Penyakit Tak Kira Jantina

Salam semua. Sekarang ni tengah panas isu p*do dan grooming kan. Aku cuma nak pesan, yang penyakit ni tak kira jantina.

Tolong la pantau anak2 dan ajar anak2 sentuhan selamat & tak selamat. Ajar anak untuk berhati2 tak kira lelaki atau perempuan, tak kira saudara dekat atau jauh, tak kira kenal atau tak.

Aku tengok banyak ibu2 mula sedad dan cuba ajar anak tapi salah sikit.

Contoh, lelaki tak boleh sentuh sini sini sini dan sini tau. Salah tu. P*do ni tak kira jantina ye.

Ni kes personal aku sendiri. Tapi kes aku ni berlaku dekat baby aku! Baby! Macam mana aku nak ajar baby?! Memang salah aku sebab leka dan percaya darah daging.

Aku ada makcik yang suka cubit private part budak2. Atas & bawah.

Aku (perempuan) dan adik aku (lelaki) masa tadika sampai sekolah rendah selalu kena dengan makcik sorang ni (adik kepada ibu kami). Dia suka cubit bahagian2 tu.

Sekarang aku dah dewasa ni tak terfikir pun dia p*do sampai la aku ada baby. Masa berpantang di rumah ibu aku, makcik ni kerap datang rumah ibu untuk tengok baby.

Aku ok je dia datang sebab makcik aku ni jenis yang ikut rule aku, jangan kiss baby, basuh tangan sebelum dukung baby, jangan suap makanan solid dekat baby dan lain2. Memang aku tak syak apa2 la.

Sampai satu hari tu aku guna fon makcik aku ni untuk ambil contact number kawan dia yang tukang urut. Terkejut aku tertengok gallery dia penuh gambar private parts baby aku!! Atas dan bawah. Baby aku lelaki.

Gambar2 tu di ambil dari baby aku usia 3 hari sampai dah masuk 3 bulan! Allah! Sumpah berderai jantung aku!

Antara gambar2 tu ada gambar tangan dia tengah cubit bahagian situ! Makin naik darah aku, hati dan mulut aku ni tak berhenti2 menyumpah laknat perempuan ni.

Tengah perempuan ni makan bersama ibu aku, aku terjah & tunjuk gambar2 tu kepada semua org dekat situ.

Masa tu jantung aku tengah laju, macam orang gila, sesak nafas, rasa nak pitam tak cukup nafas.

Aku jerit maki2 perempuan tu sampai la suami aku datang, lepas suami aku tahu apa yang jadi, suami aku terus cekik perempuan tu. Tu pertama kali aku tengok suami aku naik tangan kat siapa2.

Tiba2 kewarasan aku datang, kang m*ti perempuan, tak pasal2 baby aku membesar tanpa ayah di sisi.

Lepas dah bersemuka semua, perempuan tu melutut mohon maaf dan janji akan delete semua.

Aku dan suami malas nak dengar, kami terus simpan bag pakaian dan angkut baby masuk kereta, cium tangan ibu & terus gerak. Kami ke balai polis bersama bukti dan serah semua kepada polis.

Kes 3 tahun lepas. Kes tutup dengan perempuan tu m*ti kena serangan jantung. Sebelum perempuan tu m*ti, ada la 2-3 org saudara ibu aku dan keturunan perempuan tu datang suruh aku tarik report! Memang tak la!

Sampai ke hari ni aku tak rasa nak jejak kaki ke kampung. Kalau ibu aku rindu nak jumpa cucu, suami aku akan pergi jemput ibu dan bawa ibu bermalam di rumah kami.

Aku pula sampai sekarang macam ada trauma dengan orang, aku tak percaya siapa2 untuk dekat dengan anak aku. Kalau suami atau ibu aku main dengan anak, aku akan tengok tanpa berkelip sebab aku risau benda akan jadi lagi.

Aku berhenti kerja sebab trauma ni juga. Alhamduliah suami faham & support keputusan aku.

Tak lama lagi nak hantar anak ke taska tahun 4, aku rasa macam nak tangguh sampai anak 6 tahun tapi aku takut perkembangan sosial anak aku kurang berkembang kalau lewat hantar.

Aku tak tahu macam mana aku nak handle trauma aku nanti anak masuk tadika dan sekolah nanti.

– Ibu Ai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. seram sesak nafas aku baca.. sebab nie la aku benti kerja jaga anak sendiri aku nie dah la jenis kuat paranoid lagi2 bnyak kes pasal kanak2 dari dulu smpai sekarang..

  2. Tahniah kak dan suami kerana pertahanan maruah anak miskipun masih bayi. Moga jadi pengajaran buat semua manusia JANGAN NAFSU CELAKA USIK ANAK ORANG!

    GATAL NIKAH. TAK MAMPU PUASA.

    TAPI KALO SAIKO PEROSAK PDF SET SET SUKA ROSAKAN MANUSIA MUDA SUCI MURNI SELAYAKNYA DI SUMBAT JE PENJARA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *