Pengalaman Pesakit Sihir

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin yang sudi siarkan kisah saya.

Aku seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Orang akan cakap aku ni seorang yang pendiam bila permulaan kenal tapi sebenarnya bila dah serasi baru orang tau yang aku seorang yang suka ketawa dan banyak cakap. Di sebalik senyuman dan gelak ketawa aku, mereka tidak tahu yang sebenarnya aku adalah seorang pesakit sihir buatan orang. Di Tempat kerja aku sihat seperti orang lain, lincah buat kerja. Namun mereka tidak tahu malam sebelumnya aku sakit menahan siksa perbuatan manusia berhati hitam.

Kebiasaanya bila aku terkena sihir ni, badan akan rasa tak sedap, dan perasaan tak tenteram, kadang rasa nak nangis, kadang rasa panas nak marah bila menjelang waktu asar bawak ke malam. Untuk pengetahuan korang, ‘benda’ tu aktif waktu sedemikian. bila masuk waktu maghrib jer lagi dasyat ‘benda’ tu hentam aku. Biasa apa yang aku rasa, selesai solat maghrib badan automatik rasa lemah, berat, malas, moody, fikiran berkecamuk, rasa nak tidur jer.. Bila macam tu, aku akan baring dan tidur walau banyak kali suami aku pesan tak elok tidur lepas maghrib. tapi bila rasa dah teruk aku tak larat.. anak2 kadang datang nak ngadu ke, nak cakap2 hal sekolah ke aku siap halau keluar bilik dan cakap aku tak sihat dan mereka faham.
Kadang terlajak tidur, solat isyak pon lambat. Bila nak solat isyak ni lagi hebat mainan ‘benda’ ni..aku boleh ambil wuduk banyak kali sebab was. nak solat isyak pulak, aku banyak kali takbir dan pasang niat sebab diganggu, fikiran tak kusyuk… susahnya rasa nk solat ketika itu. tengah solat pulak, boleh berhenti, solat balik sebab fikiran tak tenang. perasan anak tetiba jadi lasak, teringat itu dan ini lah..

Ok selesai bab solat. Ni nak cerita kesakitan bila aku dah teruk dihentam dengan sihir ni. Bila aku dah tak boleh control badan aku ni. Dia ikut ‘benda’ apa yang orang hantar. kalau sihir ular, aku akan menyalar seperti ular. Kalau ‘benda tu dah tua, aku akan jalan terbongkok2 macam orang tua. cakap pon macam orang tua. Kalau ‘benda’ tu cik ponti, aku akan mengilai2,siap buat lagak usap2 rambut yang panjang padahal rambut aku tak der lah panjang. dan yang paling kelakar siap menyanyi2 tau. pon siap goda2, menggatal ngan suami aku. Alhamdulillah suami aku ni boleh lah pandai berubat dan ambil ikhtiar belajar perubatan islam ni sebab tgk isteri dia selalu sakit. Tu kalau cik ponti, kalau hantu raya pulak aku rasa fikiran aku lagi dasyat berkecamuk. kusut, kepala sakit2 berpanjangan, badan sakit2 dan berat..rasa nak marah2..pernah suatu malam, aku hampir dirogol oleh hantu raya ni yang menyerupai suami aku. Masa tu suami aku tak der rumah. masa tu aku tidur tak lena, dan bermimpi suami aku nk buka seluar tapi aku lawan sebab tahu suami aku tiada di rumah ketika itu. nasib terjaga dan terus tukar posisi tidur. suami aku pesan kalau kena macam tu lagi atau dihimpit terus tukar tempat tidur terus. tak lama lepas tu aku meracau dan memamg sah yang kacau aku sebelum tu adalah hantu raya. pernah juga manusia tu hantar pelesit. sekarang anak2 aku pon dah kenal pelesit macam mana..kadang dorang jumpa, bunuh je..langsuir, harimau, ‘benda’ orang asli eh banyak lah..

ok ni aku nak bagitau tempat bahagian tubuh yang selalu benda tu duduk. ada perawat tahu, tapi ramai juga yang tak tahu.. sebab tu ada pesakit susah nak sembuh. Kalau lelaki aku tak tahu. Tapi aku sebagai perempuan ni, biasa benda halus ni suka duduk di bahagian perut, bahagian punggung, bawah pingang, lutut serta belakang lutut kaki(pelikat kaki), ibu jari kaki, kepala, belakang telinga,tulang belikang belakang badan, celah peha, tengah dada (santau atau puja dia akan attack tu), ari2 perempuan(benda tu suka duduk kat rahim) dan ni ramai orang tak tahu dia mmg SELESA duduk kat bahagian sulit perempuan.

Masalah aku ni bila aku dah sembuh, tak lama lepas tu mesti manusia jahat ni akan hantar ‘benda’ lain pulak. kadang dia punya belaan.. kadang sanggup cari bomoh lain hantar kat aku. seksa sakit satu hal, seksa nak tahan sakit masa berubat tu lain pulak. sakitnya menahan, urat rasa macam nak putus bila diletakkan jari sahaja..diulangi perawat aka suami, atau tok guru laki aku letak jari sahaja dia punya melolong sakit macam nk putus urat sendi..benda tu sakit, aku pon dapat rasa sakitnya..hanya Allah tahu betapa siksa dan perit aku ketika itu.. benda tu lagi dasyat kot sakitnya. Jangan main-main dengan kalimah Allah.. dengan kalimah Allah yang suami aku baca dan doa2, sebenarnya tusukan jari tu ‘benda’tu rasa macam pisau tusuk dorang. kalimah Allah tu macam membakar benda tu. Korang sakit jangan cari bomoh..lagi teruk sakit korang..ada bomoh ni dia ubatkan pastu nanti dia hantar ‘benda’ dia tu kat orang yang datang berubat dengan dia supaya orang tu akan datang berubat lagi dengan bomoh tu lagi.akidah pon terpesong.. cari perawat islam yer..

sebelum nak habis kisah aku ni, ni aku nak bagitau sebab tetiba teringat. korang mesti ingat toyol tu budak warna hijau kepala botak macam dalam filem kan..sebenarnya toyol tu bukan macam dalm filem tu..dia ‘budak kecik’ macam kanak2 tapi tak botak dan bukan warna hijau..sebab aku pernah nampak dalam rumah aku ada orang hantar..bila tengok dalam wallet mmg banyak duit hilang. dia tinggal sikit je note duit..pastu jangan ler percaya bela ikan puyu@betuk tujuan jangan toyol datang..tu auta je..sebab rumah aku bela ikan ni sebab suka2 jer. toyol dah kena arah tuannya masuk umah orang tetap masuk walau kau bela ikan jaws pon, terabur kacang ke hape ke.. Kalau rumah korang dengar kat bumbung macam bunyi binatang berjalan2, berlari2, bunyi menyeret2 tu elok cek..kalau betul musang ke tupai ke tak per..kalau bukan, pergi cari ustaz2 yer..kalau dalam rumah nampak kelibat2 tu mmg adalah ‘benda’ tu dalam rumah.

Akhir kata, aku harap korang doakan aku ni..moga manusia berhati hitam tu tak kacau aku dan family aku lagi. ikutkan hati ni berharap biar orang tu mati je sebab tak jemu2 hantar sihir kat aku, susahkan family aku. seksa rasanya, stress..anak2 pon terkesan kalau mak dia tengah sakit..pernah mengamuk macam orang gila dekat dorang. Pernah dibisik buat sesuatu yang dasyat dekat anak..aku hanya istighfar byk2, zikir banyak2..orang yang pernah sakit faham bagaimana sakit dan seksa disihir ni sampaikan bila aku sakit bersalin, macam rasa tak sakit sangat2 pon sebab dah biasa sakit disihir. Tapi siapalah aku ni nak doakaan yang buruk2 dekat manusia tu. aku berserah pada Allah..Dia Sebaik-baik pembalasan. Ini sahaja yang dapat dikongsi. Apa yang aku ingatlah walau sebenarnya banyak lagi rasanya kisahnya nak kongsi.

Sekian, wassalam..

– Aku Yang Ingin Bebas

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit