Pemalas atau Kurang Didikan

Assalamualaikum semua.. Terima kasih admin, kalau publish. Tak publish pun takpe sebab aku memang menaip untuk meluahkan saja.

Nama aku Chempaka (bukan nama sebenar). Sudah berkahwin 4 tahun dan bakal dikurniakan cahaya mata hujung tahun ni. Kira baru nak pulih dari morning sickness, selera makan baru nak ada. Alhamdulillah juadah raya aku dapat nikmati tanpa makanan tu keluar balik.

Berbalik pada tajuk, aku tak pasti sesuai ke tak. Tapi apa yang aku nak luahkan, raya baru ni aku stay kat rumah mentua. Adik beradik suami 6 lelaki, sorang perempuan. Apa yang aku nak highlight, perangai pemalas Nauzubillah adik ipar kesayangan aku ni.

Maaf lah membawang pulak sebab aku takde adik beradik nak luahkan. Mak aku pun dah tua. Kesian pulak kalau aku dok meluah kat dia. Ceritanya, masa kat rumah mentua aku ni, adik ipar perempuan sorang ni keluar bilik semata bila kebulur nak makan. Mak mentua aku, abang2 dia, biras2 dengan aku skali yang baru nak elok mabuk ni laa yang ke hulur ke hilir menyiapkan keperluan raya.

Sabtu baru ni family in law aku buat open house. Ipar aku yang 4 orang dah balik umah mentua masing2 (ikut turn). Yang tu tak kisahlah kan. Kita boleh faham. So, tinggallah suami aku dengan adik perempuan and sorang adik ipar lelaki (bujang) ni.

Aku ingatkan bila buat open house ni, mahu laa si bunga kuntum ni menolong apa yang patut.. Paling takde pun, tolong potong buah ke, agar2 ke, cuci pinggan mangkuk ke kan. Ni macam sebelum ni lah, tak reti nak keluar bilik. Alasan sakit perut senggugut dari puasa hari tu. Sakit hati betul dibuatnya.

Maknya pulak boleh back up anak daranya, biarlah kakak nak berehat tu.. So, kesimpulannya memang dari pagi sampai ke malam aku, mak mentua, suami aku dengan adik ipar lelaki tu jelah yang buat A-Z. Anak dara simpan dalam bilik.

Ahad pula (semalam), mak mentua aku pergi beraya rumah sedara mara. Aku tak ikut sebab sumpah penat, perut pun keras je. Lagipun subuh tu ada spotting darah sikit. So, aku decide nak rehat kat rumah. Husband pun faham takde paksa aku ikut pergi beraya. Anak dara tak nak ikut. Nak rehat kat rumah katanya. Lantak kau lah kan.

Lepas tu menjelang tengahari gitu, aku masak nasi. Aku tengah potong sayur, anak dara keluar bilik, cakap lapar. Aku cakap nasi dah masak, kalau lapar goreng telur dulu, akak tak siap masak lagi. Dia boleh cakap, ehh lambatnya akak masak. Amboiii.. kau ingat aku bibik kau nak masakkan untuk kau ke? Nak aje aku cakap macam tu..

Sekali lagi aku cakap, lapar sangat, gorenglah telur dulu.. Dia cakap adik tak reti lah nak goreng.. Dah tingkatan 5, memang masak nasi tak reti, goreng telur pun tak reti. Duduk dengan mak, bukan duduk hostel ye. Aku diam je, malas nak layan.

Sudahnya dia buat muncung sedepa, masuk bilik. Lantak kau. Aku malas nak pujuk apatah lagi nak goreng telur untuk kau. Pendek cerita, aku siap masak, dia cedok nasi, makan tak mengajak orang keliling, pinggan letak kat sinki je. Bagus kan perangai?

Banyak lagi kisah pasal anak dara sorang ni. Sejak aku masuk dalam family, budak tu Form 1, memang kerja rumah tak pernah nak sentuh. Mak mentua aku mengadu penat buat itu ini, tapi tak pernah nak suruh anak dara dia buat kerja sekali sama2.

Bila abang2 tegur, mak back up, kakak kecil lagi, biarlah. Yelah mak, kecil lagi lah dah 17 tahun tu. Kalau nikahkan dah boleh beranak tu dalam bahasa kasar. Bila ditegur anak dara merajuk, mak back up memang tak jadi apa. Abang2 pun dah malas kot nak menegur. Mujur ada abang, adik ipar rajin. Biras pun alhamdulillah walau ada anak kecil, masing2 ligat buat apa yang patut.

Maaf kalau luahan ini terlalu panjang dan bosan untuk dibaca. Korang doakan aku terus sabar dan doakan juga anak aku tak berperangai macam mak sedara dia nanti. Risau gak aku kot tetiba terkenan. Nauzubillah minta simpang. Huhu. Doakan semoga segala urusan aku dipermudahkan ye. Thanks admin and readers.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

– Chempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *