Penumpang Tiada Common Sense

Assalamualaikum semua.. Terima kasih admin kalau sudi siarkan confession aku..

Pernah menumpang kereta orang tak? Ada kongsi duit minyak?

Yang ada kereta ni biasanya tak sampai hati nak tolak permintaan kawan2 nak menumpang. Jadi, bila orang minta tumpang, ok jomlah. Sudah tu penumpang takda common sense pulak. Yang tumpang once in a blue moon tu boleh tahan jugak kalau setakat laluan sama. Tapi kalau dah setiap hari, kebanyakan hari naik sekali, pandai-pandailah pikir..

Takkan tak boleh hulur sikit sorang.. Berpakatlah.. Yang bawak kereta pun bukan semestinya jenis duit melimpah.  Takkan nak menunggu orang mintak, dia pun segan nak minta orang bagi duit. Common sense kot. Kadang2 tu bukan pemilik kereta tak bagi hint, tapi depa ni bab hulur duit buat2 tak paham.

Lagi satu, ada yang nak menumpang. Tapi, tuan kereta tu pulak haa yang terpaksa pergi cari penumpang kat bilik depa, “taknak gerak lagi ke?” “Belum bersiap ke?” “Jom lah”.. Dia pulak yang menunggu si penumpang bersiap? Dah la kereta dia, hulur duit pun dalam mimpi je, dia yang drive, dia pulak menunggu hang? Hang ingat dia tu driver hang ka?

Dan untuk pemilik kereta a.k.a driver tu, rasanya hangpa memang kena jadi orang yang keras hati sikit, outspoken dan jangan over baik dengan golongan ni. Terus terang ja, “hulur2 la sikit duit, aku pun tak berapa ada ni duit minyak.”..

Kalau dah jenis yg nak menumpang tapi selalu lambat, hangpa bagi gentle reminder la sikit haa “aku bukan apa, cuma aku tak suka menunggu, kalau nak tumpang aku, tolong tepati masa, kalau tak aku tinggal”. Straight to the point. Bukan apa, ada jenis manusia, dia memang tak paham hint, common sense dia pun terbunuh. Jadi hangpa memang terpaksa terus terang daripada menelan pahitnya memendam.

Oh sebelum lupa, ada lagi satu benda aku pantang.. Walaupun selama ni aku jadi saksi je, since aku selalu jadi penumpang… Kalau hang pinjam kereta orang, dah berbatu bawak kesana kemari.. Tolonglah isi balik minyak, tak pun bagi duit minyak pada pemilik kereta tu. Suka hati je hidup hang tak pikirkan orang kan.

Sekian…

– Penumpang Yang Ada Sedikit Common Sense

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *