Penentuan Tuhan

Assalamualaikum semua, saya berumur 22 tahun. Jika disiarkan kisah saya, terima kasih. Baru ini, keputusan upu untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sudah diumumkan. Saya salah satu daripadanya mendapat tawaran ke universiti awam. Pada mulanya, saya sangat gembira mendapat tawaran tersebut kerana kos yang ditawarkan adalah pilihan pertama saya.

Tidak memikir panjang kerana sudah lama ingin menyambung pengajian, saya menerima tawaran tersebut. Dalam masa seminggu, saya sudah sediakan segala dokumen yang diperlukan untuk mendaftar walaupun tarikh mendaftarnya pada bulan hadapan. Saya juga sudah menjelaskan yuran pengajian tersebut.

Pada suatu malam, saya tidak tahu mengapa, saya tidak boleh tidur memikirkan bagaimana saya mampu meninggalkan kedua ibubapa saya dan juga memikirkan dapatkah saya pelajari kos itu kerana semasa diploma saya mengambil kos yang berbeza. Malam itu juga saya memutuskan saya tidak mahu pergi melanjutkan pengajian saya.

Agak kelakar tetapi realitinya, berat untuk meninggalkan ibubapa saya kerana saya tidak pernah barjauhan dengan mereka. Dengan keadaan mereka yang tua dan tidak berapa sihat. Keesokan harinya, berat hati untuk saya beritahu perkara tersebut kepada ibubapa saya, alhamdullilah mereka tidak marah mahupun paksa saya pergi.

Mereka memberitahu saya jika sudah tolak jangan merasa menyesal di kemudian hari. Selepas membuat keputusan untuk tidak melanjutkan pengajian, saya bertekad untuk mencari pekerjaan. Disini saya ingin menyatakan, walaupun kita merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.

– Banana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *