Pengalaman Dengan Adik-Beradik Berhutang

Pengalaman Dengan Adik-Beradik Berhutang

Untuk part I, (https://iiumc.com/hutang-adik-beradik-2/).

Assalamualaikum semua… First, terima kasih kepada yang mendoakan kesejateraan saya pada komen hutang adik beradik tu. Saya tak nak komen di sana sebab saya tak nak orang tahu siapa saya terutama famili saya. Saya perlu jaga keharmonian hubungan sesama insan terutama my famili. Jangan ada yang terasa atau berkecil hati.

Memang betul ,saya memeng seorang guru gred atas sikit dari DG52. Seorng ketua jabatan, 8 thn lagi akan bersara. ( Saya senyum jer… bila baca komen. Eh… pandainya dia teka). Suami seorang ustaz, dulunya kahwin dengan saya atas pilihan keluarga.

Hidup saya biasa2 jer…. Cikgu ni, gaji tak besar mana pun compare orang yang kerja swasta atau orang yang bisnes. Takdelah duit banyak. Hujung bulan kadang tercekik jugak. Ha..ha..ha… lepas tu pinjam duit suami sebab tak cukup gara2 perangai saya agak boros. Tapi hutang tetap bayar yer walaupun pinjam kat suami sendiri.

Cara hidup saya sederhana sahaja walaupun mampu dari segi kewangan. Masih pakai baju RM60 sepasang, hp yang nilainya bawah 1K, hand bag harga bawah RM200.. Alhamdulillah… saya bahagia dengan apa yang saya ada.

Penah jer dihalang ke tingkat atas shopping complex dengan alasa harga barang di atas tu mahal. He.. he.. he… kan, teruk betul agaknya gaya saya? Mesti sales girl tu tengok, makcik ni mana ada duit. Itulah realiti kehidupan saya Jangan puji lebih2, nanti lain jadinya…. nauzubillah.

Orang selalu kata, pelik tengok perangai saya. Banyak kali kena pun… saya macam tak serik. Entahlah…. yang saya tahu, saya jenis yang terlalu banyak sabar tapi ada jugalah saya mengamuk kalau orang bawah tak siapkan kerja ikut tarikh yang ditetapkan. Marah jugak tapi tak pernahlah maki hamun.

Bila marah, saya akan terus diamkan diri. Macam perang dingin sebab saya takut kalau marah saya akan keluarkan perkataan yang tak sepatutnya. Ada yang cadangkan, tumbuk jer yang tak nak bayar hutang tu. Suami senyum… Kalau ditumbuk pun, duit tak dapat juga. Hubungan adik beradik akan putus, kata dia. Ha.. ha.. ha… sependapat rupanya kami suami isteri.

Ada jugak yang pesan, jangan baik sangat, nanti orang pijak. Betul la tu…. saya faham tapi saya takut untuk buat jahat sebab kalau saya mati dan tak sempat minta maaf… camne tu? Hidup ini terlalu singkat untuk semua tu. Takde apa pun yang nak dikejar di dunia yang sementara ni. Kononnya la…. harap2 bolehlah.

Sebagai ketua, saya dianggap ketua yang tegas . Saya pun terkejut jugak dapat komen macam tu daripada staf sebab saya rasa saya menyuruh dengan lembut sahaja. Kat mana yang tegas tu? Sebenarnya…. saya pantang kalau kerja tak siap atau lambat. Saya bergerak seiring dengan arahan dan sentiasa pantau perkembangan kerja staf saya. Buat sama2 dan balik lewat pun sama2.

Sebagai ketua, saya sangat menyedari , suatu organisasi tidak akan cemerlang tanpa sokongan semua. Setiap orang ada peranan masing-masing dan hargai setiap peranan mereka walaupun dengan hanya memberi sebatang pen semasa hari lahir mereka. Buat yang mampu la…

Di sebalik apa yang saya ada hari ini, saya lalui keperitan hidup sejak kecil. Anak ke-8 daripada 11 adik beradik, dari keluarga petani. Hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Beras perang sahaja yang mampu ayah sediakan untuk makan kerana harganya murah.

Rasanya sangat tak sedap tapi jadi sangat enak sebab lapar walaupun berlaukan ikan bendang yang boleh dapat bila2 masa dan sayur keliling rumah. Makan ayam, 2 kali jer setahun. Itupun masa raya puasa dan raya haji. Padi yang ada terus dijual untuk beli keperluan lain. Telekung ada sepasang sahaja yang emak buat sendiri dari kain belacu dan kami pakai secara bergilir.

Rumah…? Memang senget, berbumbungkan atap nipah dan berlantaikan tanah. Ada sebahagian sahaja yang ada lantai. Pernah suatu hari, kucing nak terkam cicak kat dinding rumah… tapi dinding tercabut sekali dan kucing pun terjatuh. Nampak sangat dinding buluh tu dah reput.

Saya anak pertama ayah yang berjaya belajar hingga universiti dan punya ijazah lanjutan. Saya bukan murid terpandai di sekolah . Masa SPM pun dapat pangkat 2 jer. Tapi rezeki saya ada. Dapat jugak masuk U dengan sijil SPM tu. Kakak dan abang hanya bersekolah rendah sahaja. Bukan mereka tak pandai, cuma ayah tak mampu nak sediakan pengangkutan untuk ke sekolah walaupun cuma sebuah basikal. Kalau nak jalan kaki, memang tak sampailah…. jarak sekolah agak jauh.

Masa sekolah rendah kami masih mampu berjalan kaki. Saya diberi peluang ke sekolah menengah kerana waktu tu saya dah kumpul duit untuk beli basikal. Dari mana datang duit? Saya ambil upah menuai padi selepas waktu sekolah. Saya panjat pokok mangga untuk dijual. Cari cari ikan keli haruan dan saya jual kepada peraih. Saya kait kelapa dan saya juga jual.

Akhirnya, setelah bersusah payah saya mampu beri ayah duit untuk beli basikal. Semasa di sekolah menengah, saya dapat biasiswa persekutuan yang nilainya RM300 setahun. Fuhhh…. lega sangat dengan biasiswa itu saya dapat sekolah sampai SPM. Inilah sebabnya, saya sangat tidak berkira dengan adik beradik. Pada saya, Allah telah memberi nikmat yang cukup besar pada saya dengan melimpahkan rezeki untuk saya bersekolah hingga ke universiti.

Jadi…. apabila mereka berhutang dan tak bayar, saya redha jer. Sebagai hamba Allah, saya telah terima lebih banyak rezeki lagi berbanding apa yang kakak abang dapat.. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Masa sekolah hingga universiti, saya tak pernah ada kawan lelaki. Jauh sekali nak couple, kata orang zaman sekarang. Saya tak cantik pun… so sape la yang nak kan? Itu ayat untuk sedapkan hati jer… He.. he.. he… memang pun tak cantik. Tapi masa form 5 ada orang masuk meminang. Memang saya gelak besar la pada emak. Ingat emak gurau… rupanya serius.

Saya cakap kat emak, orang nak belajar kut, buat apa kacau. Hingga habis universiti, saya tak pernah fikir pun nak ada pakwe. Naluri ada tapi saya simpan baik2 sebab saya nak tolong famili saya. Saya tahu dengan belajar sungguh2 sahaja jalan yang saya ada untuk ubah nasib keluarga saya. Saya ada prinsip sendiri…. Jodoh itu milik Allah. Kalau ada saya akan kahwin, kalau takde pun saya tetap bangga dengan diri saya.

Alhamdulillah…. akhirnya saya kahwin jugak walaupun tak pernah kenal siapa suami saya. Saya terima ketentuan yang Allah beri…. terima dia seadanya dan dah 24 tahun kami hidup bersama dan sekalipun dia tak pernah tinggikan suara pada saya. Saya pulak yang pernah termarah dia sampai dia kecik hati. Allahu…. teruk betul rasanya bila suami diam tanda marah. Ampunkan dinda wahai kanda…. tak mungkin dia baca pun pengakuan saya ni sebab fb dia dah berkulat.

Maaf la kalau konpius dengan istilah isteri abang ipar tu… Itu biras saya. Isteri kepada abang ipar saya yang sulong. Maksudnya suami saya dengan suami dia adik beradik. So kak yong saya ni, biras la kan? Itu ayat cikgu add math kut. Selalu kantoi zaman sekolah masa belajar B.Melayu dulu. Siap cikgu ugut tak nak bagi sijil berhenti sebab tak reti nak buat karangan. Saya pun blurrr jer time tu… kena marah sebab tak pandai bahasa sendiri.

Jangan sangka saya baik sangat… ada masa hilang gak sabar dengan adik beradik ni. Pernah jer block nombor adik ipar yang kerja kilang tu sebab tak nak dia call atau mesej untuk pinjam duit. Sampai sekarang masih block no hp dia…. runsing dengan pelbagai alasan yang dia buat untuk pinjam duit lagi. Takut saya tak sampai hati kalau tak bagi pinjam. So…ok la kan? Untuk ajar dia sikit jer.

Dengan abang sendiri juga pun pernah tak bagi pinjam…. kebetulan hari tu takde langsung duit tunai di rumah. Saya minta anak hantar keperluan dapur seperti beras, gula tepung dll ke rumah abang. Itu cara saya nak bantu…. sebab saya tau abang saya akan beli benda pelik seperti gitar sedangkan itu bukan keperluan. Nak buat macamana, abang saya ni kegilaan dia pada alat muzik.

Mungkin tuan puan pembaca pening gak dengan perangai saya….. berpuluh ribu kot dah kena tapi masih sabar. Dari mata kasar saya memang dah kerugian besar. Saya sedar tu. Tipu la kalau saya tak sedih dengan perangai adik beradik dan ipar duai….

Namun saya cuba didik hati untuk lihat skop rezeki dengan cara yang lebih luas. Dapat anak2 yang bijak dan mendengar kata, itu rezeki. Suami yang baik juga rezeki. Sampaikan kalau drive, lampu isyarat sentiasa hijau pun saya anggap rezeki yang Allah beri. Macam lucu jugak la…. bila saya drive kereta, selalunya lampu sentiasa hijau. Kalau ada yang merah pun 1 atau 2 daripada 10 yang saya lalu. Sampai anak cakap, lampu isyarat tu kenal pada bonda kut?

Last week saya langgar bab* masa balik kerja. Memang tak sempat elak. Kebetulan dekat dengan bengkel so saya terus ke sana. Pomen terkejut sebab lampu spot light kereta sahaja yang tercabut tapi kereta tak kemek pun.

Berulang kali dia tanya, betul ke langgar bab* ? Binatang hutan tu keras kut tapi kereta calar sikit sahaja. Itu pun saya anggap rezeki saya juga. Sepatutnya, kalau langgar bab* hutan yang keras tu, mestilah kemek teruk tapi sebaliknya. Kos baiki kereta cuma RM50. Tak logik langsung pada saya …

Sisi gelap telah saya tempuh dengan jayanya…. usah di tanya berapa liter air mata yang tumpah. Terlalu banyak…. bila kita miskin, saudara mara pun larikan diri. Datang rumah makcik, orang tak pelawa masuk pun. Dengar jer suara dia cakap dengan anaknya suruh jangan buka pintu. Allahu…. bila saya dah jadi cikgu, barulah terhegeh2 suruh saya singgah rumah.

Memang hati saya sakit…. sampai dia meninggal saya tak pergi pun ziarah. Jahat betul saya ni…. Masa raya, kami adik beradik akan tutup pintu dan tingkap dengan harapan tiada orang yang akan datang beraya. Bukan tak suka tapi takde satu pun kueh untuk dihidang. Malu jugak la…. tapi nak buat macamana. Selalu jer saya doa, supaya mati cepat sebab tak sanggup nak harungi hari-hari yang sukar. Masa tu tak faham pun…. mana boleh doa macam tu kan?

Buat pembaca semua, ambil apa yang baik dari pengalaman hidup saya ni. Yang buruk tu , sila buang jauh2. Saya cuma insan kerdil yang menumpang sementara di bumi Allah ini. Terima kasih banyak admin…. ada umur kita jumpa lagi. Ampun dan maaf atas salah silap.

– Bonda Dhia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap