Pengasuh Yang Menganiaya Orang

Assalamualaikum, saya Tasya. Saya ingin meluahkan saya kecewa dan terkilan saya seorang ‘pengasuh tak jadi saya’ yang hanya bekerja dengan saya selama 1 hari!

Kronologi nya begini, saya dah cari pengasuh dari awal lagi dalam tempoh berpantang. Saya siap download lagi satu apps yang kononnya khas untuk cari pengasuh (tak mahu reveal apps apa)

Dipendekkan cerita, pengasuh ni terlebih dahulu yang approach saya kata berminat. Kami bertukar nombor dan berkenalan di whatsapp.

Tak lama selepas itu, dia datang pulak ke rumah bagi sesi suai kenal. After few days, kami decide yang kami berminat untuk mengambil dia jadi babysitter kami.

Terlebih dahulu saya nak jelaskan di sini, saya ambil pengasuh untuk jaga anak saya di rumah.

Bukan yang hantar anak ke rumah pengasuh tu ye.

Maksudnya di sini, saya tak kisah bayar lebih asalkan anak saya di jaga di rumah saya sendiri.

Saya pun siap datang ke rumah dia, sebab saya ada rasa sedikit paranoid dan takut kalau dia lari atau tipu ke. Dia menerima kedatangan kami dengan baik, siap hidang makanan.

Dia seorang single mom dalam lingkungan late 40s. Kononnya kami prefer ambil dalam umur sebegitu daripada ambil yang muda sebab selalu dimogokkan dengan pengasuh yang berusia lagi tua ni lagi ‘serious’ dan pandai dalam menjaga bayi.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Hari yang sepatutnya dia start bekerja, dia beritahu yang dia demam. Jadi hari pertama tak datang. 2-3 hari jugak dia kata tak dapat nak kerja.

Kami husnuzon je cakap takpe walaupun saya dah start tak sedap hati. Lepastu kerja jugak sehari.

Semuanya nampak macam okay. Sebab hari pertama, kami pun tak de lah nak pulun dia buat macam2 sebab masih dalam sesi perkenalan antara dia dan bayi saya.

Bayi saya pun tak de nampak meragam pun bila dijaga oleh dia. Tuptup next day dia mesej kata tak dapat datang sebab faktor kesihatan.

Rasa nak luruh jantung saya sebab saya ada kurang dari seminggu lagi nak start mula bekerja!

Awal-awal lagi kami dah tanya dia ‘ada sakit apa2 ke’ dan dia cakap tak ada.

Bila tiba-tiba tarik diri macam ni dengan alasan kesihatan adalah sesuatu yang sukar di terima bagi saya dengan suami, nak pulak bila saya tinggal berapa hari lagi nak mula bekerja.

Tak ada pilihan lain, saya sampai terpaksa request kat boss sama ada nak fully WFH atau pun worst case, ambil unpaid leave sementara nak cari pengasuh ganti.

Tak tahu lah management approve ke tak. Benda ni betul2 telah mengganggu reputasi saya di tempat kerja.

Bagi yang mungkin akan komen faktor gaji, macam saya cakap saya tak kisah bayar lebih asalkan anak saya dijaga di rumah saya sendiri. Dia pun takde masalah dengan tawaran gaji yang saya beri.

Dari segi keselesaan? Kami cuba beri yang terbaik. Makanan kami sediakan, bilik pun kami sediakan bagi dia selesa nak rehat dan solat.

Kami sendiri tak tahu apa kekurangan kami sehingga dilayan sebegini. Conversation kami hanya berakhir di whatsapp sahaja! Tak ada pun dia berani kan diri nak call saya ke masa dia nak tarik diri.

Sampai hati kau kak buat orang macam ni. Dah few days ni macam cacing kepanasan aku nak cari pengasuh baru. Dengan nak mula bekerja lagi.

Banyak benda lain yang aku nak kena fikir, sekarang nak kena hadap benda2 macam ni. Kalau kau tarik diri awal2 haritu ada lah masa aku nak cari pengganti, takde lah kelam kabut sampai macam ni.

Nanti mesti ramai akan komen bagi alternatif, ye saya tengah consider macam-macam sekarang.

Jangan suruh saya hantar ke rumah pengasuh, tak semudah tu nak tangkap muat dalam masa sekarang ni especially kat FB sekarang terlalu banyak kisah2 pasal pengasuh buli anak asuhan sampai lebam2 badan di rumah pengasuh sendiri. Nak pulak anak ni saya dah TTC lama.

Doakan saya dipermudahkan urusan. I’ve learnt hard lesson now.

– Natasya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *