Pelajaran Disebalik Setiap Kehidupan

Assalammualaikum wbt. Aku harap admin dapat share pengalaman aku sekeluarga. Ceritanya simple jer tapi banyak pengisian dan pelajaran yang kami dapat dari pengalaman ini. Ini kisah tentang pengalaman kami sekeluarga yang telah menyertai satu peraduan dengan salah satu stesen radio di malaysia baru-baru ini.

Perjalanan pulang dari kampung suami ke rumah kami mengambil masa selama 2 jam lebih. Kami bertolak pulang sekitar jam 9.00 malam. Suami memandu kereta bapa mertua, bawa ibu dan bapanya kerana bapa mertua saya tak boleh memandu di waktu malam. Aku pula memandu kereta kami dengan ditemani oleh anak-anak. Seperti biasa, bila dalam kereta radiolah penyeri perjalanan kami.

Sambil menghayati lagu yang diputarkan dan perjalanan yang damai di waktu malam, kami dengar pengumuman ada peraduan untuk dimenangi iaitu sejumlah wang tunai dengan syarat perlu ke lokasi yang diberikan untuk layak jadi peserta. Lokasi tersebut sangat dekat dengan kami ketika itu. Anak-anak aku bersorak dalam kereta. “Jom! Ibu, dah dekat ni ibu. Kita boleh menang! nanti dapat duit.” Kata anak sulongku. Adik-adiknya pun beria-ia minta untuk aku pergi ke lokasi tersebut.

Dalam kepala berputar, fikirkan jauh lagi ni perjalanan, esok nak sekolah anak-anak aku ni… kesian mereka penat.

“Hurmm, esokkan sekolah.. nanti awak semua penat, nak bangun subuh semua. Jauh lagi ni perjalanan kita, kalau kita singgah lewat pagi nnti sampai rumah.”

“Takpe ibu, kitaorang boleh tunggu..” rayu anakku yang kedua.

“Hurm..yelah” balasku..

“yeayyyy!!!” mereka bersorak kegembiraan.

Setibanya di lokasi.. owhh tak ramai lagi… aku orang yang ketiga masa tu mereka sedang siapkan kereta kedua sebelum aku… tak pastilah kalau sebelum2 tu ade kereta lain… aku pun tunggu turn.. silapnya aku tak tanya dengan kru apa yang aku perlu buat. Duduk la melangok tunggu turn.. Makin lama makin banyak kereta yang datang dan menunggu giliran.

Aku baru perasaan eh! kenapa kru siapkan kereta2 yang sampai selepas aku semua ni. Aku pun tanya kru. Pantas kru jawab “Laaaa… Kena tulis nama dan details kak kat borang tu, kat tepi tu ada nombor lepas tu ikut no tu sebagai giliran.” Ya Allah setengah jam aku tunggu… tak tau nak rase apa mase tu. Krikk..krik… Yang aku pulak tak tanya kenapaaa! Dengan pantas aku pun isi borang tulis details semua & tengok untuk sampai ke turn aku ade 4 buah kereta lagi… Alamak!!!

“Kita nak tunggu ke? ibu rasa lama lagi la..” soalku pada anak2.

” Alaa..ibu kita tunggu je…” kata mereka… bersungguh2 betul anak2 aku ni. Sejam berlalu… sampai turn kereta kami.. suami yang dah jalan dulu pun berpatah balik semula ke lokasi kami sebab risaukan aku sendiri dengan anak2 sahaja dah lewat malam nak lalu jalan sunyi lagi. Rasa bersalah juga pada mak dan bapa mertua aku.. tak pasal2 mereka kena tunggu sama.

“Besarnya kena tampal!” Respon suami aku. “Kenapa abang malu ke?” Selorohku.. “Penting ke apa yang orang lain nak fikir tentang kita” sela ku lagi… tapi dalam hati berdoa juga, janganlah klien-klien vvip aku nak set appointment minggu ni.

Sekitar jam 11.30 malam siap semua, kami bergegas pulang. Sampai di rumah hampir jam 1 pagi… sepanjang perjalanan anak2 lena tidur. Allah… kesiannya… tak ikutkan salah…ikutkan pun rasa bersalah.. takpelah just nak bagi pengalaman dan hormati pandangan dan keputusan anak2.

Hari yang dinanti pun tiba untuk kami dapatkan klu dari pihak stesen radio. Anak2 la yang paling excited, seawal pagi celik mata… anak keduaku terus berkata “Ibu kita mesti menang arini! Jom! abg…adik kita doa sama2…” aku hanya memerhatikan gelagat mereka 3 beradik… anak2ku memang dah terbiasa dengan berdoa. Apa2 perkara mereka akan berdoa. Walaupun susah nk buka pintu skalipun mereka pasti akan berdoa sambil menadah tangan “Ya Allah, bukakanlah pintu ni…tolong ya Allah”

Cubaan pertama rezeki tidak memihak kepada kami. Apa yang menarik pengalaman kami pada cubaan yang kedua. Kami ade berdekatan sangat dengan lokasi. Keluar saja klu kami terus bergegas, perjalanan dalam 2 minit je. Tapi lokasi tersebut laluan sehala. Kami dah nampak kru… mereka baru buka bonet kereta, dan belum ada peserta lain yg sampai. Dekat je. Kalau potong je menyongsang arus jalan sehala ni 3 saat sampai kat kru ni. Tapi kami pilih utk ikut laluan sehala dan kena buat 1 pusingan.. Anak2 bukan main lagi bersorak dalam kereta. Berdebar! Nak bersalin pun tak berdebar macam ni. HahHahahah….

Masa ni la pulak…ade kereta yang que nak masuk parking… ade kerete nak keluar parking. Sabar jelah! Dah nak hampir sampai saya turun dulu terus berlari ke arah kru. Rupanya ade sorang peserta lagi sampai serentak dengan kami tapi isteri dia dulu smpai kat kru… dia menyongsang arus laluan sehala untuk sampai cepat kepada kru.

Saya pon tanya la kru kalau menyongsang arus laluan sehala ni kira macam mana tu. Ni laluan sehala. Mereka ikut prosuder yang ditetapkan siapa yang smpai dulu.. ok lah… bukan rezeki kami.. tahniah pada pemenang.

Masuk je ke kereta, aku pon bagitaulah keputusan pada anak2… senyap sunyi sepi hening dalam kereta… aku toleh ke belakang anak kedua aku menangis tanpa suara airmata je yang meleleh… si adik merenung jauh keluar tingkap begitu juga dengan abang….

Aku bersuara ” sabar ya sayang… bukan rezeki kita… semua ni Allah yang atur.. kita dah usaha dan kita dah doa pun..”

“Kenapa abah tak potong je macam kereta tadi tu kalau tak kita dah menang dah” semakin kuat esakkan anak keduaku melepaskan perasaan kecewanya.

” Walaupun kita kalah… kita kalah bermaruah kakak… ” balas suamiku.

“Siapa kata kita kalah? Kita dah menang hadiah yang lebih bernilai dari duit tu hari ni!” Bidasku…

” Inilah hidup namanya kakak… kita buat apa pun kita kena jujur dalam hidup ni. Hati kita kena tawakkal pada Allah dengan seyakin2nya.. kalau Allah takdirkan rezeki kita… kita pusinglah 10 kali pun jalan sehala tu kita tetap jadi orang pertama yang sampai. Orang yang potong menyongsang jalan sehala tu Allah hantar sebab nak uji hati kita kakak..” aku toleh ke belakang…. kakak mengesat airmatanya..

“Allah nak tengok kita tawakkal padaNYA atau kita menurut nafsu hingga hilang sifat ihsan dan kejujuran dalam diri. Syukur alhamdulillah…kita satu keluarga hari ni berjaya untuk bersikap jujur…kita sama2 belajar dan dapat pengalaman baru”

Aku dan suami reward anak2 berkat kesungguhan mereka menunggu sehingga 11.30 malam untuk kru siapkan kereta kami, menempuh perjalanan lewat pagi…keesokannya mereka bersekolah…mereka berdoa setiap hari setiap kali bangun tidur. Dan mereka belajar apa itu kejujuran & bertawakkal.. mereka belajar menangani perasaan kecewa dan yakin Allah sebaik2 perancang. Kami bawa anak2 pergi shopping.. belilah apa yang mereka nak beli.. itu reward ibu dan abah untuk semua effort kalian..

Ya Allah kurniakan hati anak2ku cahaya yang terang melihat sisi kehidupan ini hanya di atas redha Mu ya Allah… aamiin..

Hatiku dijentik oleh Allah. Pepatah FAST ACTION FAST RESULT kita pegang teguh untuk dunia sahaja ke atau kita pegang pepatah ni untuk menunaikan tanggungjawab kita terhadap perintah Allah.. seperti solat misalnya. Adakah kita sanggup menyongsang arus untuk sampai cepat semata2 nak dapat redha Allah, sama seperti kita sanggup tinggalkan dunia sebentar untuk sahut panggilan azan?… Allahurabbi.. ampunkan aku ya Allah..

Ting! Ting!… WhatsApp client.. saya nak jumpa awak di club house kita jumpa kat tepi kolam renang. Alamak lagi setengah jam! Matilanakkk!!! nak jumpa Dato’ kereta camni… hahahahha… tulah kan Allah menurut sangkaan hambaNYA. Apa yang kamu fikir itu yang kamu dapat. Alhamdulillah after du’a & visualised… Dato’ sampai lewat sikit.. sempat la aku parking jauh sorokkan kereta… hahahahah…

So, aku just nak share pengalaman jer.. yang baik jadikan tauladan untuk kita bersama ya..

Yang benar,

– Ibu Anak 3

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *