Pelangi Yang Datang

Aku tak tahu bila cerita ini disiarkan, tapi aku ingin ceritakan kisah hidup aku, kini usia aku da pun 34 tahun, tapi masih segar dalam ingatan aku, seperti tajuk itu pelangi, pelangi yang datang selepas turun nya hujan.

Kisah pertama

Aku masih ingat segar di ingatan ku, yang aku kena pukul dengan abah, abah aku seorang yang amat garang, luar biasa, bila dia pukul tu, boleh berbirat 1 minggu, kisah nya.

Sebab aku lambat balik masa main, abah da sampai rumah dulu, jadinya aku kena pukul, dan kena denda pakai jam tidur dekat leher jalan 1 kampung.

Kisah ke 2

Aku masih ingat jugak last terakhir aku ke masjid (tarawikh) darjah 6, aku ingat lagi masa tu kawan kawan aku tengah gelak ketawa di sebalik tirai ditempat jemaah kami (wanita), lepas tu abah dengar ketawa tu abah ingat aku yang gelak.

Padahal aku tak gelak pun, balik tu aku kena pukul separuh nak mati, (tendang perut/ lempang/ terajang) makian. Apa ajee yang aku tak kena.

Kisah ke 3

Aku kena perintah berkurung dalam bilik sebab nak pergi sekolah, tengah nak pakai stokin, adik aku cakap tu stokin dia, padahal stokin aku, kami bergaduh, abah dengar suruh masuk bilik, seharian, jadi waktu memang tak sekolah.

Kisah ke 4

Aku kena lempang, sebab lambat ambil adik sekolah (adik no4), kawan aku tu datang rumah, minta tolong, betul kan tayar basikal, masa kawan aku datang tu,

Adik aku no 3 tu ada dekat rumah, jadi aku da pesan dekat dia cakap dekat abah, yang aku pergi rumah kawan aku, bila petang waktu adik (no 4) aku balik sekolah, dia menangis menangis balik sekolah jalan kaki, balik ke rumah opah, rumah opah dan sekolah tak jauh.

Jadi kebetulan abah aku ada situ, aku pun baru smpai, sampai2 abah aku pelempang terus, tak berhenti disitu,

Balik rumah aku kena, siap bapak aku tunjal tunjal kepala aku maki, dan maki lagi, terus maki, bapak aku tanya yang no 3, aku pergi mana,

Dan no 3 tu boleh cakap aku pergi jalan jalan, dia tak cakap pun kawan aku datang rumah, kena lagi aku pukul, Allahu Akbar. Sampai sekarang aku ingat dan tak kan lupa

Kisah ke 5

Kisah ini aku main dekat luar, aku tak dengar abah panggil aku, bila dia jerit dari dapur, mencicit aku lari, dekat pintu dapur, kena lempang lagi, dan bapak aku suruh aku minum air longkang supaya aku boleh dengar, Allahu.

Dan banyak lagi aku nak cerita yang aku tak sanggup, aku hari hari makan maki, pagi pagi subuh pun pernah makan maki,

Tapi bila bercerita tentang ini pada orang, orang tak caye sebab bapak aku depan orang pijak semut tak mati, punya lah baik bercakap, tu aku tak pernah ada sweet memories dengan bapak aku,

Aku sambung belajar (tak habis belajar sebab ikut kawan) sebab semata nak jauh dari family, aku sakit, pagi pagi dengar caci maki,

Mak aku? Biasalah. Sangat penyabar, jadi habis belajar aku belajar lagi, (ni pun sebab terpaksa sebab nak jauh family), alhamdulillah dapat lah sijil, dapat habis belajar, Aku lari dari rumah cari kerja jauh, tapi still tak dapat, cari kerja lain, alhamdulillah dapat.

Aku kerja taska dari 2009, masa ni memang aku malas nak balik kampung)aku tenang. Biar lah kata aku hipokrit pun, yelah asyik cakap aku bodo, belajar pun bodo, semua bodo lah.

Memang lama aku tak balik kampung, bila lama tak balik kampung, bapak aku kol, suruh balik, siap cakap “jangan merajuk “, padahal aku mental dan duduk rumah tu.

Sampai lah aku 2012, aku tukar kerja lain kerja KL, alhamdulillah, lagi bestt hidup aku di kelilingi kawan kawan yang faham aku, yang aku tak perlu rase takut.

Sebenarnya 2009 tu aku kenal seseorang merangkap, teman tapi mesra, yelah, aku jenis tak nak komitmen, mesra macam mane pun.

Aku akan bagitau awal awal no komitmen, aku nak enjoy, ada yang okew dan tak okew, tak okew memang aku blaaa awal awal.

Jadi di pendek kan cerita, 2013 tu aku dan kawan aku tadi teman tapi mesra, alhamdulillah berjodoh, dan kami kahwin.

Pelangi datang apabila aku kahwin dia suami aku, suami aku jenis yang soft spoken, tinggi suara pun tak pernah, angkat tangan lagi lah, tak pernah mencarut, sangat ringan tulang, semua sangat indah bagi aku,

Aku bersyukur sangat, yelah aku takut, dapat yang macam bapak aku, memang aku bla awal awal, rupanya alhamdulillah, aku tak sangka ada lelaki baik dekat dunia ni.

Aku pernah cakap dekat laki aku, andai kata masa boleh putar, semua benda aku nak ubah, kecuali kenal dengan dia, dia anugerah terindah dalam hidup aku.

Dekat 6 tahun kahwin baru aku di kurniakan zuriat, (ini aku cerita lain) macam mana kami 6 tahun tanpa zuriat

Tapi rupanya panas tidak sampai ke petang. Ada ujian yang maha dashyat dalam keluarga aku. Hanya Allah yang mengetahui, tapi.. ujian itu bukan sebab takdir ia nya kesilapan manusia.

– Pelangi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *