Penat Dengan Keadaan Keluarga

Hi, aku Liza. Masih muda dan bertenaga tapi tiada fungsi untuk keluarga. Sejenis manusia yang tiada guna. Maaf penulisan ku agak berhambur.

Masalah aku tidaklah sebesar masalah orang lain. Aku yakin ramai lagi orang di luar sana yang sedang berhadapan dengan masalah yang lebih berat daripada aku.

Kisah aku bermula dari sekolah menengah waktu aku ambil PMR. Aku dapat tahu yang bapak aku ada scandal dengan orang lain. Pendek kata, mak aku dicurangi.

Bayangkan remaja yang berumur 15 tahun yang sedang hadap kertas PMR tahu tentang berita kehancuran keluarganya.

Semenjak dari hari aku tahu berita kecurangan bapak, aku jadi jijik dan benci pada bapak aku sendiri.

Aku takut bila hanya berduaan dengan bapak aku yang mana sepatutnya bapak melindungi anaknya tapi aku pula rasa seperti dalam situasi ancaman. Sebab aku ternampak gambar yang ‘memalukan’ bapak aku.

Dan sampai sekarang aku mempunyai sikap prajudis pada kaum lelaki. Aku tak suka disentuh secara sengaja atau tak, jika disentuh aku akan mengalami panik attack (tahap boleh disembunyi dari pengetahuan umum)

Aku mula bergaul dan berkawan dengan orang- orang yang hanya tahu untuk ‘enjoy’ hisap benda macam-macam. Tapi alhamdulillah setakat ini aku tahu batas, pergaulanku tertumpu pada perempuan.

Cuma ya lah tak ada lagi istilah ‘pilih bulu’ dalam pergaulan dan ya, aku mula naik kepala, mula melawan parents walhal aku tahu itu salah.

Perkara itu aku diamkan sampailah aku meninjak usia 17 tahun. Akh pendam sebab aku takut penceraian berlaku dan mak bapak ku ada penyakit yang boleh dikira kronik juga. Aku diam akh pendam tapi sakitnya hari-hari saya rasai.

Setiap hari aku mendengar tengkingan dan pergaduhan mak bapak aku. Mengungkit keturunan dan macam-macam lagi.

Sampai aku rasa hal itu biasa. Hanya biasa, cukup biasa. Seperti sudah sebati dalam hidup. Tidak lengkap jika sehari tidak mendengar pergaduhan dan tengkingan.

Sampailah satu masa, pada pertengahan tahun aku ambil SPM, mak aku selongkar telefon bapak aku. Dan segalanya terbongkar.

Waktu tu, mak aku sedang berpantang, dan ada beberapa kali mak nak failkan cerai. Siksanya jadi anak. Sampai berkali-kali aku rasa ingin bunuh diri tapi aku takut mati. Sedar diri tak cukup amal lagi.

Dan oh ya sikit lagi aku hendak berhenti sekolah. Nasib baik Tuhan hadirkan kawan (walaupun macam di atas) dan guru yang baik.

6 April 2021

Mak bapak aku tak bercerai tapi macam biasa kes scandal sampai ke hari ni masih diungkit-ungkit. Tengkingan dan pergaduhan masih macam biasa. Hahaha kan aku kata, dah sebati.

Keputusan SPM aku agak memberangsangkan, alhamdulillah. Sejujurnya aku nakkkkk sangat lanjutkan study aku diperingkat lebih tinggi tapi apa kan daya nasib aku tak dibenarkan keluarga untuk teruskan study.

Kata mereka ‘ belajar tinggi-tinggi tak menjamin kerja ada baiknya tolong keluarga cari duit’

Kami bukan keluarga yang senang, sederhana pun boleh dikatakan tidak. Mungkin tampak sederhana tapi sebenarnya tidak. Untuk makan saja susah. Lagi-lagi waktu covid macam ni kan.

Aku cuba untuk minta tolong pada makcik dan pakcik tapi ya lah kan, masing – masing juga ada keluarga dan komitmen. Dan macam biasa ada juga keluarga aku yang lain sokong dengan mentaliti jamban ‘ sekolah tinggi-tinggi ke dapur juga’.

Aku cuba untuk bersabar, dan aku nekad kalau aku ada duit sendiri aku boleh sambung belajar dan aku boleh gapai cita-cita aku sebagai cikgu sejarah.

Sumpah aku cemburu tengok kengkawan lain yang sedang struggle belajar sekarang. Tapi tak mengapa mungkin bukan rezeki aku di bahagian pembelajaran. Setahun lebih juga aku betul-betul redha tak dapat sambung study.

Next, aku cuba cari kerja. Kerani, babysitter, penjaga kaunter TAPI aku tak dibenarkan kerja seperti itu.

Kata mak aku ‘cari kerja lain yang lebih sesuai dengan keputusan SPM’

Kata bapak aku ‘buat malu je orang tengok’.

Macam mana aku nak ubah keadaan keluarga? Macam mana aku nak gapai impian aku? Macam mana nak ubah kalau aku tak dibenarkan kerja macam tu. Takut malu dikata orang. Boleh tak kalau tak payah dengar apa orang lain kata tentang hidup kita?

MENTALITY PLEASE!!

Hari tu aku ada dapat tawaran kerja. Tapi masalahnya ialah aku tak dapat, aku tak lepas interview.

Aku sudah berusaha setiap hari aku jogging. Pagi petang tercabut kaki je tak. Terlalh banyak pengorbanan yang aku buat tapi still tak lepas. Aku cuba untuk positif. Tuhan nak bagi aku lebih lagi. Sabar.

Tapi, bapak dan mak aku putus asa pada aku. Mungkin mereka tak cakap tapi aku dapat rasa. Aku faham, banyak duit yang aku guna sewaktu nak pergi interview. Kos pengangkutan, penginapan, makan dan persediaan lain.

Tapi sumpah, 3 hari aku tak makan hanya minum untuk jimat sikit duit yang aku guna untuk urus hal-hal untuk hadir interview.

Tolonglah, aku nak ubah kehidupan ke arah lebih baik lagi dari sekali tapi kenapa tak bagi aku peluang? Kenapa? Aku penat.

Ada ketika aku rasa aku hilang diri. Aku tak kenal siapa aku. Tidur tak teratur. Emosi tak tentu. Aku takut, aku takut jadi gila.

Kadang-kadang ketika ketawa tengok video yang lucu atau sedang berborak dengan kawan aku rasa nak nangis yang aku sendiri tak tahu kenapa aku nak menangis.

Dan bila aku rasa nak nangis aku tak tahu kenapa air mata tak dapat jatuh. Tapi aku simpan sendiri dan pendam. Nak luah takut dikata mengadah. Well, mentality melayu kita.

Aku penat sumpah aku penat. Aku give up untuk hidup, aku give up nak maju, aku hilang pedoman diri. Aku tak kenal diri ku yang sebenar.

Kepada mak bapak di luar sana tolong jaga emosi anak-anak kalian. Dan kepada pembaca tolong bagi pendapat apa yang patut aku buat supaya saya diberi kebenaran untuk keluar dari rumah ni.

Oh tadi aku gaduh dengan bapak sampai barang dilempar ke mukaku. Tapi satu air mata pun tak tumpah. Aku tak tahu itu normal atau tak. Takut jadi dendam. Ah, aku penat. Aku nak berehat.

Terima kasih admin sebab siarkan cerita saya.

– Liza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit