Pengalaman Semasa COVID-19

Badan rasa letih dan mula rasa seram sejuk. Menghala ke demam tapi tidak kuat. Tekak saya perit tapi tidak berkahak. Saya fikir mungkin perit jerit mengajar budak-budak. Normal sahaja untuk seorang Cikgu.

“Liya.. Badan rasa tak sedap ni.. Rasa nak demam..” Saya adukan pada teman sekerja. Liya melihat saya penuh tanda tanya. Liya memahami dan memberi saya rehat.

“Takpelah.. Kau rehat.. Biar aku qyang gantikan..” Saya angguk lesu.

Lesu tubuh rasa penat sangat. Saya duduk satu sudut dan cuba tutup mata. Rehatkan minda seketika. Ketika itu mungkin juga campur lesu penat sakit perempuan. Jadi saya rasa normal sahaja mungkin.

Jam menjejak jam 2pm. Saya buka mata berat. Saya berlalu ke pantri dan minum segelas air. Sebelum gerak hati saya buat keputusan untuk ke Klinik berdekatan.

Musim ini adalah musim semua baru balik dari berjalan. Kita baru sahaja memecah tembok red zone ke sana sini. Jadi saya sudah risau.

Dari keluar pintu tempat kerja. Sampai ke luar perkarangan klinik. Saya sudah fikir sejarah perjalanan saya dalam masa kurang lebih seminggu ini. Jika doktor bertanya. Saya jujur sahaja.

Menunggu giliran.

“Cik X.. Boleh masuk bilik 1..” Panggilan nurse klinik memecah khayalan saya yang masih memikirkan sejarah perjalanan saya seminggu ini.

“Assalamualaikum Doktor..” Saya mulakan bicara pecah kesunyian Doktor yang sedang sibuk menulis.

“Wa’alaikumsalam.. Ok… Cik X.. Rasa apa sekarang?”

“Saya rasa nak demam.. Tekak saya sakit.. Perit.. Saya tak sure sebab saya mengajar mungkin tonsil ke apa bengkak.. Tapi tak ada kahak Doktor.. Cuma perit.. Kepala saya ada pening sikit.. Tak ada selesema..” Nampak Doktor angguk kecil.

“Ada sejarah perjalanan ke red zone? Atau keluar travel? Atau close contact dengan pesakit +ve Covid?” Soalan Doktor bertalu-talu.. Saya mula tenung mata Doktor dalam-dalam.

“Sejujurnya Doktor.. Saya dari PKP pertama tidak keluar dari negeri lagi.. Tak berjalan.. Tak ada makan angin.. Cuma pergi balik tempat kerja.. Cuma ada yang dekat tempat saya kerja ada perjalanan balik dari red zone..

Tapi tak ada yang membawa kluster apa-apa setakat ni. Dan tak ada swab test KKM dijalankan. Bermakna tidak ada kes setakat hari ini.. Ada yang tak sihat? Yes ada.. Ada yang demam batuk selsema..” Sejujurnya saya terangkan jelas.

“Ok baik.. Buka mulut.. Saya nak tengok tonsil.. Erm.. Ok.. Baik.. Ni merah saja sikit kiri kanan. Tak ada bengkak.. Tak ada kahak..” Doktor jelaskan sambil tembak suhu dalam telinga saya dengan alat penembak suhu.

“Demam… Erm.. Tak kuat sangat.. Ada sikit.. Saya on antibiotik untuk seminggu dulu.. Ubat batuk dan selesema dan ubat pening kepala sekali.. Kalau tak ok nanti datang balik..” Doktor terus tulis jenis ubat sambil sedikit penerangan kepada saya.

“Ok doktor.. Terima kasih.. Doktor did I need a swab test? ” Saya sempat tanya sebelum tutup pintu bilik dia untuk ke kaunter ubat.

“No need..” Ringkas dia balas..

Setelah urusan selesai di klinik saya terus balik rehat.

1.1.2021.

Lima hari selepas on antibiotik dan makan semua jenis ubat secara teratur. Gejala lain pula timbul.

Selesema dan batuk kuat. Yes.

Hidung tak berhenti keluar cecair. Tambah pula batuk dan perit pada tekak. Saya selalu kemam MAC yang saya beli di farmasi. Bawa bekal juga setiap kali pergi mengajar.

Difikiran saya masih memikirkan tentang Covid-19. Kerana gejala saya ini berturutan. Terus saya tulis tempoh waktu berterusan sakit saya.

Ditempat kerja saya sudah mula pakai mask dan tidak bersentuhan dengan sesiapa. Sekadar menjaga diri dan orang lain juga. Saya jarakkan diri.

Selesema/batuk saya masih belum hilang. Saya masih habiskan dos ubat selesema/batuk sehingga habis tempoh seminggu.

Habis tempoh seminggu. Gejala saya ini tidak ada pengurangan atau hilang. Saya kerap sakit kepala dan dada.

Tapi saya meneruskan juga kerja tanpa menggambil cuti rehat.

Sehinggalah….

Saya terfikir untuk swab test. Cuba juga saya ikhtiarkan. Saya pergi ke sebuah klinik swasta. Setelah ditanya banyak soalan. Saya menjawab tenang.

“Saya nak swab test RTK”. Saya lihat nurse lengkap berPPE didepan saya membuat muka curiga.

“Cik ada close contact dengan mana-mana pesakit yang +ve Covid ke?”

Saya jawab TIDAK.

Saya cakap saya nak test atas sebab saya mengalami sakit dan gejala dalam tempoh seminggu ini.

“Maaf Cik.. Kami tak boleh buat RTK test. Cik kena rujuk ke Hospital Besar atau KK bedekatan. Diorang akan buat penilaian untuk lihat Cik sesuai tak dapat swab test..”. Saya cuma angguk faham. Sejujurnya saya hairan.

Swasta menolak duit? Atau apakah? Atau mungkin mereka takut kerana saya sudah bergejala selama seminggu. Mudah cerita rujuk Hospital Gov. Mungkin? Malas ingin memikir panjang. Saya terus ke Hospital Besar.

Masuk perkarangan hopital sudah ramai beratur. Ramai yang tak masuk akal juga yang nak buat swab test. Dada saya sudah mula sakit. Kepala saya mula pening. Akhirnya saya pulang setelah 2 jam menunggu. Hampa.

– Cik X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *