Penat Memendam Rasa

Assalamualaikum. Nama saya J. Saya seorang isteri dan ibu. Saya juga mempunyai kerjaya yang lebih baik daripada suami. Saya dan suami bercinta hampir 8 tahun dan selepas itu kami berkahwin atas dasar cinta dan suka sama suka.

Saya adalah seorang wanita yang easy going. Semua nya rasa sangat tidak kena selepas kami berkahwin, sebelum berkahwin pun sebenarnya ada masalah berbangkit kerana suami saya seorang yang taat kepada orang tua.

Itu adalah perkara baik tetapi saya kecil hati kerana kebanyakan perkara saya lakukan seorang diri, termasuklah duit menampung diri selepas kami berkahwin.

Suami saya tinggal di kampung dan agak pedalaman. Suami saya tidak mahu mencari pekerjaan di luar kerana risau akan ibunya yang sakit. TETAPI pekerjaan di kampung sangat terhad, gaji sebulan hanya RM600 sahaja kerana buat kerja kerja kampung.

Saya mengakui gaji saya lebih besar dan saya mampu tanggung diri saya sendiri. Cuma kadang2 saya agak terasa(biasalah, manusia). Suami nyatakan pada saya dia akan cuba berubah dan mencari pekerjaan lain kemudian jika ada sesiapa yang boleh bantu jagakan ibunya yang sakit.

Saya agak pelik sedikit kerana dia ada adik beradik yang tinggal disitu dan juga bekerjaya untuk membantu tetapi dia tetap dengan keputusan dia. Mahu menetap disitu dan menjaga orang tua. Saya okay sahaja walau sedih sedikit.

Tidak lama selepas itu, saya mengandung. Semasa mengandung, saya selalu seorang diri. Check up seorang diri, berendam air mata juga lah. Bila call suami meluahkan perasaan dia akan marah saya balik dan moody. Kenapa perlu begitu ya?

Perasaan saya terganggu tetapi cuba kuat kerana anak yang bakal di lahirkan, kebanyakan duit untuk keperluan anak saya yang simpan sendiri sebab saya faham dia tak mampu nak beri lebih, kalau ada… ada lah, kalau tiada.. saya lah yang akan tanggung sendiri. Nasib baik saya menumpang rumah ibu bapa saya dan mereka menjaga saya dengan baik.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah berikan kami rezeki anak yang comel, semua nya baik sahaja dan ibu mertua saya yang sakit pulang kepada pencipta. Saya sedih juga tetapi suami tanpa niat nyatakan saya berpuas hati kerana ibunya sudah pergi.

Saya terasa dengan kata katanya, ya Allah… saya tidak pernah niat begitu walau saya perlukan dia disisi saya, setiap hari saya berdoa semoga hubungan kami baik walau berjauhan.

Selepas beberapa bulan, saya nyatakan pada dia yang kami sudah ada anak dan keperluan dan komitmen mungkin bertambah (beli pampers, susu dll). Saya mengajaknya tinggal bersama dan mencari pekerjaan di bandar. TETAPI alasan yang sama diberikan, menjaga ayahnya pula. Ya Allah……….

Saya sedih dan menjadi seorang wanita yang marah2 dan suka buat muka garang dengan dia, jika dia call ada sahaja perbalahan. Saya tidak boleh terima apa yang dia lakukan, bagi saya dia pentingkan diri. Saya bekerja, menjaga anak, merawat anak, semua saya lakukan seorang diri.

Kalau anak sakit, dia akan call dan tanya tetapi itu sahaja lah tindakan nya. Mengapa tidak terus datang melawat anak? Jangan cakap pasal wang, saya struggle dengan hidup saya. Allah sahaja tahu. Mengapa hanya wanita sahaja yang cuba untuk mengubah nasib keluarga dan bukan nya lelaki.

Bagi saya, saya terasa kerana tanggungjawab yang sepatutnya seorang suami lakukan di letakkan di bahu isteri, walaupun isteri anda bekerja anda patut sedar mereka bekerja untuk membantu anda, bukan untuk mengurus segala keperluan.

Pada yang akan kata, “Dah tahu suami macam tu, kahwin buat apa ?” Bukan semua yang jahat mengenai suami saya, cuma kurang kesedaran dalam tanggungjawab. Itu sahaja.

Dia ada pelajaran atau tidak, kaya atau tidak.. saya tidak kisah asalkan berusaha untuk berjaya…

Maaf jika pengakuan ini agak panjang dan merepek. Hanya luahan, panjang lagi cuma cukup lah hilangkan sesak nafas di dada ini. Terima kasih jika disiarkan.

– J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *