Pegang Quran Sunnah Dengan Gigi Gerahang Kamu.

Pegang Quran Sunnah Dengan Gigi Gerahang Kamu.

Assalamualaikum. Terpanggil juga Cik Positif apabila terbaca mengenai posting seorang conffessor tentang Sahabat vs Ahlubait, (https://iiumc.com/sahabat-vs-ahlul-bait/).

Bukanlah menyatakan tidak sesuai menyampaikan, cuma kadar dan taraf fikiran itu agak tinggi bagi mereka yang tidak mendalami berkenaan isu ini. Sebelum tu niat cik positif cuma nak bantu perjelaskan maksud-maksud dan istilah-istilah yang berat dalam coffess sebelum ni.

Aswaja atau Sunni maksudnya Ahlu Sunnah Wal Jama’ah : Mereka adalah golongan yang senantiasa tegak di atas Islam berdasarkan hadith dan al-quran yang shahih dengan pemahaman para sahabat dan pengikutnya.

Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran syi’ah. Golongan ini juga berpegang kepada 4 Imam Mazhab Iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie’ dan Mazhab Hambali.

Mazhab Hanafi : Paling dominan di dunia Islam (sekitar 32%), penganutnya banyak terdapat di Asia Selatan, Pakistan, Bangladesh,India, Sri Lanka, dan Maladewa, Mesir bagian Utara, separuh Irak, Syiria, Turki,Libanon dan Palestina (campuran Syafi’i dan Hanafi).

Mazhab Maliki : 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan Utara.

Mazhab Syafie’ : Penganut sekitar 28% muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di Turki, Irak, Syria,Iran, Mesir,Somalia, Yaman,Indonesia, Thailand,Singapura, Filipina, Sri Lanka dan menjadi mazhab resmi negara Malaysia dan Brunei.

Mazhab Hambali : 5% muslim di dunia dan dominan di daerah semenanjung Arab. Mazhab ini merupakan mazhab yang saat ini dianut di Arab Saudi.

Syiah pula siapa? Meh nak kasi clear: ” Syiah merupakan golongan yang berpendapat bahawa Sayidina Ali Bin Abi Talib RA lebih berhak dan utama daripada Sahabat-Sahabat untuk memegang tampuk pemerintahan selepas wafat Rasulullah SAW.

Beza kita Ahli Sunnah dan Syiah cuma 5 perkara.

1. Syiah rukun imannya wajib beriman dengan imam 12. (google ye.. Salahsilah keturunan Saiyyidina Ali) Sapa yang tak percaya maka mereka kafir dan halal darahnya untuk dibunuh.

2. Setelah Nabi Muhammad SAW wafat wajid digantikan dengan Sayyidina Ali RA. Dan kerana itu tidak terjadi mereka kafirkan semua Sahabat Rasulullah SAW sehingga wujud doa melaknat para sahabat Nabi SAW yang tidak sehaluan dengan mereka.

3. Mereka kata Quran sekarang tidak original kerana telah diubah oleh Uthman. Mereka percaya Quran asli adalah Mushaf Fatimah.

4. Mereka berpegang kepada aqidah nikah mut’ah. Apa itu nikah mut’ah? Nikah bayang atau mudah kata menikahi seorang perempuan untuk jangka waktu tertentu. Seberapa banyak, beberapa kali yang diinginkan dan yang semampu. Mereka menghalalkan nikah mut’ah sehingga ke Hari Kiamat.

5. Mereka ni mewajibkan taqiyyah (tersembunyi dan berlindung dari kebenaran) bila duduk dalam kalangan sunni dia akan mengakui diri dia sunni. Talam dua muka. Bila balik dalam golongan mereka, mereka mengakui mereka syiah. Erti kata mudah MUNAFIK.

Golongan Syiah ni Bahaya. Rasulullah SAW dah bagi bayangan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh imam Ath-Thabrani dalam kitab Al-Mu’jam Al-Kabir no. 12998

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قال : كُنْتُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَعِنْدَهُ عَلِيٌّ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « يَا عَلِيُّ ، سَيَكُوْنُ فِي أُمَّتِيْ قَوْمٌ يَنْتَحِلُوْنَ حُبَّنَا أَهْلَ الْبَيْتِ لَهُمْ نَبَزٌ يُسَمَّوْنَ الرَّافِضَةَ فَاقْتُلُوْهُمْ فَإِنَّهُمْ مُشْرِكُوْنِ ».

Dari Ibnu Abbas ujarnya, saya pernah berada di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersamaan dengan Ali. Saat itu Nabi bersabda kepada Ali: Wahai Ali, nanti akan muncul di tengah umatku suatu kaum yang berlebihan dalam mencintai kita ahlul bait, mereka dikenal dengan nama Syi’ah Rafidhah. Karena itu bunuhlah mereka sebab mereka adalah kaum musyrik.

Siapa pula Ahlubait? Ahlubait bermaksud ahli keluargaku (Ahli keluarga Rasulullah SAW) diketuai Rasulullah SAW, Fatimah RA, Ali Bin Abi Thalib, Hassan dan Hussin (anak kepada Fatimah dan Ali). Ulama juga menggolongkan isteri-isteri Rasulullah SAW sebagai ahlubait Rasulullah SAW.

Adapun golongan ahli sufi atau golongan habaib(habib-habib) yang mengagungkan ahlubait : Golongan ini golongan yang besederhana dengan dunia akan tetapi sangat memegang amalan-amalan ritual, doa-doa dan solat-solat sunat serta tawassul yang perlu dibuat mengikut ajaran guru-guru mereka yang kadang-kadang jauh dari quran dan sunnah dan ritual jiwanya lebih kepada mengagungkan sang guru sedang lupa tujuannya menimbulkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Maksud Tawassul pula berasal dari perkataan Arab وسيلة (wasiilah: perantara). Tawassala-yatawassalu-tawassulan. Yakni menjadikan sesuatu sebagai perantara di dalam kita berdoa. Kita tetap meminta daripada Allah, tetapi kita meletakkan perantara di tengah.

Aku ada sejarah bertemu dengan golongan habib-habib yang fenatik tak boleh bawak bincang ni..huhu.. Sehingga keliru pergi ziarah kubur ulama’-ulama’ boleh guna perantaraan boleh kirim-kirim doa perantara, kononnya boleh makbul doa sesiapa sahaja yang berdoa. Tak ada hijab Allah kabulkan semua kalau berdoa dekat kubur yang dia ziarah. Sedangkan sang mati itu tentu-tentu lebih memerlukan doa orang yang masih hidup. Itulah tahap kelirunya fahaman ummat akhir zaman..

Adapun sejelasnya begitu.. Dalam perbezaan Firqah (kelompok) kita memang boleh meraikan. Jika tidak setuju diamkan kerana tak akan menang berdebat dengan golongan yang mengagungkan fahaman mereka. Akan tetapi jangan pula terikut dan tergugat dengan pegangan mereka sehingga keluar dari jalan Quran dan Sunnah. Allah SWT bersabda yang bermaksud :

“Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” al-Nisa’:59

Terdapat beberapa hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang merupakan wasiat baginda kepada umatnya sehingga akhir zaman. Salah satu di antaranya yang masyhur ialah hadis berikut: “Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah, senantiasa taat dan dengar meskipun yang memerintah adalah seorang budak Habsyi yang hitam.

“Sesungguhnya orang-orang yang hidup setelahku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang lurus dan mendapat petunjuk, berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham.”

“Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), kerana setiap perkara yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” Hadis ini merupakan sebahagian daripada Hadis 40 Imam al-Nawawi, no: 28. Secara lengkap ia dikeluarkan oleh Imam Abu Daud dalam kitab Sunannya. Sila rujuk Shahih Sunan Abu Daud, no: 3991/4607.

Wallahu ‘alam.. Dalam penerangan mungkin ada salah silap. Boleh betulkan diruang komen. Sekadar bantu jelaskan istilah-istilah tinggi yang dibuat coffessor sebelum ni. Wajib bagitahu sebelum jadi makin keliru. Kita Islam pegang Quran Sunnah. Jangan keluar dari landasan itu ye tuan/puan.

– Cik Positif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit