Pekerja 12 jam

Assalamualaikum pembuka bicara. terima kasih iiumc kalau sudi siarkan cerita aku ni . minta maaf kalau ayat terkasar. pengenalan pendek . aku berumur 20an,perempuan. bekerja di shopping complex sebagai promoter. ye . bekerja selama 12jam sehari . cuti tidak tetap . rehat 1jam sahaja. sabtu ahad tiada cuti. kerja 10pagi balik 10malam. tak ada niat nak confess cerita ni sebenarnya. tapi terkilan dengan sikap segenlintir daripada kalian.

bagi korang kerja selama 12jam ni hina sangat ke ? ok . terdetik nak tulis cerita sebab terjumpa satu troll untuk budak2 lepasan spm baru2 ni . page tu buat “KEPADA YANG GAGAL SPM.SELAMAT DATANG KE DUNIA KERJA SELAMA 12JAM.HAHA” maybe aku yang salah tafsir kot . cuma ayat dia KEPADA YANG GAGAL??

kekadang pelanggan datang ada yang tanya. ada masa depan ke kerja ni? kenapa mesti pertikaikan masa depan kami? kami tak ada bonus. maybe ada yang ada . macam kerja aku . sebagai promoter di pusat telekomunikasi. kedai handfone lah senang cerita . basic sahaja rm1100 . tambahan rm100 kalau datang kerja awal tak pernah lewat . punchcard cantik dapat lah rm100 tu . setiap satu barang yang dijual didalam kedai (tak kisah lah jual apa) dapat 10% untuk komisen . bersih sebulan percaya atau tidak aku boleh dapat RM3+++ . mesti tak percaya kan ? sebab apa? mentality korang kerja kami ni makan basic rm900 bersih.

dan untuk pengetahuan korang. ye aku cuma ad SPM sahaja . tapi semua kredit . luck dapat 1A dalam sains . ahaha . nak sambung belajar tapi kemampuan family menghalang . so kerja jelah . belajar tinggi2 nak gi mana ? perempuan kan . janji pandai cari duit . hidup jugak lah macam orang lain. tak ada istilah belajar tinggi2 kalau nak berjaya . itu pegangan aku lah.

jangan kata yang gagal spm sahaja kerja selama 12jam ni. ada yang belajar sampai master . tapi kerja juga macam kami di shopping complex selama 12 jam ni. ada yang belajar tinggi2 tapi tak dapat cari kerja jurusan yang dia ambil. terpaksa katanya kerja macam kami . sudahnya lama2 suka kerja ni dan sayang nak berhenti . majikan pandai jaga woo .

kalian semua gelakkan kami sebab kami sabtu ahad kena kerja . kalian samakan kami dengan bangla yang kerja tak henti. kalian perli tunjuk gambar berseronok petang minggu tapi kami kena kerja . kalian kena ingat satu benda . kami yang bekerja selama 12jam ni lah yang melayan kerenah kalian setiap hari. kalau semua dah kerja nak cuti sabtu ahad balik pukul 6. siapa pulak yang nak layan kalian kan? maybe ayat keliru sikit lah . ahaha . paham sendiri lah.

apa bezanya kami dengan kalian ? kalian kerja dalam aircond,kami pun sama. kalian ada gaji basic,kami pun sama. kalian ada epf socso,kami pun sama. kalian ada bonus,kami ada komisen. sudahlah . penat menaip . cuma nak ingatkan . jangan pandang rendah dekat kami yang kerja selama 12jam ni.

p/s : kalian lagi banggakan budak2 yang menggangur menyusahkan mak bapak dekat rumah daripada kami yang sanggup kerja melayan kerenah kalian. terima kasih .

– pekerja 12 jam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit