Penanda Aras Kita Isteri Taat VS Bibik

Macam mana cara nak bezakan ketaatan dan hak isteri?

Duk google-google, takde jawapan yang dapat jawab persoalan yang bermain di minda.

Semua yang diceritakan ini, sama dengan situasi wifeship di luar sana atau berbeza?

Saya dan suami both bekerja. Suami 3x gaji saya. Perfect nafkah batin, nafkah financial kadang-kadang saya tolong topup sebab katanya tak cukup. Tapi saya tak nak cerita itu. Saya nak cerita dari segi emosi saya.

Saya pernah dapatkan nasihat dari kawan-kawan. Semua cakap itulah ketaatan kepada suami. Tapi saya confused, kenapa saya rasa emosi saya dinafikan. Kat sini, saya cerita semua.

Suami selalu minta saya tolong karang ayat emel untuk dia blast meeting etc. kadang-kadang ganggu waktu kerja saya. Saya pernah tegur suami hal ini. Katanya saya tak nak tolong dia.

Dari hari pertama nikah, saya akan bangun pagi dalam keadaan kebas kerana ditolak suami hingga ke hujung katil. Saya masih perlukan tidur, jadi saya bertahan di hujung katil. 90% katil dimonopoli kaki dan tangan husband sperti lagak starfish.

Sekarang dah 3 bulan, saya bangun moody kerana dah penat menahan diri jatuh dari tilam sambil tidur. Penat tapi nak tidur. Nak rehat.

Selimut pun diambil suami. Kadang2 terbangun kerana kesejukan, bukannya ketidakselesaan, saya almost adapting dengan cara tidur mengiring sekeping lidi.

Pernah ditegur juga, katanya tak sengaja, janji tak buat lagi. Tapi setiap hari dibuatnya. Saya pernah asingkan tempat tidur, saya tidur di bawah katil, katanya saya derhaka sebab lari dari suami.

Suami susah bangun tidur. Kalau dia bangun lagi awal dari saya, selalunya waktu weekend + period, dia akan ganggu tidur saya.

Saya hafal setiap cara dia ganggu tidur saya. Saya apply balik gangguan itu kepada suami, dimarahnya katanya saya tidak taat dan ganggu rehat suami.

Suami juga tidak menjaga lidahnya. Banyak sangat kata-kata yang baginya gurauan tapi kasar pada telinga saya. Herdikan juga ada.

Dua bulan lepas nikah, kami stay rumah mentua (mak suami) yang didalamnya ada juga abang suami. Kalau keluar bilik, perlu tutup aurat.

Suami sangat particular tudung yang tutup dada, stokin dan sarung tangan. Suami tak bagi masa alone dalam bilik. Katanya kalau nak skrol fon pun perlu di luar bilik, depan mata suami.

Saya tak kisah, yang saya kisahkan suami sangat suka bersama dan sangat gelikan kelemumur yang baru timbul selepas nikah dengan suami.

Saya pernah slow talk, nak hilangkan kelemumur, rambut dan kulit kepala perlu kering sebelum pakai tudung.

Di-agree nya sekali, tapi selepas tu always terjerit2 nama saya dari tingkat bawah panggil saya turun right after bersihkan diri. Kadang-kadang hanya untuk ambilkan suami air kosong yang mana mesin coway tu hanya berhadapan suami.

Saya pun sayangkan mahkota saya. Mahkota sangat cantik sebelum nikah, selepas nikah, dalam masa seminggu saja saya perasan dah ada kelemumur, bau masam dan berminyak. Setiap dua hari, saya deep cleaning rambut saya dan tidur lewat untuk keringkan rambut.

Suami tak percayakan setiap apa yang saya infokan. Walaupun in the end, betul apa yang saya telah sampaikan.

Suami hanya layan saya dengan baik, jika saya masak. Kalau haritu saya beli luar, saya dibuat seperti halimunan dalam rumah.

Lepas masak, suami jarang tolong basuhkan pinggan (culture family suami sebegitu), saya penat berkerja dan proses memasak hari-hari.

Selepas masak, saya seolah terlihat cantik terlampau cantik di mata suami, dan suami always nak saya layan dia lepas siap basuh pinggan.

So after work, pakej yang ada ialah samada pakej sedia bahan masak + masak + basuh kuali periuk + layan suami atau pakej beli luar + rehat tak diganggu sbelum tidur + suami dingin.

Pernah bagitau juga husband, katanya hak dia untuk mendapat layanan dari saya.

Macam biasa, saya always utarakan apa yang saya rasa kepada suami, respons suami seperti budak budak. Sama ada suami akan deny, menjawab atau merajuk. Tiada ruang untuk berbincang.

Emosi saya penat…

– Confuse (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *