Assalamualaikum. Aku Melissa Naurina aka Mel. Waktu2 RMO aku cuba lapangkan hati untuk berkongsi serba sedikit apa yang terbuku di hati ni. Sekadar perkongsian. Tak lebih dari itu.
Aku sebenarnya pengantin ditunda yang sepatutnya menempuh hari bahagia pada 22 Mac 2020. Tapi Allah sebaik2 perancang. PM kita dah mendahului dengan pengumuman berkenaan penguatkuasaan RMO beberapa hari sebelum tarikh keramat itu.
Selepas sahaja pengumuman dibuat, pihak catering, mak andam, forographer etc semua berpusu2 ws dan call aku. Menunggu kata putus sama ada majlis akan diteruskan atau sebaliknya.
Aku yakin, ramai juga bakal2 pengantin berdebar dan mulai berendam air mata. Sehingga keesokan harinya aku sendiri tak boleh bangun dari katil. Tak mampu menerima hakikat.
Mana mungkin persiapan yang 95% sempurna ingin ditangguh? Aku dan tunang bertegas untuk meneruskan majlis pernikahan memandangkan pihak jabatan agama islam membenarkan pernikahan mengikut syarat2 yang ditetapkan.
Tapi makin hancur hati kami bila pihak keluarga aku, menetapkan untuk menunda majlis pernikahan dan resepsi kami. Demi menjaga hati keluarga, kami menurut kan sahaja.
Sedih rasa hati bila buat ayat pemberitahuan kepada semua jemputan berkenaan dengan pembatalan majlisku. Lagi sedih bila mendapat ucapan tahniah sebab dah bantu negara.
Entah kenapa ayat tahniah (kerana dah membantu frontliner) tu aku tak mampu terima sehingga sekarang. Mungkin kurang sesuai dengan situasi yang aku hadap.
Bukan aku mementingkan diri. Tapi aku pun susah nak explain macam mana perasaan bila tengah excited nak kahwin, tiba2 kena tunda everything. Dengan tersepit dengan keputusan keluarga dan kehendak keluarga tunangku untuk meneruskan majlis akad nikah dahulu.
Emosi aku sedikit terganggu. Terperuk di bilik. Tak mampu bercakap dengan semua orang. Ws dan panggilan dari kawan2 bertalu2 aku dapat. Tapi satu pon aku tak mampu respon.
Mungkin akan ada pertikai, majlis aku ditunda, bukan dibatalkan. Kenapa nak sedih sangat? Jawapannya sebab kau takda kat tempat aku. Ujian setiap orang lain2. Begitu juga aku.
Banyak ujian kami sepanjang bertunang. Dari effort kumpul duit dan effort buat semua persiapan sendiri. Bila dah hampir smpai kemuncaknya penat lelah kami, terpaksa ditunda. Ujian lain yang kami dapat. Manalah tak tisu hati aku dibuatnya.
14 hari pertama aku sibuk memujuk hati sendiri. Sedikit kecewa tapi kami cuba untuk fahamkan situasi yang melanda negara. Setiap hari memantau bilangan kes, kematian dan bilangan pesakit yang sembuh. Belum cukup 14 hari membilang hari, PM kita melanjutkan tempoh 2 minggu lagi.
Demi Allah. Aku tak pernah menyangka majlis perkahwinan yang dirancang selama hampir setahun menjadi begini di saat aku di fasa membilang hari. Dan aku cukup tak pernah membayangkan di minda ujian aku kali ini berpunca daripada musuh yang tidak boleh dinampak dengan mata kasar, covid 19.
Sebaik sahaja pengumuman di buat, ramai rakyat Malaysia berpusu2 pulang ke kampung. Seperti yang kalian tahu, berkenaan wabak covid 19 ni, kita semua tidak diberi pendedahan sehinggalah keadaan mulai teruk.
Baru kita tahu sebenarnya wabak ini berbahaya sehingga boleh membawa maut. Tak pernah terjangkau di fikiran bahawa kehidupan kita kini seakan seperti filem. Dulu kita menonton, sekarang kita yang melakonkannya.
Bila melihat statistik bilangan kes positif dan bilangan kes kematian yang semakin bertambah dari hari ke hari, aku mulai sedar. Mungkin sinar hari bahagia aku tidak mungkin dapat dibuat dalam waktu terdekat.
Bila melihat anggota frontliner bertungkus lumus berjuang untuk negara, aku mulai sedar diri. Keutamaan mereka adalah negara kita. Keselamatan rakyat kita termasuk aku.
Kalau mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan nyawa untuk negara, aku juga perlu mengorbankan sesuatu untuk negara. Dengan mengikhlaskan hati untuk menunda majlis perkahwinanku sendiri.
Alhamdulillah. Kini, Aku dah mulai boleh menerima ketentuan takdir. Akan ada hikmah di sebalik jadi pengantin ditunda ni. Insha Allah. Aku juga yakin. Ramai juga antara kita yang sama situasi dengan aku. Tarikh cuti sekolah kan. Mesti banyak majlis perkahwinan.
Yang dah selamat akad nikah, tahniah diucapkan. Yang situasi macam aku, aku harap kau pon sama2 kuat. Insha Allah.
Marilah sama2 kita doakan semoga wabak covid19 ni segera hilang dan negara kita Malaysia,akan kembali pulih seperti sedia kala. Doakan juga kesejahteraan barisan pemimpin kerajaan dan frontliner yang tak senang duduk dan bekerja keras untuk kita semua.
Semoga Allah merahmati kalian dan semoga kalian semua sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t.
– Mel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit