Pelupa Tahap Gaban

Assalamualaikum. Aku meera umur baru je 20 tahun. Tengok tajuk pun dah boleh tahu apa yang aku nak sampai kan ni. Tolonglah admin siarkan cerita aku ni. Aku memerlukan pertolongan, nasihat, petua atau apa-apa shj yang boleh sembuhkan penyakit pelupa aku ni. Okay taknak panjang2 intro nya. Sebab bagi aku masalah yang aku hadap ni besar dan maybe kecik bagi orang luar dekat sana.

Aku ni ada satu perangai yang aku tak boleh jauhkan dari diri aku iaitu “PELUPA” mashaAllah pelupa aku ni dah mcm tahap nyanyuk dah. Masa aku sekolah lagi aku dah start perasan perangai aku ni, mudah sgt lupa apa yg aku buat. Tak sampai seminit aku letak brg dkt tempat A tapi melalau cari barang di tempat B C D E sampai Z. Rasanya org lain pun punya perangai mcm aku tp mungkin tak teruk lah huhu. Cekak yg aku pegang dekat tangan aku sendiri, aku boleh cari dekat tempat yg aku jarang jejak dekat kawasan ceruk rumah.

Cermin mata yg aku letak dekat atas kepala, aku boleh cari dkt beg kawan aku. Assignment yg aku hantar dekat madam A tapi pergi dekat madam B. Wehhh!! Pe benda ni! Buku depan mata tapi cari keliling rumah sampai dalam bilik housemate aku mencari. Hp yg aku suruh kawan pegang pun mengagau cari dekat satu kolej. Pekehe weh hmm. Kalau tengah nak bercakap pula, satu topik tu dah terlintas dekat kepala tetibe jadi lupa hm terus takde mood nak bercakap. Sebab tulah aku kena cari suami yg sifat berlawanan dengan aku. Kalau aku lupa dia tolong ingat kan. Kan sweet gitu hukhuk. Kalau dua-dua lupa matilanak hahaha

Lepas habis belajar aku tolong ibu meniaga dan mengasuh. Ibu meniaga aku mengasuh sementara cari kerja yg sesuai. Hampir setahun jugalah jadi babysitter dan malam aku buat part time dekat 7E. Dapat lah duit lebihan untuk bantu keluarga. Haaa lupa pula nak cerita. Ni yg latest punya cerita dekat tempat kerja 7E ni. Lupa nak clock out. Dan lupa nak keluarkan report MOL. Okay mcm ni semalam lupa nak keluarkan report MOL tapi aku dah end shift clock out. Harini dah keluarkan report MOL tapi lupa clock out. Cuai gila kepala otak aku ni! Sape yg keje 7E ni tahu lah kut pe benda yg aku terangkan dekat atas. Bila nak bagi customer balance aku pandang je skrin depan mata aku ni. Tetibe jadi blank dan taktau nak buat apa dengan duit dekat tangan aku ni. Bila customer dah hello holla semua baru aku sengih macam kerang busuk bagi customer balance.

Actually byk lagi aku boleh jadi lupa tak sampai seminit weh, mencari barang yang aku lupa mengambil masa berejam pula. Sampai kan aku merengek dekat family aku tentang hal ni. Family aku punya penyelesaian dia suruh aku pergi dekat tempat yg mula-mula aku jalan kalau tak ingat juga family aku suruh rehat nanti yg pelupa tu datang balik huhu. Bila apa yg aku cari tak jumpa aku rasa sebak dan nak menangis sampai ketuk kepala sebab nak ingat balik dekat mana aku letak barang before lupa. Lagi-lagi benda yg aku lupa ni urgent nak guna. Dan lagi satu bila dah pelupa confirm lah cuai tu tak lari dalam hidup kau. Tengah pilih barang mekap aku pergi tinggalkan dompet dan hp dekat bakul. Dalam dompet tu bkn duit kecik tapi yg besar pula tu. Allahu! Takat ni yang pulangkan dompet aku semuanya baik belaka. Alhamdulillah. Bagi lah apa-apa nasihat yg berguna untuk aku ni. Kadang-kadang bila org tanya aku makan apa pagi tadi. Aku amek masa almost 5 minit nak ingat balik. Hahahahahha

Maaf terlebih panjang atau penulisan yg agak serabut sebab aku tulis cerita ni pun pukul 3 pagi baru lepas balik kerja kul 11 tadi. Gara-gara tersedar dari tidur sebab terlupa nak clock out lepas balik kerja tadi huhuhu.

– Meera

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit