Pelupa tu normal ke? Advise please

Guys, i have simple direct question. Aku rasa macam problem sangat. I don't know but rasa down sebab benda ni

Ok, make it simple. Aku masa sekolah, alhamdulillah la ingatan nak kata power sangat tu tak ada lah. Tpi aku blh absorb senang2 je bila cikgu ajar even aku bukan student yg jenis focus dlm kelas. Senang cerita, belajar lewa2 je masa cikgu ajar. But masa exam aku blh score tanpa study mcm budak2 top study pun

One more thing, aku kalau bgi direction ke cakap la apa benda dengan aku. Semua aku blh hafal even aku dengar or tengok for the first time and tak ulang. Aku rasa masa tu aku mcm gifted memori. Sebab punya power ingatan aku

Tapi bila dah masuk U, slow2 semua kuat ingatan aku drop. Drop sampai tahap aku boleh lupa mana aku letak kunci rumah, mana aku letak handphone aku padahal tak sampai 5 minit pun aku pegang benda tu. Serius weh, rasa mcm wire shot dlm otak aku ni. Sampai aku jd fedup la juga apesal dengan aku ni

Mula2 aku igt benda ni normal, tk igt or ingatan tk berapa kuat normal sbb dh membesar. But lama2, aku jadi slow effect dari aku punya ingatan tk kuat. Aku nk menghafal pun kena byk kali. Byk2 kali. Even kadang tu org sebut nama dia, kejap lepastu aku boleh lupa eh apa nama budak ni

Help me what i have to do? Is that really2 normal as kita membesar? Atau sebaliknya? Aku confuse apesal aku punya memori slow slow jadi tak kuat dan aku tak suka keadaan memori aku mcm ni. Rasa nyanyuk muda

Advise aku apa patut aku buat

– Kaki Pelupa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

20 Comments

  1. Samalah kita….kalu bab teori susah sgat nak ingat….then kena baca byk kali..blh pula lupa letak kunci and fon tak sampai 5 minit….then sama jgk tak ingat sama kawan…tapi kalu bab calculation and formula senang ingat dan mudah hafal formula

  2. samaa.. cepat lupa, nama org yg baru je tanya, letak benda kat mana lagi2 cermin mata. Mungkin bila dah besar ni semua urus sendiri, banyak benda nak ingat nak kena buat, dia kdg2 jadi kelam kabut. Betul, setuju jugk dgn komen lalu, mungkin sbb byk dosa

  3. Mcm nilah, setiap kali nak tidur. Doa Ya Allah moga esok urusan aku baik-baik. Ingatkan aku. Rancang esok nak buat apa. Sampai hari esoknya, berjalan dalam hati zikir Ya Allah aku nak pergi__ kerana mu. Ya Allah ini kunci yg aku nak kene ingat simpan. Bantu aku fokus hanya utkmu. Ya allah aku bawa payung ni, harap aku takkan lupa nak bawa balik. Bgtahu Allah, Allah akan bantu. Bila hilang, baca LAUHALAWA QUWWATAILLAH BILLAHI ALIUL AZIM. mudahkan urusan ku. Dalam hati, setan ko jgn nak menyibuk buat aku marah cari barang ni. Sambil tu zikir,, Subhanallah… Lagi satu selalu bgtau kawan, aku bawa kunci ni aku letak dlm beg, kalau aku lupa tlg ingatkan aku..Sy nampak awk ni jenis kelam kabut nak cepat, Jadi awk kene selalu jalan tu zikir, pandang langit, ckp dlm hati apa nak buat, dan selalulah call mak. Minta mak ingatkan. Kalau pelupa betul namanya alzheimer tak silap.. awk lupa sebab awk cuai, kdg2 sy pun mcm tu. takpe bykkan cuba tips ni ok. Nak tidur tu klu boleh zikir ya allah aku nak tidur ni, sebab selalunya setan akan duk sebelah tidor. kita tak tahu apa lg dia bisik bg kita lupa dan was2. ada setan penghasut was was

  4. I feel u…hri tu abh bg duit tk smpi lima minit…abh naik ats kejap..bila abh turun blik nk ambil duit tu, sy dh lupa letak mana…sedihhh:'(

  5. Tips mak sy ajar utk cari brg hilang or lupa letak mana..baca surah dhuha. Byk kali jugak lh dh try buat, menjadi. Xtahu lh kebetulan ka apa tp ada prsaan tergerak hati nk cari kat tmpt tu.

  6. Aku rasa tu bnda normal je. Masa sekolah aku tk penah siap keje sekolah jarang focus dlm kelas. Slalu duk main2 atau duk dkt blkg tp still dpt tmpat atas2. Dpt anugerah akhir tahun. Tp bila masuk uni,surrounding beza, kawan beza, lecturer beza. Dosa pun makin byk. So apa yg aku buat time study dulu aku faham tulis hafal tulis balik. Masa final yr rasanya setiap helai buku tu aku nangis sbb susahnya nk hafal. Tp alhamdulillah Allah mudahkan urusan aku and still dpt top 10 dlm kelas aku. Nk kata tips tkde la sgt tp aku akan baca yassin setiap kali sebelum buka buku. Makin susah satu subjek tu makin byk yassin aku baca. Try la buat solat sunat hifzi jugak

  7. akupun mudah lupa… ni apa yg aku buat untuk atasi

    1.fokus
    2.banyak zikir dan baca alquran
    3.jgn tgok porno dan seangkatan dengannya
    4.relaxkan minda(kadang2 kita stress)
    5.al mathurat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *