Pening Dengan Orang Agama

Assalamualaikum semua. Saya nak meluahkan apa yang terbuku di hati ini tentang isu terbaru bahawa ‘ilmu hadith adalah sangkaan’

Saya bukan orang yang mendalami ilmu agama.

Saya hanya tau berniaga mencari makan.

Ilmu yang saya ada hanyalah tentang perniagaan, nak study pasaran, customer, book keeping. Lain pada tu saya tak pandai.

Jadi saya tau yang saya tak layak nak komen tntg perkara tu. Nak kopi paste pandangan bercanggah orang agama yang lain pun saya tak berani. sebab saya tak tau mana yang betul.

Tapi apa yang terbuku di hati ini adalah, kenapa orang agama sendiri membuka jalan2 fitnah?

Bayangkan ye, mak saya punyai banyak penyakit. Dengan thyroid, kencing manis, darah tinggi, kolestrol, jantung. Jadi macam2 doktor yang saya jumpa.

Tapi, semua nya memberi penerangan yang lebih kurang sama, sebab dan akibat dan sebagainya.

Sebab ianya adalah berkenaan penyakit yang sudah diketahui. Melainkan kalau mak saya ada masalah baru,

Ha ketika itu pendapat akan sedikit berlainan, tapi pemikirannya yang saya nampak arah yang sama. Contoh. Kalau kita terseliuh, klinik yang tak ada x-ray, dia tengok kita boleh jalan.

Dia akan kata tak ada patah sebab boleh jalan. Tapi klinik yang ada x-ray, dan x-ray dibuat. Nampak dengan kepala mata bahawa ada patah.

Tapi kenapa boleh jalan? Doktor kedua kata sebab tmpt patah tu tak menanggung berat badan. Permasalahan (diagnosis) berbeza, tapi pemikiran yang sama yakni nak tau ada patah atau tak.

Begitu juga bila saya mendalami ilmu2 lain. Ketika mana saya belajar catit lejar akaun. Saya jumpa dengan 5 cikgu. Sebab tak faham2. Bila mana akhirnya saya diberi kefahaman, dan saya semak balik.

Tak bercanggah pun ilmu yang 5 cikgu ni ajar. Ilmu nk kembang perniagaan pun sama, ilmu sales pun sama. Point2 yang lebih kurang sama dan tak ada bercanggah cuma berlainan cara olah.

Ketika mana saya dan adik beradik 7 orang hendak membina rumah atas tanah pusaka, saya sebagai abang sulung mengelola urusan adik2 takut kena tipu.

Ada 3 arkitek yang kami 7 orang panggil pada waktu berlainan.

Yela lain arkitek lain bajet, tempat pun lain2. Tapi, penerangan rumah ni kena mengadap mana, bumbung kena mcmanaa. Semua sama.

Sebab tu saya tak pernah nampak orang2 dari bidang lain bergaduh bercanggah pendapat dalam FB. Friendlist FB saya dah maksima. Dan mereka datang dari pelbagai social circle.

Jadi tak mungkin saya tak nampak apa yang jadi. Yang ada tentang covid, doktor yang luar bidang yang cakap merapu hal polisi kerajaan. 1 daripada seribu yang bercanggah.

Tapi orang agama ni saya pun tak faham dan kesal.

Kenapa korang pergi canggah hal teknikal di hadapan orang awam?

Dah tu pulak berbalah hal teknikal agama dalam FB, orang awam dok tengok.

yang belajar tak habis pun boleh komen. Kopipes entah mana2 yang kena selera.

Cuma apa yang saya nampak adalah banyak salahnya dekat ustaz2 (ustaz ke?). Mereka ni sebenarnya pendakwah je. Tugas mereka adalah menyampaikan apa yang dah diputuskan dahla.

Kalau pihak tertinggi agama. Mufti2 dah putuskan hadith adalah sumber rujukan.

Kamu yang pendakwah ni sampaikan sahaja. Kalau tak setuju, pergila jumpa mufti2 ni, debat apa nak debat dan buat ketetapan baru sekiranya benar.

Saya kira orang awam pun salah juga.

Semua kita bantai ustaz.

Macam semua doktor kita panggil doktor pakar la. Padahal ada consultant, kemudian baru doktor pakar, kemudian MO, dan HO.

Begitu juga institusi agama.

Jemaah mufti2, kemudian, ustaz (ilmuan la. Yang pakar satu2 bidang agama). Kemudian baru pendakwah. Bawah sekali PU la kot.

Kalau jemaah mufti dah set, solat ikut SOP. Ilmuan tak ada nak canggah pun. Tiba2 pendakwah ni pulak nak canggah. canggah pulak depan orang awam yang tak tau apa2. Itu yang pening.

Apa la korang ni.

Dahtu pulak.. Majlis agama pun lambat buat kerja. Satu malaysia dah viral kot. Isu teknikal dicanggah.

Kenapa tak panggil orang berkenaan buat penjelasan? Dan tak boleh ke majlis agama tetapkan sapa yang pendakwah, sapa yang ustaz. Bagi gelaran betul2.

“Kita jemput, pendakwah sekian2 untuk menyampaikan ceraham maulidur rasul.” Barula orang tau yang dia ni tak boleh canggah pendapat orang lain. Sampaikan sahaja.

Ini akhir zaman. Manusia ilmu agama kurang. korang gi buka jalan debat pulak utk orang awam.

Semua orang tau daripada mufti, hingga pelajar pondok. Semua kena buat kerja dakwah. Alangkah indanya kalau mesej tu sehala. Tak ada canggah2.

– Suria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *