Pengalaman Pahit Buat Bisnes Sewa Kereta

Assalamualaikum,, attention to all IIUM student atau pon pelajar University yang menceburkan diri dalam dunia business sewa kereta. Aku seorang Pelajar U.. yang menjalankan business sewa kereta. Aku dan sahabatku kami bersama2 menjalankan business ni dari zaman Undegrad lagi. Banyak pengalaman pahit dan manis kami pernah rasa. Alhamdulillah kami ada bertemu ramai penyewa kereta yang baik. Tapi hari tak sentiasa indah. Kenapa aku pilih business sewa kereta instead of other business, ok sebabnya business ni tak perlukan aku spend time depan laptop or handphone deal dgn customer, business sewa kereta dapat income yang agak menjamin untuk duit makan mingguan, tak perlu keluarkan modal harian, business ni sahaja yang tak menggangu waktu kelas 5-8 dan parents bagi pakai kereta lebih diorang so dapat la buat business. Keuntungan buat 2 biji kereta sewa secara purata seminggu mencecah rm 300-400(kalau musim awal semester) tapi aku perlu divide dengan kawan aku untuk keuntungan sebab kereta 1 lagi dia punya. Yang paling penting parents aku tak payah bagi duit bulanan sebab aku ada business sewa kereta. kalau aku ada income lain setiap bulan selain duit kereta sewa aku takkan buat business ni. Maintenance kereta sangatlah tinggi nak dibandingkan dengan income yang dapat. Sekarang aku nak kongsikan pengalaman PAHIT yang aku pernah alami:

1) Kes yang pertama pasal pergi Bukit Tinggi tapi tak inform dulu dekat aku then bagi tau tayar kereta berasap..Penyewa kereta aku ini adalah sorang perempuan cerewet, pandai cakap, mengada2, ahli unit uniform yang yg confident claim diri dia tak reti cakap lembut2 sebab dia hari2 kawat(dia sendiri ckp). Aku hantar kereta pada jam 7.38 sebab dari hostel aku untuk ke hostel dia yang boleh tengok Genting tu pon agak jauh la juga. Dia minta jam 7.30 yes aku admit lambat 8 minit tapi secara logicnya aku keluar dari hostel aku pon bukan seminit nak sampai hostel dia. Dah sampai tu dia cakap sis tunggu kejap ya kawan saya tak datang lagi, so macam biasa la aku cakap okay sis. Diorang naik 3 orang, aku ingat 3 orang la yang akan guna/sewa kereta ini but tiba2 dia cakap sis tolong hantarkan kawan saya ke stadium ya. Amboi kau buat aku transporter free la pulak even 1 jalan pon macam agak2 la kau ni. So aku malas layan, kawan dia cerdik sikit cakap sis tak pe je if sis tinggalkan saya tepi jalan je. Then aku pon tinggalkan la dia tepi jalan nampak sangat dia just tumpang kereta aku secara percuma maybe dia nak claim kwn dia tengah sewa kereta aku kot. Btw masa mula2 sister tu masuk kereta tadi aku kasi dia agreement sewa kenderaan aku of course la aku tak nak anything happen to my car or dia bawa g seludup dadah then aku yang kena kan. At least aku ada black and white. Dah sampai kat Mahallah aku, aku dah terang pasal kunci kereta semua eveything settle dia pon jalan.. Dalam pukul 12 lebih dia wassup tayar kereta aku berasap, OMG aku pon gelabah la dah kenapa tetiba tayar berasap padahal tayar masih elok just brek je ada bunyi then aku macam malas nak tulis panjang2 aku pon call… Guess what dia cakap dia otw balik dari Bukit Tinggi. Aku dah macam gila ka apa sewa kereta kecik aku tu naik Bukit Tinggi kau dah kenapa.. Pikir logic la kereta tu kecik badan kau besar alam dengan kawan2 lagi nak naik bukit tinggi. Aku pon tak pernah naik bukit tinggi dengan kereta tu. Aku cakap la sis kenapa tak inform saya sis nak naik bukit tinggi. Ya ALLAH sister saya tak da la pandai sangat bab2 kereta tapi fikir pakai otak la kereta tu CC kecik kau naik bukit tinggi berimpit dalam kereta memang kuat sangat kereta aku tu. Then dia wassup nak hantar pukul 2 lepas tu extend lagi pulak sampai pukul 5. Pukul 5 smtg dia wassup dah sampai . So partner aku g tolong ambik sebab aku mcm malas nak panjang cerita kang jumpa aku banyak pulak yang jadi.. Aku macam kalau kereta ni sampai dalam keadaan yang baik n diorang pon berbudi bahasa aku nak lupakan je kisah tadi tu.. then tiba2 kawan aku inform yg dia minta murah sejam sebab dia kata kereta aku menyebabkan dia kena stop tepi jalan.. Eh Hello habis tu kereta aku berasap tayar2 tu sapa nak bertanggungjawab. Aku pon apa lagi bila partner aku inform aku terus call.. Aku memang terus sembur dia sebab aku marah aku cakap la dah pandai2 naik bukit tinggi tak inform pastu minta murah, dia siap cakap aku ni membahayakan nyawa dia.. Habis tu kau ada fikir sebelum jalan tadi nak make sure tanya aku kereta ni mampu tak jalan jauh, minyak gear elok ke tak, air isi ke tak. Aku mula2 bertikam lidah tapi last2 aku fikir budak ni baru tahun 1996 and aku tua dari dia. Dia grad pon belom so aku malas nak jadi sama level bingai so aku stop and cakap aku halalkan duit yang dia minta discount tu cuma aku tak pernah jumpa customer perangai macam ni. Btw guys dia menjerit dalam phone aku pon menjerit juga. Kawan aku sampai dengan kereta aku dia cakap perempuan ni memang dok minta nak murah then claim kereta ni macam2. Keadaan luaran kereta of course la macam biasa kotor but dalam kereta busuk ya amat. Bau badan teramatlah kuat dalam kereta. Suprise Suprise,, tiba2 dapat wassup dr kawan dia kata ada barang tertinggal dalam kereta. So kawan dia as penumpang dalam kereta ni tadi sampai, then tiba2 dia cakap kawan dia sister yg sewa td kirim duit… aku pon apa lagi perasaan marah aku datang balik mmg aku ceramah secara ala mak2 marah anak versi berletiaq kat diorang.. aku cakap la tak nak dan aku dah halalkan. Aku dah la dalam process utk lupakan after aku menangis selama sejam lebih sebab sedih orang buat kereta aku macam besi buruk je.. Kawan dia punya paksa aku amik sampai cakap kalau aku tak amik aku menyebabkan diorang bergaduh..

What the apa masalah dengan aku. Plus sister yg sewa kereta ni tadi ada ckp dlm telefon bukan setakat RM 5 dia boleh bayar RM 10 pon boleh la.. Haishhh belagakkk habis tu kau minta discount mula2 tadi kenapaaa. Aku pon cakap sis saya dah tak nak cakap dengan sis sebab saya tak nak duit ni sis amik balik. Pastu dia nak bengang nak angin pulak sebab suara aku dah kuat.. Hello kau datang sini 1 perkataan minta maaf pon x keluar padahal korang naik sama2 kereta ni ke bukit tinggi tadi sampai tayar kereta aku berasap… Aku memang dah nak naik hantu dah la time maghrib.. Aku cakap sis saya dah tua sis umor 25 tgh sambung master dah sis oiii saya tak nak la layan benda nak gaduh2 macam budak2 sekolah dia dengan bangga dia cakap ala kitaorang pon dah besar. Then aku ckp sis saya call kawan sis.. sis amik balik duit tu.. aku pon call kawan dia ckp aku dah halalkan n amik je la duit ni.. Overall yang boleh cakap budak yang datang ni dengan kawan dia yang sewa kereta tadi sama ja kurang ajar plus sikit pon tak ada budi bahasa konon nak claim diorang budak unit uniform tak reti nak cakap lembut (dia sendiri cakap)… Aku check tayar kereta sebelah kanan botak padahal masa aku bg elok je lagi tayar tu.. Memang la oii dah kau naik bukit tinggi berhimpit dalam kereta berat macam kapal selam mmg la tayar aku boleh haus plus berasap. Tapi kau still nak aku discount lagi sejam. Ni tayar kereta aku dah botak sapa nak bertanggungjawab. [Ini observation dari aku after 3-4 tahun buat business sewa kereta plus business aku hanya untuk sister sahaja. Pandangan aku terhadap sister muslimah selalunya diorang ni baik, lembut, berbudi bahasa and akhlak yang terpuji meleset apabila aku start deal dengan diorang. Selalu time nak sewakan kereta hati aku terdetik mesti budak ni pandai jaga kereta aku sebab Alhamdulillah sopan je dia pakai kalau boleh nak tutup mata sekali, dalam kereta dah pasang IKIM, ringtone lagu nashid or ayat Quran selalunya orang yang mendekatkan diri dengan dgn Islam attitude terpelihara butt hekkk boleh dikira dengan jari berapa orang ja baik macam tu.

Mostly sister yang pakaiannya agak modern tak bertudung melitupi segalanya, pakai skinny jeans ni memang boleh dikatakan baik. Memang betol la orang kata pakaian tak melambangkan apa2.. Kadang2 siap bagi makanan yang diorang beli time hantar kereta tu. Minyak tak pernah berkira kalau lebih. But if you guys tak agree up to you sebab ini experience aku. Kepada jejaka idaman diluar sana pilihlah yang betol2 baik luar dan dalam. Jangan hanya menilai dari segi pakaian nasihat dari seorang perempuan.]

2)Kes isi minyak RM 30 just nak pergi Giant then minta pulangkan duit balik sebab bar minyak tak turun tapi bertambah. Sebelum memulakan process sewa kereta saya akan explain minyak kereta sila isi sendiri dan pulangkan pada tahap bar atau km yang sama.. Nak dijadikan cerita semasa diorang pulangkan kereta diorang akan keep mentioning yg diorang isi lebih so boleh tak nak balik duit diorang.. Ya Allah kau dah la sewa kereta aku 3 jam (RM 16.50) untuk pergi Giant then kau isi RM 30 so bar kat kereta naik.. Kau minta balik duit, so kiranya dia nak naik kereta tu free ke macam mana. Pernah 1 kes ni dia sewa 10jam nak pergi KLIA waktu pulangkan kereta minyak kereta terlebih 100 km so dia nak balik duit dia.. Jadinya dari sewa kereta Rm 58.50 dia nak aku pulangkan harga minyak dekat rm 20 tu padahal sapa suruh dia terlajak isi. . Sebagai owner kereta aku dapat Rm 30 lebih je la untuk dia sewa 10 jam..Aku rasa tak pernah orang buat sewa kereta 10 jam dapat Rm 30 lebih je.. Ya Allah dik kau tau tak kereta tu pon aku kena service, kena cuci after kau sewa berjam jam. Baik aku buat business amal jariah kau sewa kereta aku tak payah bayar just isi minyak sendiri sahaja bila nak guna… Kereta aku ni bukan kereta potong beli dekat kedai besi buruk dik..

3) Kisah yang ketiga aku ni pasal bateri kereta mati tepi jalan tapi pandai2 buat decision panggil mekanik datang jumper kereta dan cuba baiki kereta without inform aku dulu. Time tu aku tengah makan kat kedai tiba2 dapat call sis kereta sis mati la, Ya Allah… Aku pon cakap la kat dia cara macam mana nak handle kalau kereta x leh start. Then dia call lagi sis dah okay.. Tiba2 dia wassup sis td dah macam okay lepas mekanik n ayah saya datang jumper tapi sekarang kereta ni tak boleh start la pulak sis.. So aku pon tanya dia kat mana semua.. Aku pon otw ke sana n call dia untuk tunggu aku.. Part yg paling thriller for me as perempuan bila tiba2 bapak dia yg jawab n siap marah jerit cakap kenapa aku tak tau punca kereta aku mati, kenapa aku tak tau system kereta aku macam mana.. Pak cikk saya pon kalau boleh tak nak la kereta saya mati tepi jalan. Pak cik ingat ayah saya beli kereta tu dengan air liur ke?? Of course la aku jaga elok2..Dah dia mati aku nak buat mcm mana.. Then aku sampai kat tempat kejadian. Nasib la jadi depan masjid so aku pon cakap sis tak boleh pandai2 panggil mekanik semua ni kereta saya.. After 20 mnt diorang pulanglah ke gate of garden knowledge and virture. Aku dah ckp sis sewa kereta tu anything happen kat kereta kalau bukan salah aku mmg aku akan charge dia sebab dia pandai2 jumper n cari mekanik plus kitaorang ada agreement. Tiba2 Allah nak tolong datang seorang brother dia cakap dia akan tolong aku time tu dah pukul 1 malam. So aku berdua je la dengan kawan aku plus brother tu. Jadinya dia minta kami hantar kereta ke bengkel dia hujung jalan tu. Kitaorg pon call kereta tarik bawah insurance kereta semua. Dah settle kami pon balik. Next day datang kedai brother tu inform bateri kereta habis and paling sedih bila dia cakap system kereta ada problem sebab diorang salah jumper semalam. So harga nak screening problem kereta and kos baiki silap jumper tu dah dekat rm 300.. This time aku mmg minta sister tu bayar. Untuk duit bateri mmg tu under tanggungjawab aku..

Ini sajalah kisah2 yang aku boleh kongsikan. Banyak lagi kisah pahit sebenarnya. Tapi nasihat aku kepada sesiapa yang nk buat kereta sewa di luar sana please buat agreement black and white between owner and penyewa. Kemudian tolong jangan fikir keuntungan yang akan dapat setiap hari sahaja please fikir pasal kereta juga kalau la kereta tu milik korang sendiri. Aku dah start untuk retired dalam business sewa kereta. Mostly sister yang banyak masalah ni sangatlah susah nak handle sebabnya diorang akan bertengkar untuk dapat apa yang diorang. Kadang2 rasa macam lawak pulak kau pakai tutup muka nampak mata je, tudung dah cantik sampai ke lutut tiba2 kau marah2 aku sebab nak minta duit minyak yang kau isi terlebih. Kalau minta Rm 2-5 tak pe juga ni minta kita bayar balik harga dia isi. Kalau kau tak kasi apa diorang nak mmg boleh jadi bergaduh. Siap boleh jerit2 lagi marah after sewa kereta kita, cakap terima kasih pon tak.. Pesanan saya kepada penyewa ingatlah kereta yang awak sewa tu kereta orang jaga la elok2 bukan senang nak beli kereta sebiji oiii, jangan fikir nak murah sahaja, cakaplah terima kasih after sewa and please jaga budi bahasa awak tu. Semoga Allah memudahkan urusan semua owner kereta sewa diluar sana. Thank you sebab baca.
Kepada admin please post cerita ni sebab aku tak nak apa yang jadi dekat aku ni jadi pulak dekat orang lain terutamanya brother and sister yang baru nak buat business sewa kereta.

– Perodua

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit