Pengalaman Berurut

Pengalaman Berurut

Hi, thanks admin kalau siarkan cerita ni. Aku Yunalisa, dah lama merancang nak baby tapi belum rezeki.

Dah kahwin hampir 2 tahun. Period tak betul kadang2 sampai 40 hari period, aku jumpa doctor siap scan apa semua kan, tapi doctor ckp aku sihat je. Mcm2 dah cuba, salah satunya mengurut.

Sepupu aku plak ada masalah rahim terbalik. Doktor pesan kat dia, suruh cari tukang urut. Aku risau jugak klau rahim aku mcm sepupu aku.

Lepas survey2, Lama aku cari tukang urut ni.. sebab aku kalau boleh nak makcik tua yg zaman dulu dia bidan kampung ke ape ke kan.. lebih berpengalaman. Sebab mak aku ckp, zmn dulu xde peralatan canggih pun, bidan pakai ayat quran dan doa je.. wallahualam..

Dulu area aku tinggal memang ada satu makcik ni. Mmg power. Kakak ipar aku dah nak bersalin songsang, dia rilek2 je urut betulkan kedudukan bayi tu. puff, bersalin normal. Tapi makcik tu dah meninggal..

Satu hari, entah mcamana dapat satu whatsapp dlm group office aku, ada share satu tukang urut. Aku tanpa banyak soal, terus pm nbr tu. Aku tanya ayat lebih kurang mcm ni.. “maaf tanya, belajar urut dgn org tua2 dulu atau ambil kursus mengurut ye?

Akak tu pun reply mcm ni “saya belajar dari tukang urut diraja, lagipun saya ni nurse. ”

Aku puas hati dan booking. Hari pertama berurut, aku terkejut tengok orgnya. Dekat DP WhatsApp, nampak umur pertengahan. Bila jumpa, mcm baya2 aku. Atau lewat 20 an..

Aku mintak dia rasa peranakan aku. Dia ckp dia tak jumpa. Mungkin dah beralih ke Tempat lain. Dia raba2, dia ckp peranakan aku dah jauh, ke belah kiri pinggang. Dia tak boleh urut harini sebab nanti sakit. So dia suggest aku buat 3 hari treatment. Aku setuju demi nak betulkan peranakan aku.

Lepas je urut, bdn aku sakit gila sampai berlebam2 sana sini. Gesel dgn baju pun seksa. Suami tanya aku kena pukul ke?  Kakak tu ckp normal sebab aku tak pernah berurut jadi badan aku keras. Kena teruskan sesi klau tak, lagi sakit nak mulakan semua.

Hari kedua, Kakak ni start buat hal. Dia cerita masalah suami isteri dekat aku, aku Macam, apehal wehh cerita dekat akuuu.. dah la tempat lebam dan sakit, lagi dia tekan. Siksanya rasa. Dia ckp peranakan aku tak boleh ditarik. Mcm ada “benda” yg menghalang. Dia main mistik plak dah..

Hari ketiga, Kakak ni macam ape je. Janji urut pagi pkul 10 pagi ..tunggu punya tunggu, 10 malam baru berurut start. Tengah mengurut, dia kantoi menipu. Dia cakap dia dulu jaga org tua2 dekat rumah org tua2.. lps tu ada makcik tua tu, dia bekas tukang urut diraja. Bila makcik tu pegang je tangan dia, tiba2 je dia dah reti mengurut. I was like…… Whatttt?? So bila kau blajar mengurutnya Kak? Adoii..

Dia ckp belajar dalam mimpi lah.. ape lah.. dia tarik sesuatu dekat perut aku. Dia ckp peranakan dah ada dekat tengah2.. lps ni klau aku mengandung, dia suruh aku amik dia untuk urutan lepas bersalin. Serik taknak weh..

Aku doubt pasal dia ckp dia nurse tu.. Aku tanya2.. rupa2nya dia bukan nurse pun. Hmm.. harap2 dia tak rosakkan sistem bdn aku dah la.. Korang semua pun hati2 ye.. org menipu skrg ni mcm2..

– Yunalisa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit