Perampas Satu

Assalamualaikum semua. Sehari dua ni banyak sangat cerita pasal perampas. Harini, aku nak berkongsi cerita pasal aku.. yang dituduh perampas..

Cerita ni bermula dari sekitar tahun 1997, ketika umurku mencapai darjah 6. Aku hanya kanak2 biasa.. yang baru nak mengenal dunia. Berkawan sana sini.. seluruh kampung aku jelajah.. mandi sungai memancing perkara biasa..

Dipendekkan cerita aku rapat dengan sepupuku, yang bernama Ana. Dia sebaya denganku. Kemana sahaja aku bersamanya.

Kami selalu tidur dirumah ibu saudaraku. Kami juga rapat dengan suami kepada ibu saudaraku iaitu Rahim. Bergurau senda itu biasa.. dia sering kali mngatakan aku cantik. Aku anggap itu biasa sekadar gurauan.

Pada suatu hari, kami tidur dirumahnya. Dan Rahim berpesan kepadaku supaya tunggu dia kejap dan jangan tidur lagi.. ok aku tunggu..

Sedang aku ralit menonton tv Rahim panggil aku. Aku pergi kepadanya. Dia menyatakan yang dia suka dengan aku.. dia nak kan aku.. aku menggigil. Aku takut sangat2.. tapi aku tak mampu nak berkata apa. Apatah lagi menjerit. Aku hanya diam seribu bahasa..

Sejak pada itu dia sering bawa aku kerumahnya. Lama2 aku jadi seronok.. dari aku tak tahu apa2 pasal cinta.. dia yang ajar aku segalanya… Dari takde apa2 sampai yang ringan2 semua dia buat kat aku.

Yup.. yang ringan2.. dia tak pernah usik dara aku.. aku tak pernah cerita kat sesiapa pasal ni. Hubungan kami sangat tersorok. Dia juga meminta aku untuk merahsiakan.. aku hanya menurut. Isterinya juga bekerja. Jadi banyak masa kami bersama.

Aku bertanya kepadanya, kenapa cari aku. Kenapa mahukan aku.. dia kata kerana isterinya tak mahu melayan dirinya.. pada mata kasar aku, yaa aku nampak.. isterinya seorang pemarah.. masak basuh kain basuh pinggan semua Rahim yan buat. Dia bekerja sendiri jadi banyak masa dirumah..

Hubungan kami berlanjutan sehingga setahun. Oleh kerana Rahim selalu sangat showoff pasal kami depan Ana, dia mula syak. Ya aku cakap padanya. Aku cakap yang Rahim sukakan aku.. itu sahaja.

Tak lama kemudian Rahim jatuh bot. Dan lumpuh seluruh badan… Segala bisnes lingkup. Isterinya terpaksa bekerja sendiri.. aku juga bergilir menjaganya.

Dalam diam isterinya juga menjalinkan cinta dengan lelaki lain. Dia meminta cerai dengan Rahim. Rahim taknak lepaskannya.. Rahim meminta aku untuk berkahwin dengannya pula.. aku sedar semua salah. Dan aku menolaknya mentah2.

Sebenarnya dah banyak kali aku meminta Rahim untuk tamatkan segalanya. Aku minta dia untuk tidak mengganggu aku lagi.. tapi dia terus mencari aku. Aku hanya kanak2 biasa yang tak mampu mengelak.

Sekitar seminggu kemudian, Ana beritahu semua orang pasal aku dan Rahim. Semua orang terkejut. Dan tanya aku apakah itu benar. Aku hanya menjawab ya. Tidak lebih dari itu.

Mak ayah aku terlalu kecewa. Aku tahu. Walaupun mereka tidak menanyakan hal itu kepada aku. Aku juga malu. Aku berasa mahu melarikan diri. Tapi aku hanya berumur 12 tahun. Aku tak mampu berbuat apa2.

Isteri Rahim menggunakan aku sebagai alasan untuk meminta cerai dari Rahim. Sejak itu aku tak pernah lagi berjumpa dengan Rahim kerana dia telah pulang kepada pangkuan keluarganya di Selatan tanah air. Dan sejak itu aku dipandang serong oleh ibu dan bapa saudara semua. Aku malu.

Sekarang umurku mencapai 30 tahun. Perkara ini masih menghantui diriku. Dan mereka tetap menuduhku sebagai perampas.. padahal aku baru berumur 12 tahun masa tu.

Nasihat aku, perhatikan anak2 anda. Jangan jadi mangsa. Sebaik mana manusia, harus ada waspada..

Pada umur 30 tahun ni sekali lagi aku di cop perampas. Walhal aku tak pernah merampas pun.. aku akan confess lagi kalau ade yan nak dengsr luahan aku..

Maaf andai penulisan aku tak bagus..

– Nur Atiqah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *