Penyakit Itu Petunjuk Buatku

Assalammualaikum semua. Aku disini ingin kongsikan pengalaman aku yang telah merubah diri aku ke arah yang lebih baik pada hari ini. Aku berusia 20 tahun dan belajar sambil bekerja part time.

Macam ni kisahnya, aku dulu daripada kecil sampai la naik tingkatan memang susah gila nak solat. Mengaji pon memang tak tahu. Bayangkanlah kalau dekat sekolah ada sesi solat ramai-ramai, aku just solat je, dengan wuduk tak ada pon aku redah jaa. Kira hati aku tak rasa apa dengan solat. Maybe banyak dosa kot.

Dulu pernah juga kena sound dengan ustazah,dia kata orang lain semua hebat baca al-quran yang aku ni merangkak. Sedih masa tu tapi memang salah aku tak nak belajar ngaji betul-betul dulu.

Aku ni tiap kali exam agama memang aku bleh dpt A tapi bab agama dalam diri aku zero. Kadang2 aku biadap dengan mak ayah aku. Tapi Allah jaga aib aku,aku pergi mana orang mesti kata aku budak baik dan jenis tak tinggal solat dan bla bla~. Padahal aku ni hmmm. Sampai la satu masa waktu tu aku baru habis pmr dan aku terkena satu penyakit.

Aku bangun tidur mulut aku herot sebelah kiri, aku tak boleh senyum dan sebelah mata aku tak boleh berkelip. Mula bangun tak perasan lagi sebab tak bercakap. Tapi bila minum air teh yang ayah aku beli dan dia meleleh ke sebelah kiri sampai basah lantai,masa tu memang terkejut.

Aku mula rasa tak sedap hati. Mak ayah aku bawa jumpa tukang urut sebab ingat aku salah urat ka apa. Tapi tukang tu kata bawa pergi jumpa doktor.

Aku pergi hospital. Tunggu lama, bila masuk direct kena marah dengan doktor tu. Dia kata” kenapa datang lambat,pesakit ni memang, dah dekat nak mati baru nak datang jumpa doktor” . Boleh bayang tak perasaan aku masa tu dengan sakit lepas tu kena marah lagi, aku cuma lambat 3 hari jaa jumpa doktor sebab mana laa aku tahu tu sakit hospital ke,sakit kejap pastu baik ke. Dia suruh aku datang 3 bulan kemudian…. what?? Dah la sebut pasal mati.. otak aku ni dah terbayang macam2.

Lepas tu aku tak henti2 menangis. Aku ni paling tak suka nangis depan orang, tapi bila dah kena macam tu,terbayang pula yang penyakit pelik tu tak ada ubat langsung.Apa yang akan jadi bila aku pergi sekolah,kawan2 mesti gelak tengok muka aku yang dah huduh. Bayang masa depan lagi. Aku rasa dunia ni gelap sangat sebab aku tak pernah bayang aku akan dapat penyakit macam ni.

Sampai buat pertama kali aku solat dengan sepenuh hati. Pada sujud terakhir aku berdoa sambil menangis berharap agar Allah menghilangkan penyakit aku ni dan aku berjanji akan berusaha jadi insan yang lebih baik.

Habis solat aku tertidur dekat 2 jam sambil peluk al-quran. Aku rasa al-quran tu saja peneman aku. Satu lagi selain penyakit ni petunjuk buat aku, aku rasa ni balasan untuk aku sebab malam sebelum tu aku ada terkasar sikit bahasa dengan mak aku.

Bangun2 mak ayah aku ajak pergi hospital lain dan aku dimasukkan ke dalam wad. Alhamdulilah Allah itu Maha Mendengar akan doa hamba-hambanya. Doktor cakap aku dapat penyakit ‘Bell Palsy’ iaitu kerosakan urat saraf ke-7 di bahagian muka dan selalunya hanya orang dari negara2 luar yang dapat penyakit ni. Jarang sangat orang malaysia dapat dan punca penyakit ni tak dapat dikenalpasti. Kalau dah kena sekali in shaa Allah lepas ni tak kena dah.

9 hari aku duduk wad dan semua orang layan aku dengan baik, doktor tu pon sabar jaa jawab soalan aku tiap-tiap hari iaitu bolehkah aku baik? Dan penyakit ni boleh hilang dalam 3 bulan kalau tak makan ubat. Kalau nak cepat makan ubat plus fisioterapi.

Masa dalam wad aku guna masa yang ada untuk fikir betapa indahnya kesihatan yang Allah bagi dekat manusia. Aku mula berjanji akan berusaha menjaga solat,puasa dan belajar membaca Al-Quran walaupun aku lembab. Aku mula mendengar ceramah2 yang boleh tingkatkan semangat aku untuk berubah dan istiqamah. Paling aku suka sampai saat ni ceramah prof muhaya.

Alhamdulilah sekarang aku dah boleh jaga solat, boleh membaca al-quran dan jaga hubungan aku dengan Allah. Aku juga selalu minta ampun dengan mak ayah aku walaupun kadang aku tak ada salah tapi aku nak pastikan yang aku boleh berusaha jadi anak yang solehah untuk mak ayah aku.

Apa yang ingin aku sampaikan kita mungkin tak suka ujian tetapi ujian itulah yang akan mengetuk pintu hati kita untuk dekat dengan Allah. Tanpa ujian kita tak akan ingat Allah dan kita akan terus dalam kelalaian. Jangan tunggu sampai sampai Allah uji baru nak sujud padaNya, tetapi selagi ada masa dan masih bernyawa letaklah Allah dalam hati.

Petunjuk Allah ada yang Allah izin datang awal dan ada yang agak lambat tetapi pasti tiba,dan aku dapat petunjuk tu awal melalui sakit yang aku rasa. Tapi selagi ada ujian itu lah yang menunjukan Allah sangat sayangkan kau dan ingin kau kembali pada Nya.

Maaf kalau confession ni panjang or tak menarik atau ada salah dan kurang. Tapi aku cuma nak kongsi pengalaman aku yang korang boleh ambil pengajaran darinya. Terima kasih sebab sudi membaca kisah aku.

– Azzahra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit