Per3mpuan Itu In Real Life

Tengok tajuk pun korang dah boleh agak, kisah aku ni pasal apa. Baiklah. Mukadimah seperti tajuk nya. Dan aku, memegang watak Khalish. Cumanya, real life, aku tak la sesopan, seayu dan secantik Khalish tu.

Tempoh perkahwinan aku tahun ni baru menjengah usia 10 tahun. Masih baru sekolah rendah. Tak cukup matang lagi usia ni. Tapi, banyak dah aku lalui hanya untuk pertahankan perkahwinan. Mempunyai 3 orang anak.

Aku seorang isteri yang bekerjaya sebagai seorang jurutera. Begitu juga suami aku.  Kepakaran kami berbeza dan sebab itu, kami tidak bekerja sebumbung.

Aku bukanlah isteri yang tidak bernafsu. Tetapi, disebabkan kepenatan bekerja, menguruskan anak2, mengemas rumah, and etc menyebabkan aku kurang mahu bersama. Seminggu sekali. Tu lah frequency kami berintiman.

Ya. Silap aku. Tapi, aku memang tiada kudrat untuk melebihi itu.

Suami aku ada membantu urusan rumah. Tapi, entahlah. Tidak mencukupi barangkali.

Subhanallah. Tak reti bersyukur betul aku ni. Anak2 yang masih kecil. Yang makan masih berserepah. Yang belum mahir membasuh pinggan. Yang masih menyerepahkan mainan. Buat aku bertambah penat.

Tugas suami, menyental baju sekolah anak sulung aku. Sebab anak sulung aku darjah 1. Iron baju seminggu sekali. Mop lantai.

Aku? Ni lah tukang siapkan baju anak2 untuk dihantar ke transit masing2. Lipat baju 1 rumah. Masak. Buat breakfast. Dinner. Kemas dapur. Kemas bilik air.

Siapkan anak2 untuk ke tadika. Kemas bilik anak2. Kemas bilik sendiri. Kemas rumah. Buang sampah. Eh. Penat nak list. Balik kerja sampai rumah paling awal 7pm. Paling lambat 11pm. Haih.

Disebabkan ini, suami aku mula mencari pengganti di luar. Ya. Aku dapat hidu. Aku terbaca segala wassap die bersama PEREMPUAN ITU.

Aku jelik. Segala gambar dikongsi bersama. Bagusnya suami aku, tidak menipu status diri. Gambar anak2 dikongsi bersama. Tak pernah merungut tentang aku kepada perempuan itu.

Suami aku kata, dia kerja lebih masa. Banyak kerja. Ya. Kerja die bersama perempuan itu. Aku sama macam Khalish. Tahu semua info pasal perempuan itu.

Alamat rumah. Kereta. No phone. Tempat kerja. All in. Social media dia tak payah cakap. Haha. Lagi mudah. Cantik. Menggoda. Anak dara. Macam seira. Pandai. Belajar luar negara.

Tapi, sebelum aku serang dia, aku patut berdepan dengan suami aku dulu. Dia yang buka langkah. Dia yang menghulur salam. Tanpa pemula, takkan ade penyambungnya. Ye tak?

Mulanya, aku tiada daya. Aku menangis teruk. Tak fokus kerja. Tiada siapa untuk aku meluah.

Aku call pejabat agama islam. Mintak advice dan terus meluah. 1 hari aku tak kerja tanpa pengetahuan suami aku.

Alhamdulillah. Orang yang membantu aku tu, seorang perempuan yang sangat lembut budi bicaranya. Menenangkan aku yang dah macam kene histeria menangis.

Aku tak berani untuk hadir kesana. Yang aku mampu, call sahaja.

Next, aku kumpul kekuatan untuk menyapa perempuan itu dengan elok. Supaya tinggalkan suami aku. Carila lelaki yang masih bujang. Yang setaraf dia.

Tetapi aku pula yang diherdik. Katanya, aku tidak reti menghargai suami. Ada suami, disuruh buat itu ini. Kesabaran yang aku tanam terus hilang.

Ayat terakhir aku untuk perempuan itu, “cukup2 lah berzina. Cukup2lah membuat dosa. Dosa yang ada pun belum tentu Allah akan ampun. Inikan pula dosa berzina. Andai benar engkau sungguh2 cintakan suami aku, berkahwinlah kalian. Keizinan aku berikan.

Aku tidak mahu terlibat dalam dosa yang kalian buat. Lastly, kalau tak nak kahwin, tinggalkan dia. Atau aku akan pastikan kau dihukum sebagai perosak rumah tangga. 1 pejabat kau akan tahu kau siapa.” Ya. Aku bukan malaikat. Ni sisi jahat aku.

Sampai di rumah. Teruk aku menangis. Aku hanya menantikan kepulangan suami aku. Satu demi satu aku soal. Yang paling utama kenapa dia buat begini.

Alasan, tak cukup dengan aku. Ayat yang sama aku berikan kepada dia. Nak kahwin, aku x halang. Silakan. Aku tak nak tanggung dosa siapa2.

Cukuplah dosa2 yang aku ada ni. Aku boleh pegi pinangkan. Aku boleh inform kedua orang tua mertua aku kalau die tak berani. Kalau tak nak, tinggalkan dia! Atau aku akan hancurkan kerjaya korang berdua. Ya. Aku tak mampu nak bendung dah amarah aku.

Dia tidak berkata apa2. Diam seribu bahasa. Katanya, bukan untuk berkahwin. Die sayangkan rumah tangga kami. Cuma, dia rasa terabai.

Allahu. Gugur jantung aku.  Entahlah. Penat aku kumpul kekuatan untuk berdepan dengan suami sendiri. Tapi aku gagal.

Sekali lagi, aku menangis bagai nak gila. Aku geram. Penyudahnya, salah datang dari aku. Sebab aku abaikan suami. Mudah bukan? Aku pun naik hantu.

Terus salahkan die sebab tak reti nak membantu aku. Tak reti nak bercakap romantik dengan aku. Tak reti nak jaga hati aku. Aku tidur dengan mata yang bengkak.

Berhari hari aku tidak bercakap dengan suami melainkan urusan anak. Dia bersungguh untuk tidak mengizinkan kami berpisah.

Pengakhiran kami bukan lah seperti khalish dan emir. Aku tidak bercerai. Ya. Pada korang, mungkin aku bodoh. Tetapi, aku cube perbaiki so call salah aku. memberi lebih masa intim bersama dia.

Suami merayu untuk kami tidak bercerai. Dia janji akan berubah. Hermmm. Aku tak pasti dengan janji ini.

Yang aku pasti, anak2 aku masih punya ayah. Aku? Aku layan dia seadanya. Lebih sedikit dari dulu.

Penat? Masih. Tapi, biarlah aku penat disini agar aku dapat lihat anak2 aku membesar dengan keluarga yang kelihatan bahagia. Aku harap ada ganjaran untuk aku kelak. Hati aku?

Remuk. Sebab tu aku pantang kalau tiba2 dia kata die kerja lebih masa. Terus aku ajukan soalan. Betul ke? Ke kerja tempat lain?

Nak tak nak, dia akan hantarkan gambar dimana keberadaan dia, location dimana dia berada. Semua demi secebis kepercayaaan yang telah hilang.

Aku pernah letak 100% kepercayaan aku kepada dia. Tapi kini tak lagi. Dia buat hal sikit. Aku cepat2 merajuk. Terus aku mengungkit. Oh kalau orang lain boleh cakap elok2.

Boleh pujuk. Bini sendiri tak boleh? Kalau die ajak aku pergi tempat makan yang pernah dia pergi bersama perempuan itu, aku akan menolak. Untuk apa?

Handphone dia seminggu sekali aku cek. Selama ni, aku percaya. Aku tak cek. Tapi atas apa yang terjadi, aku tiada pilihan. Dia? Redha. Kah kah.

Hadiah2 dari perempuan itu? Aku ambil. Aku buang. Baju? Aku gunting depan mata dia. Marah? Peduli apa aku. Untuk aku pun kau tak pernah bagi hadiah. Nak suruh aku hadap hadiah perempuan lain? Silap.

Berkahwin sahaja aku dengan suami, terputus sudah hubungan aku dengan kawan kawan lelaki aku yang rapat. Rakan office? Ada. Tapi sekadar hal kerja. Balik rumah.wassap aku hanyalah daripada bos aku.

Daripada family aku. Itu sahaja. Berkahwin sahaja aku, hati, mata jantung aku hanya untuk suami. Tiada lelaki lain untuk aku dekati. Ini lah perempuan yang bergelar isteri.

Hari ini, kami bahagia. Aku harap, pengorbanan aku berbaloi. Doakan agar hubungan kami terus kekal bahagia dan hati suami aku untuk aku sorang. Tidak berbolak balik. Dan doakan hati aku terawat dengan berlalu nya masa..

Terima kasih sudi baca,

Aku, Khalish di dunia sebenar.

– Khalish in real life (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit