Pengalaman Derma Darah

Assalamualaikum, admin dan pembaca. Sharing saya harini pasal derma darah. Briefly, saya perempuan 31 tahun. Dari baby lagi memang kami adik-beradik ada masalah kurang darah. Doktor selalu pesan mak bagi kami makan organ dalaman lembu/ayam. Alhamdulillah then kami membesar sihat macam budak lain.

Satu masa di zaman kanak2, saya pernah tengok abah derma darah. Saya jadi teringin jugak, so hasrat tu disimpan sampai remaja. Naik zaman remaja saya cuba nasib. Ada je terserempak kempen derma darah, saya singgah. Kali pertama, tak lulus sebab xcukup hemoglobin (hb). Kali kedua, tak lulus sebab tak cukup blood pressure (bp). Banyak kali try tak lepas2 sebab dua masalah ni. Tahun lepas, entah kali keberapa try agaknya, baru la nurse lepaskan. Itu pun bp agak rendah tapi nurse lepaskan juga sebab kesian kot tengok rekod saya banyak kali try xdapat. Dia bagi air banyak2 suruh saya habiskan minum sebelum derma darah.

Excitednya! Lepas 10 tahun kot baru niat tertunai. Memang saya togak air mineral tu seliter lebih. Lepas tu nurse panggil duduk kat kerusi, hulur tangan kiri, dia cucuk kat pelipat. Saya tak tengok, tapi saya tahu jarumnya besar. Fortunately tak ada rasa apa2 yg ngeri pun, jari tercucuk kerongsang tudung lagi sakit rasanya. Hihi. Sambil tunggu darah berpindah masuk ke beg, saya rileks2 cek wsap, baca fb. Tiba2 nurse datang bagi something bentuk silinder suruh genggam2. Nak bagi darah turun cepat agaknya. Sebab tak lama lepas tu proses pun selesai. Tapi tiba2 rasa pening. Nurse rendahkan kerusi dan suruh saya rest dulu dalam 10 minit. That was my 1st experience.

Sejak tu saya follow fb Pusat Darah Negara (PDN) dan tertunggu2 bila lagi peluang nak derma. Tempoh menunggunya 3 bulan untuk badan kita recover darah merah yang hilang, supaya dapat jumlah mencukupi untuk derma kat orang lain pulak.

Saya duduk jauh dari KL. Selalu saya tunggu bila diorang buat kempen yg dekat dengan tempat saya, dan masa yg sesuai untuk pergi. Kadang ada kempen, tak dapat off kerja, atau tengah datang bulan, dah tak boleh menderma. Sudahnya dekat setahun berlalu baru saya berkesempatan menderma lagi. Minggu lepas saya cek jadual kempen, PDN turun di Masjid Besi Putrajaya dan Hospital Serdang. Dua2 agak dekat. Saya pilih menderma di Masjid Besi, poyo la fikir nak ambik berkat menderma di masjid dalam keadaan tenang lepas solat Jumaat tu kan.

Sekali cek2 tak lepas. Saringan pertama tu kan dia ambik darah, tengok jenis apa dan kandungan hb. Darah akan diambil dan dititik dalam some blue liquid. Darah yang tenggelam maknanya cukup hb, layak menderma. Yang timbul maknanya tak cukup hb, tak layak menderma. Bila darah saya dititik dalam liquid biru tu boleh pulak dia main tenggelam-timbul. Pegawai yang cek pun pelik dan tenung lama2 tengok darah tu nak tenggelam ke nak timbul. Yang saya pulak berdoa dalam hati sambil tenung darah tu suruh dia tenggelam.. macam telepati dah gamaknya. In the end pegawai tu luluskan. Kat saringan kedua saya tersangkut sebab tak cukup blood pressure. Sedihnya hati. Saya ambil cuti semata2 nak derma darah hari tu. Tak lepas pula. Macam mana nak naikkan bp? Ke sebab tenang sangat lepas solat Jumaat ni buat bp saya rendah? Haha.

Saya nekad pergi Hospital Serdang pula, cuba nasib kat sana. Dalam perjalanan tu minum air banyak2. Elok pulak dapat parking nun jauh bawah bukit, sempat saya jogging bagi bp naik. Saspen gila masa nak buat saringan. Nurse kat saringan pertama suspicious tengok darah saya main2 macam tadi. Dia ambil darah lagi sekali masukkan dalam mesin buat kiraan hb. Tengok jumlah 12.6 cukup2 makan je nak derma. Lulus. Saringan kedua pula tengok bp naik 17 poin dari kiraan kat Masjid Besi tadi. Lulus. Ya Allah besyukurnya… Proses menderma pun smooth je takde pening macam sebelum ni. …so thankful for that. Saya rasa anggota badan ni betul macam satu pasukan yang bekerjasama merealisasikan hasrat saya. Alhamdulillah!

Unfortunately sehari lepas menderma tu, saya datang bulan. Okey baru rasa penangan dia bila tak cukup darah. Darah merah ni kan kerja di angkut oksigen ke satu badan. Bila kehilangan dia maka tak sempurna la hidup kita. Saya boleh endure lagi rasa letih, mengantuk dan mengah tak ketahuan. Yang tak boleh tahan tu bila suddenly jadi pelupa. Nama member duduk depan meja hari2 hadap muka dia pun boleh lupa. Rupanya kebengongan itu kesan anemia, baru saya tahu.

So sekarang saya faham, derma darah ni bukan simply give away macam sedekah seringgit kat tabung masjid. Tapi kena well-prepared. Kena keluar modal untuk makan berkhasiat. Kalau jenis jimat makan megi siang malam memang tak dapat la badan nak produce darah mencukupi. Kombinasi makanan pun kena pilih…. contohnya zat besi tak boleh campur dengan polyphenol, so jangan minum kopi/teh lepas makan sebab polyphenol dalam kopi/teh akan sekat penyerapan zat besi dari makanan. Begitu juga kalsium pun boleh sekat penyerapan zat besi, so jangan minum susu waktu makan. Ni apa yg saya baca di website.. kalau website tu tipu, maaf la korang pun tertipu.

Tengok dari segi perubatan, banyak benefit derma darah ni. Dalam jumlah dermaan tertentu, kita boleh dapat rawatan pesakit luar percuma atau wad upper class. Maksima dia boleh dapat wad kelas dua seumur hidup. Korang boleh cek details di website MyHealth. Panjang pula nak tulis kat sini.

Kalau tak ada medical benefit pun, derma darah ni memang penting sebenarnya. Sebab darah tak boleh dibancuh sendiri dalam makmal. Kalau ada pun entah bila la teknologi tu akan sampai ke Malaysia. Sedangkan setiap hari ada ramai manusia perlukan darah. Contohnya pesakit thalassemia yang kena pemindahan darah berkala, pesakit kanser, ibu2 kat labour room dan mangsa kemalangan yang kehilangan darah, semua mengharapkan ihsan kita yang sihat ni untuk dermakan. Senang cakap, zaman sekarang ni kita pakat guna jalanraya.. bayang je one day kita kemalangan dan perlukan darah, kecewa kan kalau di masa yang genting tu bekalan darah habis… Pada saya, waktu sihat ni la beringat nak memberi, moga2 waktu susah nanti saya dapat gantinya.

Sambil cerita ni saya harap dapat create awareness juga di kalangan pembaca budiman kat sini. Teringat masa saya menderma di Hospital Serdang tu, dengar nurse mengeluh kat doktor: “Dulu saya kempen kat sini pun macam ni juga… target 80 orang tapi dapat 30 je”. Nampak tu, di tempat umum pun susah nak dapat 80 penderma sebab kurang kesedaran. Bukan nak kata orang kat Serdang tak budiman, bukan… Mungkin ramai yg datang tapi tak lulus saringan macam saya sebelum ni. So dengan kesedaran nak menderma, mesti la kita jaga kesihatan, jaga makan, supaya dapat darah yang berkualiti dan layak diderma kepada orang lain. Dah la sihat, dapat banyak pahala sebab dermakan benda paling mahal yang kita ada iaitu darah.

Lepas menderma tu saya hanya mampu bisik dalam hati, ‘Ya Allah, terimalah, sampaikanlah kepada insan2 yang memerlukan’. Memang best, can’t describe the feeling. U shud try it urself :)

Thanks ya admin for approval :)

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *