Pekerjaan Ibuku Dikecam Orang

Assalamualaikum. Aku harap semoga admin approved pengakuan aku ni.

Aku pendekkan cerita. Aku anak seorang penulis novel. Latar belakang dari keluarga yang bahagia tapi ayah aku pergi dulu masa aku sekolah menengah. Kami pun pindah ke kampung mak.

Dengan adik beradik empat orang yang masih kecil, mak tak boleh bekerja. Jadi mak buat dua kerja. Setiap sebelum subuh pukul 4-6.30 pagi mak bangun buat nasi lemak.

Lepas tu aku akan tolong hantar kat kedai kopi. Ada la dalam 50 -100 bungkus sehari terjual. Sebungkus RM1.50 kat kampung harga tu dah cukup mahal. Tolak kos itu ini tolak komisen kedai kopi, dalam sebungkus untung 70sen je.

Mengharapkan duit pencen arwah ayah memang tak cukup, jadi mak cuba tulis novel. Susah juga la nak diterbitkan sebab bidang tu bukan mudah.

Mak kata tak boleh tulis sebarangan kerana dia mahu menulis dan menyampaikan ilmu dalam cara yang menghiburkan. Lupa nak cakap, mak aku lulusan u tapi tak kerja since adik aku sakit dan perlukan rawatan rapi. Takde pengasuh yang sudi jaga, adik aku tu pulak hyperactive. So mak aku decide berhenti kerja. Bila berhenti, ayah pula dah tak ada. Sedih usah cakap.

Aku tengok mak aku struggle nak besarkan kami.

So berbalik kepada kisah mak aku, dia menulis dengan bayaran royalti 8%-10% dari harga buku. kalau 10% dari rm 20, baru dapat rm2 senaskah.

Biasanya sekali dapat royalti RM5000 itu pun kena tunggu enam bulan.

Tak banyak pub tapi cukup cukup membantu kami.

Mak aku buat kerja menulis ni bukan untuk glamour kerana orang tak tahu pun siapa dia. Dia menulis untuk cari duit sampingan nak besarkan kami.

Tapi aku sedih. Bila tengok orang menghentam novel-novel yang diadaptasi. semua penulis novel jadi mangsa.

Kau orang tahu tak, dengan pekerjaan menulis tu mak aku cari side income untuk isi perut kami.

Dengan kerja menulis tu untuk support kos perubatan adik aku

Dengan menulis tu juga, aku dah grad dan ada kerja bagus.

Dengan menulis tu juga, aku kejar cita -cita aku supaya mak tak letih dan sedih.

Aku suruh dia berhenti. Aku nak dia berehat.

Apapun, aku nk pesan. adaptasi tak sama dgn novel asal. Janganlah kecam golongan penulis.

jangan kecam penulis skrip kalau watak pilot tak tunjukkan seseorang tu harus bawa kapal terbang setiap masa.

Drama malaysia masih byk ketinggalan dri segi teknologi. jangan bandingkan dgn negara hollywood

Fiction tetap fiction. Sama seperti tengok transformer. Tak logik tapi org blh suka dan junjung.

yang penting, bersihkan hati.
Tolonglah jangan kecam. Apa jenis pekerjaan sekalipun, doktor pilot driver lori, cleaner. semua tu halal di sisi tuhan.
selagi tak melanggar hukum syarak, tolonglah terima. jangan cerca sumber rezeki seseorang. jangan hina mereka kerana ada mulut untuk disuap ada hati ahli kluarga mereka yg harus dijaga.
tq

– anak bekas seorang penulis buku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit