapa pun orang tu. Dia selalu tolong aku jugak bila aku susah. Aku pernah takde transport nak gi kerja sebab tertinggal bas, dia sanggup pick up aku walaupun dia dah sampai tempat kerja.

Aku jatuh hati dengan Fahmi kerana perwatakannya dan akhlaknya. Aku suka tengok cara dia bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Dia caring dengan semua orang, dia baik dengan semua orang. Aku betul-betul suka dia, tapi aku diamkan je. Sebab yelah belum tentu dia suka aku.

Tapi ternyata cinta aku tak bertepuk sebelah tangan. Satu hari Fahmi ajak aku keluar tengok wayang. Berdua je.

Masa tu aku on je sebab aku ingatkan dia ajak jugak kawan-kawan kerja yang lain. Sebab Fahmi memang sejenis yang kaki movie. Sekali rupanya dia ajak aku sorang je. Awkward juga masa tu sebab aku crush kat dia, so bila berdua ni rasa segan sikit.

So at first aku ingatkan dia ajak aku sebab orang lain semua busy. Mungkin aku sorang je yang available untuk teman dia tengok wayang. Tapi lepas habis tengok wayang, Fahmi confess dekat aku. Dia cakap, dia dah lama suka aku, since day 1 aku start kerja situ lagi. Oh ya Fahmi ni senior aku.

Dia cakap, dia bersemangat dan happy kerja setiap hari sebab aku. Patutlah setiap hari dia ceria je. Sehari dia mesti akan cari aku just untuk tengok muka aku je, dan benda tu cukup untuk buat dia happy dan bermotivasi untuk kerja.

Baru aku teringat, patutlah dia asyik tersengih sengih je kalau tengok aku. Kadang2 dia datang tanpa sebab kat ruang kerja aku. Hmm. Baru tau kenapa.

Dia cakap, mula-mula dia ingatkan dia pun crush biasa-biasa je kat aku. Tapi dia cakap, rasa suka dia ni lebih dari sekadar crush. Dia suka karakter aku dan dia cakap aku adalah ciri-ciri wanita idaman dia.

Dia cakap, aku perempuan paling baik pernah dia jumpa. Dan hujung ayat, dia cakap dia nak serius dengan aku untuk ke jinjang pelamin. Ya. Dia ajak aku kahwin.

Aku masa tu, memang terkejut. Tapi dalam masa yang sama, excited gila sebab cinta aku berbalas. Oh tak. Sebenarnya cinta dia yang berbalas, sebab aku baru je suka dia. Dia yang lebih lama suka aku.

Dia cakap dia nak kenal aku lebih lagi. Lebih dari sekadar kawan. Sebab nak dapatkan persefahaman untuk persediaan sebelum kahwin. Dia cakap, duit semua dia dah ready, tinggal cari keserasian dan sesi suai kenal dengan lebih mendalam je before dia putuskan untuk masuk minang aku.

Esoknya, kami kerja macam biasa. Aku awkward sikit. Sebab first time seumur hidup aku suka orang yang suka aku jugak. Mutual love. Dan orang tu dekat dengan aku, aku boleh pandang dan jumpa setiap hari. Hari pertama masih biasa. Tiada perubahan.

Hari kedua bibit cinta makin menyerlah. Dia dah berani tunjuk sayang dia kat aku depan staff lain. Dia bagi hadiah. Dia belikan makanan untuk aku. Dia saje intai-intai aku masa tengah kerja.

Dan bila hujung minggu, kami keluar bersama. Kadang tengok wayang, kadang pergi hiking, kadang pergi jalan-jalan rumah kawan-kawan dia. Most of the time berdua, tapi ada jugak kami keluar dengan kawan-kawan lain.

Walaupun keluar berdua, actually kami jalan jauh-jauh, tak beriring macam couple lain pun. Sebab aku dan dia, masing-masing masih jaga ikhtilat.

Makin lama, aku semakin jatuh cinta dekat Fahmi. Aku nampak kesungguhan dia nak halalkan aku. Dia belajar ilmu parenting. Dia belajar jugak ilmu agama dan tanggungjawab suami.

Kadang kalau dia keluar dengan aku, aku kena hadap la tazkirah dia bila dia start citer pasal tanggungjawab lepas kahwin. Tanggungjawab dia apa, dan bagaimana aku sebagai isteri kena tolong dia sebagai suami. Mostly are practical issues.

Fahmi ni memang realistic. Dia keluarkan kebarangkalian isu yang akan berlaku lepas kahwin (salah faham/gaduh) dan apa kami kena buat. He is so futuristic dan dia comes up with idea dan solusi untuk elakkan perselisihan faham berlaku. Semua ni buat aku semakin bertambah-tambah sayang dekat dia.

Dia dah start betul – betul serius. Dia kenalkan aku pada keluarga dia. Family aku pun dah kenal dia. Keluarga kami memang click together. Masing-masing punya family dah suka sangat kalau kami bersama.

Fahmi ni dari keluarga yang baik-baik. Adik beradik perempuan dia semua tudung labuh dan beragama. Sekolah agama semuanya. Sekufu la dengan keluarga aku yang mementingkan bab agama jugak.

Dah tiba saat penting. Kami dah start bincang pasal kahwin dengan serius. Tarikh kahwin, kos kahwin. Nak ke buat majlis merisik apa semua. Again, Fahmi la ketua planning. Aku on je dengan idea dia, sebab dia memang pandai mengurus semua benda.

Dia ketua projek dekat tempat kerja no wonder dia ada credibility tu. Dan aku sudah mula terbayang, indahnya kalau dia jadi suami aku. Mesti dia pandai planning semua benda. Planning soal financial, education anak-anak nanti.. I am so overwhelming about that part hehe

Tiba-tiba one day aku saje la stalk facebook Fahmi. Aku skrol skrol sampaii jumpa post dia yang 4 tahun lepas. Aku nampak ada komen perempuan lain. Aku bukak facebook perempuan tu pulak.

Alangkah terkejutnya aku, aku nampak ada gambar selfie berdua Fahmi dengan perempuan tu, dekat Facebook perempuan tu, kira-kira 4 tahun lepas.

Aku ingat Fahmi tak pernah couple macam aku. Mula-mula aku macam, ‘ehm takde apalah. Tu history dia. Tak perlu kot aku tanya’. Tapi Fahmi pernah cakap, kalau ada benda yang serabut dalam kepala, jangan simpan. Luah je. Boleh jadi benda yang bermain di kepala tu jadi punca gaduh.

So aku pun tanya Fahmi. Sape perempuan tu? Ex dia ke? Mula-mula Fahmi berat nak jawab. Fahmi cakap,

“Sebenarnya saya dah lupa dah pun pasal dia. Tapi sebab awak tanya, saya jadi teringat balik. Mungkin saya kena terus terang dengan awak”. Dengar je ayat terus terang tu aku dah berdebar. ‘Terus terang pasal apa? “. Ya Allah aku dah nerves gila.

Fahmi pun buka mulut : “Dia ex saya.. Satu-satunya ex yang saya pernah ada dalam hidup.. Kami kawan dari kecik.. Saya memang suka dia dah lama.. Cinta mati la masa tu.. Sampailah masuk u pun, kami masih lagi couple…Kami satu universiti… Tapi……. kami pernah terlanjur….”

Aku tergamam. “Terlanjur? Terlanjur macam mana tu?”.

Fahmi : “Terlanjur… sampai dia mengandung”

“What??!”. Aku terpana lagi sekali. “Lepas tu?”. Aku mendesak Fahmi untuk ceritakan segala-galanya. Akhirnya Fahmi buka mulut. Mereka dah terlanjur dari zaman sekolah. Mereka dah banyak kali buat seks. Sampai ke universiti pun mereka selalu ke hotel untuk tidur bersama.

Sex addiction. Sebab perempuan tu cinta mati Fahmi. Cinta buta. Sampailah perempuan tu mengandung, akhirnya Fahmi bawak perempuan tu gugurkan kandungan dia. Sebab taknak parents diorang tahu. Lagipun mereka students lagi masa tu.

Aku diam. Tidak tahu bagaimana perlu aku react dengan confession tu. Aku mati akal. Aku buntu. Mulutku terkunci untuk cakap sesuatu.

Fahmi bercerita sambil menangis. Dia sudah menyesali dosa lama. Perempuan tu pun dah kahwin sekarang. Dah ada anak pun. Mereka dah move on. Dia pun dah lupakan perempuan tu.

Facebook yang aku jumpa tu, adalah Facebook lama perempuan tu. Mungkin dia terlupa password, sebab tu dia belum delete gambar lama.

Aku pun berlalu pergi tinggalkan Fahmi. Aku cakap, I need time for myself. Aku menyendiri, cuba untuk hadam cerita yang aku baru dengar tadi.

Fahmi terlanjur? Bukan sekali, tapi banyak kali? Sampai mengandung? Pastu gugurkan kandungan? MasyaAllah soalan-soalan ni berulang kali bermain di minda aku.

Aku sendiri tak pernah disentuh lelaki. Aku sendiri tak pernah bercinta. Aku sendiri tak pernah couple. Aku sangka Fahmi clean, macam aku.

Aku ingat perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan aku sangka lelaki yang baik pun untuk perempuan yang baik. Aku tertipu. Family Fahmi pun tak pernah tahu pasal kisah silam Fahmi. Kawan-kawan Fahmi pun tak pernah tahu. Hanya aku sorang je tahu.

Fahmi keep calling aku. Mesej aku. Dia minta maaf berulang kali sebab tak bagitau awal-awal. Dia cakap dia dah lupa dah peristiwa tu. Itu kenangan paling pahit untuk dia. Dia sebolehnya taknak ingat pun peristiwa tu dan anggap je benda tu tak pernah berlaku.

Dan dia cakap, dia takut aku takleh terima dia kalau aku tahu pasal kisah silam dia. Tapi aku keep ignore semua mesej dan call Fahmi. I just need my own time. Aku perlu waktu untuk sort out semua confession tu dalam otak aku.

Lama aku berfikir. Perlu ke aku teruskan hubungan kami? To be honest, first impression aku selepas dengar confession Fahmi, hati aku cakap ‘He’s not worth for me.’

Aku gadis suci yang tak pernah dinodai. Sedangkan dia dah pernah menodai gadis lain. Dan dia pernah membunuh benihnya sendiri yang dikandung perempuan itu. Aku perempuan yang menjaga kesucian, dan aku layak dengan lelaki yang suci juga.

Tapi…. tapi aku sayang dia… aku cinta dia sangat-sangat… aku cuba fikir.. kalau aku putus dengan dia.. Ya Allah sakitnya…pedihnya… sebab Fahmi adalah lelaki yang sangat baik… Belum tentu aku boleh jumpa lelaki sebaik dia..

Aku cuba berfikir lagi.. Tapi itu adalah kisah silam dia.. dia dah berubah.. kenapa aku nak hukum dia dari kisah silam dia? Dia berhak untuk diberi peluang… Aku tak layak untuk judge kisah silam dia..

Bila fikir lagi…. tapi aku risau, takut Fahmi ada STI. Aku risau, takut family aku tahu. Aku risau, takut sejarah hitam itu berulang semula kalau dia terjumpa semula ex dia kat mana-mana.

Arghh.. Macam-macam personalan bermain di fikiran aku… Aku menangis sepuas hati.. aku berfikir, apalah dosa aku sampai Allah hukum aku macam ni.. Kenapa lah aku jatuh cinta dekat lelaki yang pernah merosakkan anak dara orang? Kenapa? Why?

Tangisan aku berakhir dengan tidur yang sangat tenang. Esoknya aku tarik nafas panjang. Cuba untuk melupakan apa yang Fahmi katakan semalam.

Sampai di tempat kerja, Fahmi pandang aku dengan muka yang agak sugul. Aku senyum kepadanya. Pastu aku dekati Fahmi dan cakap “Saya anggap je saya tak dengar pun apa yang awak cakap semalam. So awak tak payah fikir apa-apa. Delete je memori semalam. Ok?”

Fahmi terpana. Mungkin dia tak sangka aku akan react macam tu. Aku cuba untuk memaafkan Fahmi. Aku tak layak untuk judge dia. Lagipun aku dah sayang dia. Dan kami pun dah nak kahwin. Takkan nak cancel last minute? Apa pulak kata family kami?

Hari seterusnya berlalu seperti biasa. Kami benar-benar berpura-pura macam tak ada apa yang berlaku haritu. Tapi sejujurnya, kadang-kadang aku terbayang-bayang dia dengan perempuan tu. Aku cuba untuk delete memori tu, tapi susah.

Aku bimbang takut benda ni akan effect relationship kami nanti lepas kahwin. Lama aku fikir panjang. Rasional ke tindakan aku sekarang? Entahlah. Aku buntu. Tolong berikan pandangan yang bernas, apa patut aku buat sekarang?

Terima kasih…

– Ramlah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *