Penat

Assalammualaikum and Hi readers! Aku Na. Aku nak luahkan sedikit perasaan aku dekat sini.

Aku ada seorang kakak dah berkahwin and dah ada anak. Sekarang kami tinggal serumah di rumah family aku tapi hanya aku dan family dia saja disini. Parents dan adik-beradik lain duduk di kampung.

Apa yang aku nak luahkan ni adalah tentang cara hidup dan apa yang sering terjadi sampai buat aku tak tahan.

Aku adalah seorang pelajar IPTA, sekarang tengah Online Learning memandangkan kes Covid-19 makin meningkat.

Alhamdulillah aku ada bilik sendiri, duit PTPTN aku guna semua untuk kelengkapan dan keselesaan belajar di rumah. Tiada masalah. Yang menjadi permasalahan nya ialah vibe/ aura dalam rumah ini.

Kakak aku seorang yang liat bangun pagi. Dia selalu tidur lewat dan bangun tengahari. Jujur aku pun pernah tidur lewat, tapi aku bangun juga diawal pagi.

Aku tidaklah bersenang-lenang. Aku sidai baju, sapu sampah, mengemas dan buat sarapan sendiri. Kadang-kadang kalau pinggan banyak aku akan basuh, tapi kalau sedikit aku hanya kemas saja letak dalam sinki untuk kakak aku basuh.

Kira adil sebab aku dah buat bahagian aku dan dia hanya perlu basuh serta masak. Kakak aku memang hari-hari masak untuk kami.

Aku bukanlah tak reti masak, tapi aku sedar la skills masak aku tak berapa elok lagi. Kadang tu aku saja makan jadi aku malas nak masak.

Abang ipar aku pula sama sahaja perangainya. Tidur lewat dan bangun lewat. Kadang-kadang sebelum maghrib baru bangun.

Satu perangainya aku tak berapa suka, dia sangat-sangat cerewet bab makan. Bila kakak aku masak, dia taknak makan. Dia akan suruh masak benda lain.

Aku pun sangat kesian dengan kakak aku, isteri mana tak terasa kalau dah excited masak untuk suami tapi suami tak hargai. Walhal dia dah tanya nak makan apa dan laki dia jawab apa-apa jelah. Apa-apa hangguk dia, bila masak tak nak makan pula!

Suami dia ni seorang yang slow sedikit. Blur. Kalau nak bagi dia faham, kena jelaskan 10x dulu. Kadang lepas 2-3 jam baru dia faham.

Jadi, kalau kakak aku ni merajuk ke apa dia macam tak ambil peduli sebab dia tak faham. Kakak aku pula jenis diam. Apa-apa terasa diam. Semua diam.

Lepastu bergaduh tuduh-menuduh dan sebagainya. Sering juga berlaku waktu aku ada dan anaknya ada. Anak buah aku kecil lagi, jadi dia tak faham. So, aku pun buat-buat tak dengar pergaduhan tu dan layan anak buah aku instead.

Perkara ni sangat menganggu aku. Aku banyak kali cakap COMMUNICATION IS THE KEY. Cuba lah cakap elok-elok. Ni tak, seorang diam and seorang tinggi suara. Kadang tu kakak aku sengaja saja.

Bila suami dia tanya contoh “baju mana”, kakak aku akan jeling diam and everything. Suami dia pun akan keep tanya.

Kakak aku akhirnya marah dia sebab push and jawab contoh macam ni “tu dekat dlm almari tu buta ke”.

Disini aku sangat tidak suka sikap kakak ya. Cuba lah. Kalau dia jawab masa suami dia tanya mula-mula tu kan senang? Ni tak, diam jeling macam lah orang ada kuasa telepathy untuk faham.

Nak pula suami awak tu slow alam. Ya Allah, aku sangat-sangat tidak suka orang macam ni. Kalau kita tanya, tolong jawab. Even benda tu depan mata kita saja tapi kadang kita tak perasan.

Perkara ni terjadi setiap hari tau. Setiap masa ada saja tak kena. Aku ni bukan jenis menyampuk, aku memang tak suka masuk campur. Kecuali kalau kakak aku meluah ke, minta pendapat ke. Tapi sumpah aku cakap aku penat.

All these negativity drained my energy! Tak penat ke kalau kau dah serabut dengan belajar, keluar duduk ruang tamu nak rehat kena hadap negativity macam ni.

Aku bukan harapkan semua gembira sentiasa, tapi cubalah cakap baik-baik. Bincang, jangan asyik bergaduh saja.

Belum cerita lagi aku penat dengan jeritan anak buah aku yang manja. Tapi tu aku tak kisah sangatlah, faham kanak-kanak kan.

Hm, aku harap mana-mana orang yang berkahwin ambil iktibar dari luahan aku ni. Kalau ada masalah, tolong cakap baik-baik. Aku sentiasa ada untuk kakak aku, tapi bila dah sering terjadi aku terasa sangat penat.

Nak saja aku masuk campur dan marah kedua-duanya. Harini aku breakdown sampai rasa nak balik kampung duduk dengan mak huhu. Hm itu sajalah luahan aku. Terima kasih baca, maaf kalau panjang.

– Na (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *