Pelajar: Produk atau Pelanggan

Assalamualaikum w.b.k.t
Semoga semua pembaca tulisan ini dirahmati Allahs.w.t sentiasa.
Sebelum saya melanjutkan pandangan saya ingin saya tekankan bahawa tulisan ini adlah pandangan peribadi dan tiada kena mengena dengan mana2 pihak. Saya mengalu2kan sebarang pendapat membina bagi memperhalusi idea dan pandangan saya.

Saya bukan dari bidang ekonomi jadi saya memohon maaf terlebih dahulu jika ada beberapa istilah yang tidak tepat digunakan dlm tulisan ini.

Sistem pendidikan Malaysia mengalami transformasi berperingkat sejak pelaksanaan dasar KSSR dan KSSM secara menyeluruh. Dasar yang diperkenalkan KPM ini bagi melahirkan generasi yang seimbang dari JERI sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ini lebih diburukkan lagi dengan amalan pengredan sekolah spt sekolh kluster, sekolah berprestasi tinggi dan ntah apa2 lg yang sangat jelas hanya menekankan aspek akademik semata2. Saya bukan nk kata dasar sebelum ni gagal tapi ia cukup membuatkan masyarakat kita terpisah apabila amalan penggredan ini di amalkan seolah murid2 yang kurang dlm akademik itu telah gagal dlm hidup mereka. (Panjang pulak aku melalut).

Ok kembali pada tajuk, saya rasa pemahaman kita selama ini adalah salah apabila kita memandang pelajar sebagai pelanggan dan ibubapa sebagai pelabur. Saya berharap tulisan ini dapat membuka minda kita selama ini yg memandang pelajar sebagai pelanggan. Apabila pelajar dipandang sebagai pelanggan maka hak pelangganlah untuk belajar atau tidak. Jadi itu sgt tidak kena. Saya nak bawa pembaca memandang pelajar itu adalah produk yang dihasilkan di sekolah2. Ok saya akan nyatakan aliran untuk nyatakan siapa produk, siapa pelanggan, siapa pelabur, siapa pemegang amanah dan ini menerangkan bagaimana PENDIDIKAN ITU ADALAH BISNES DALAM MENGHASILKAN SUMBER MANUSIA.

Siapakah pelabur?
Pelabur dalam konterks pendidikan di Malaysia yang pertama adalah Kerajaan Malaysia dan yang kedua adalah Rakyat Malaysia yang membayar cukai dan zakat. Ok kenapa Kerajaan Malaysia? Merekalah yang mengeluarkan sejumlah modal untuk membina sekolah membayar gaji pekerja pendidikan , dan menanggung kos yang berkaitan yang sebahagian besar modal itu daripada pembayaran cukai dan zakat(sekolah2 agama negeri). Jadi pelabur pertama nilah yg menggubal dasar dan undang2 bagi memastikan hasil pelaburan mereka mendatangkan keuntungan dalam bentuk sumber manusia yang berkualiti dalam pelbagai bidang.

Peringkat Sekolah Rendah
Pada peringkat rendah produk adalah murid2 sekolah rendah, pelanggan adalah sekolah menengah yang akan menerima murid2 ini. Jafi murid2 ini akan disaring mengikut keupayaan dan kecenderungan mereka setelah 6 tahun diproses di sekolah rendah. Aliran agama, aliran sukan, aliran akademik, vokasional, sains dan sebagainya.

Diperingkat sekolah menengah.
Produk masih lagi pelajar yang kemudiannya pelanggan yang seterusnya adalah universiti atau kolej2 yang akan menerima pelajar2 yang berminat untuk teruskan dlm bidang akademik kemahiran atau sukan diperingkat yang lebih tinggi. Dan jika pelajar yang x minat menyambung pelajaran pelanggan seterusnya adalah bidang industri.

Diperingkat universiti pula produknya adalah mahasiswa dan pelanggan nya adalah bidang industri yg memerlukan kepakaran2 bidang yg ditawarkan oleh universiti. Ok, nampak tak perkaitannya. Diamanakah ibubapa? Ibubapa adalah pemegang amanah . Mereka memegang amanah menjaga produk2 yang dihasilkan ini dengan memastikan keperluan mereka dipenuhi.

Bila kita faham saya rasa idea ini akan membawa kemajuan dan kemakmuran serta Malaysia akan maju dalam segala aspek malahan moral generasi akan datang menjadi lebih baik KERANA RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI PELABUR KEDUA BERHAK MENDAPATKAN HASIL YANG BERKUALITI DALAM JANGKAMASA YANG PANJANG PADA MASA YANG AKAN DATANG. wallahu alam..

Tulisan ini boleh dikritik dengan membina kerana ia cuma idea peribadi. Jika ada kebaikan harap pihak berkenaan boleh majukan kepada pihak KPM.

– Education Thunker

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit