Pengajaran Menjadi Seorang Dropshipper

Pengajaran Menjadi Seorang Dropshipper

Assalamualaikum. Nama aku Lia. Aku seorang surirumah yang buat dropship meniaga baju dan seluar secara kecil-kecilan.

Bagi yang taktau, konsep dropship ni, kau tolong promote produk, then bila customer agree nak purchase, dia bayar harga customer kat kau, kau pulak submit order customer tu kat company dengan harga dropship.

So basically, harga customer – harga dropship = kau punya komisyen.

Nak jadi cerita, one day ada seorang customer nak beli beberapa helai baju dengan seluar. Aku panggil dia, N. Ini first time dia beli dengan aku.

Aku kira-kira, total semua sekali yang N perlu bayar ialah RM290. Dia agree. Aku pun cepat-cepat submit order. Aku dulukan duit aku sebab dia ada problem nak transfer duit masa tu dan aku sendiri kalau boleh taknak stok habis. Kesian customer frust nanti.

Time aku submit order, aku rasa macam sikit sangat harga dropship yang aku perlu bayar kat company. Aku tak sedap hati so aku pun check balik harga customer.

Rupanya ada discount yang aku tak include masa kira sebelum tu, jadi bila kira semula, total harga customer yang N perlu bayar kat aku hanyalah RM270.

Masa ni syaitan mula merasuk.

“Customer kan dah agree dah nak bayar RM290. Bukannya dia tau pun sepatutnya harga RM270. Apa salahnya kau amik untung lebih sikit. RM20 kot? Siapa nak bagi! Ni kira reward usaha kaulah ni!”

For a second, aku terfikir nak BIARKAN je N bayar RM290.

Tapi alhamdulillah tak lama lepastu cepat-cepat aku istighfar. Duit ni nak bagi anak-anak makan weh! Macam mana nak didik anak-anak jadi soleh solehah kalau sumber makan pakainya tak berkat? Setakat RM20 yang tak berkat tu, hilang ibarat angin lalu je nanti!

Cepat-cepat aku set balik dalam hati, insyaAllah kalau jujur dalam berniaga, Allah akan bagi pulangan yang berlipat kali ganda. Yakin, yakin dengan Allah!

Aku pun whatsapp N bagitau yang total harga sebenar yang dia perlu bayar ialah RM270 sahaja sebab ada extra discount. Punyalah dia happy. Aku pun jadi happy sebab dia happy haha.

2 hari lepas tu, N bagitau yang dia dah transfer duit. Aku seperti biasa cakap terima kasih semua. Masa tu aku tengah mamai so aku tak check pun proof receipt yang dia attach.

Lepas aku bangun tidur dan dah agak sober, baru aku perasan dia cakap “balance tu nanti bagi kat anak-anak ye.”

Ah sudah balance apa pulak ni.

Terus aku check balik akaun. Ya Allah! Rupa-rupanya instead of RM270, dia masukkan RM300 dalam akaun aku!

Meremang bulu roma aku sekejap. Bukan sebab nilai duit tu. Tapi bila fikir yang aku ada terlintas nak tipu dia but in fact dia sebenarnya nak sedekah lebih lagi kat anak-anak aku. Ya Allah.. macam manalah aku boleh tergamak nak fikir macam tu.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku. Semoga Allah murahkan rezeki N dan permudahkan segala urusan dia. Kerana N, macam-macam yang aku belajar.

So moral of the story kat sini:

1. Jujurlah dalam segala perbuatan kita. Lagi-lagi dalam berniaga. Orang taktau tapi Allah tu Maha Mengetahui. Dia saja je nak test kita, tengok sejauh mana kita tahan dengan godaan nafsu dan syaitan. Bila kita jujur, rezeki kita berkat, hati kita pun akan tenang. Duit boleh cari, tapi ketenangan hati tu tak ada jual kat mana-mana.

2. Beri anak-anak kita rezeki dari sumber yang berkat, walaupun sekecil-kecil nilai. Anak-anak adalah cerminan ibu bapanya.

3. Yakinlah dengan rezeki Allah. Selagi kita usaha dan doa, InsyaaAllah ada ganjaranNya.

Sekian, semoga ada yang dapat manfaat dan pengajaran dari kisah ringkas aku sebagai seorang dropshipper.

– Lia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit