Penonton Bisik Dari Langit

Terima kasih admin jika sudi siarkan confession ini. Saja nak share dengan pembaca IIUM. Moga-moga ada pengajaran yang kita pakat-pakat boleh share. Yang pasti yang baik dari ALLAH SWT & yang buruk itu dari kekhilafan & kelemahan saya sendiri.

Saya baru langgan Berbisik Dari Langit & teresak-esak menangis sambil tunggu anak saya bangun semalam. Cerita itu betul-betul terkesan dihati. Sama-sama hancur hati bila, ayahnya mendapat panggilan Hajar kemalangan. Apatah lagi waktu diberitahu Hajar koma, sama-sama merasai hancur hati bila ayahnya terduduk lemah bila mengetahui Hajar dah tiada. Ayahnya juga ada kata, biar anak kematian ibubapa, tak sakit macam ibubapa kematian anak. Betul! aku pernah rasa kehilangan anak. Sampai sekarang aku tak boleh moved on. Sakit dia macam tak ada ubat.

Dulu, aku tak tahu apa itu sayang, arwak mak aku cerita dia marah anak-anak sebab nak yang terbaik, sebab sayang bla bla bla…aku tak faham. Aku rasa arwah mak aku buat semua tu sebab dia malas, malas kemas rumah suruh anak kemas rumah, malas masak suruh anak masak, malas jawab soalan suruh anak diam. Maka sebab menilaian sendiri, saya membesar dengan tanggapan negatif saya sendiri. Sehinggalah bila ada anak. Aku rasa sayang sangat.. sayang aku seluas semesta, macam tak terjangkau dek akal rasanya. Aku pernah hairan kenapa sayang aku tak habis. Hari-hari sayang, tiap hari rindu, wal hal anak ada depan mata aku masih rindu.

Tiba-tiba aku terfikir, betapa sayang & cinta ni boleh buat manusia jadi gila & buta. Masa zaman sekolah dulu, ada kejadian sorang perempuan ni serang jiran aku. Dia serang makcik ni sebab mak cik ni tak kasi anak dia kahwin dengan kakak tu. Mak aku kata “Padan lah!” aku tak faham sangat maksud padan lah tu. Aku anggap sebab perempuan tu datang ber t-shirt, seluar quarter & rambut color. Datang pula menjerit-jerit depan pintu. Duk tak duk anak laki tu hilang, hidup lah makcik tu sorang. Sebab makcik tu tak de anak lain, anak laki tu pun anak angkat dia. Kesian makcik tu..aku pernah sekali teman mak cik tu pergi hospital fasal mak cik tu tak larat. Sempat lah dengar mak cik tu luah perasaan sikit sebanyak. Menurut makcik tu, anak dia ni, dia ambil waktu kerja dipasar, kesian tengok budak ni ditinggalkan keluarganya, sebatang kara tidur merata.Tengok, macam mana cinta boleh haruskan kewarasan fikiran sampai sanggup buang ibu angkat sendiri.

Aku juga ada kawan, dia dari broken family. Lepas mak dia kahwin baru mak dia dah tak layan anak dari perkahwinan terdahulu which is dia la. Dia duduk dengan nenek dia di Sarawak. Masa mula-mula, aku kawan dengan dia aku ingatkan dia orang susah sebab nampak macam biasa-biasa saja. Rupanya ayah tiri dia somebody kat Sarawak, adik beradik 1 ayah dia semua jenis yang tak kerja, kerja diorang pergi melancong je. Kawan aku dengan kakak dia kerja untuk tampung hidup sendiri.Tapi ye lah, kawan aku dah 26 & kakak dia dah 27, memang layak la tampung hidup sendiri. Sampai 1 tahap tu kawan aku lari, datang rumah aku, katanya mak dia suruh dia kahwin dengan pilihan mak dia sedangkan dia ada pilihan sendiri. Lepas bertapa rumah aku dekat 2 minggu dia buat keputusan, dia tinggalkan teman lelaki dia dan kahwin dengan pilihan keluarga dia. Bila tanya dia kata, dia buat sebab mak dia. “Saya sanggup buat apa saja supaya mak saya sayang saya” Tapi sampai sekarang mak dia tetap banding-bandingkan dia dengan anak-anak baru dia. Sayang boleh ketepikan keinginan sendiri,kan.. Demi nak dapatkan kasih sayang mak dia, dia sanggup terima pilihan mak dia tanpa membantah. Dia tak cuba langsung bincang ke, kenalkan teman lelaki dia pada mak dia ke.. Dia memang campak terus impian dia.

Aku juga ada kawan yang sanggup kena pukul dari bercinta sampai lah ke kahwin, dari berdua sampai lah anak dah 2 sekarang ni. Dengan laki dia tak kerja, ambil heroin, pukul dia sesuka hati. Sampai aku malas nak kutuk laki dia, akhirnya aku buat anjakan paradigma & ajak dia fikir bersama-sama. Yelah, dulu zaman bercinta boleh la kutuk laki dia, sekarang dah kahwin apa sangat lah boleh buat selain suruh dia sabar? Pernah sekali tu konon dia nak bunuh diri sebab laki dia pukul dia masa dia tengah dalam pantang, dia whatsapp aku kata nak mati. Pujuk-pujuk dia, aku bgtau kalau betul kau tak nak kat dia, aku boleh tolong. Aku boleh tolong dapatkan perintah mahkamah supaya laki tu tak dekat dengan kau. Tiba-tiba dia bagi jawapan yang memberitahu dia nak lagi kat laki dia. Haaa.. nampak tak? Cinta itu kuat. Sehingga kawan aku mampu bertahan walaupun dalam pantang kena tendang kat sisi perut (abdomen kot perkataan yang sebenar).

Bila ingat balik, aku boleh rumuskan cinta ni ajaib. Tapi seperti mana kita ingin ianya berlaku. Cinta boleh buat kita lalai & leka. Boleh juga buat kita rajin & bersemangat. Boleh buat kita baik bak malaikat, boleh juga buat kita jahat bak syaitan. Kerana itu kita ada akal untuk menilai, malangnya diberi juga nafsu bak raja.

– Penonton

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit