Perang Tabuk: Yang Dikorbankan Adalah Hati, Bukan Material

Assalamualaikum.. kali ni aku nak cerita tentang perang tabuk. Aku rasa tertarik untuk cerita pasal perang tabuk sebab aku ada terbaca satu post dari ukhti tentang 3 orang yang ditangguhkan taubat. Best sangat baca kisah tu. Dan kisah tu adalah rentetan dari kisah perang tabuk.

Cerita Perang Tabuk ni panjang sangat, sesuai dengan perjalanannya yang sangat sangat panjang. Dari Madinah ke Rom (Byzantine). Cuba korang google berapa lama perjalanan. Zaman dulu-dulu takde flight ye. Diorang jalan kaki atau pada yang mampu, naik unta dan kuda.

Mungkin penulisan kali ini agak panjang berbanding yang sebelum ini.

Okay.. korang tahu tak Perang Tabuk ini adalah rentetan dari Perang Mu’tah. Perang Mu’tah yang mana ek? Alaa.. ingat tak yang ada 3 orang panglima perang..selepas panglima pertama (Zaid Bin Harithah) gugur, lalu disambut oleh panglima seterusnya iaitu Ja’far bin Abi Thalib.

Kemudian bila Ja’far gugur, panji islam disambut Abdullah ibn Rawahah. Apabila panglima ketiga juga turut syahid, akhir sekali panji islam disambut Khalid bin Al Walid. Kemudian, Islam telah melakar kemenangan. Jadi apa kena mengena perang Mu’tah dengan Perang Tabuk?

Bila Islam menang, pihak Rom tak senang duduk. Sebab dia takut, orang Islam ni nak serang lagi Rom sebab dia dah pernah menang kan? So tak mustahil Islam akan pergi tawan Rom. Hmm, kenapa tiba-tiba jadi islam pergi serang Rom masa perang Mu’tah?

Sebab, selepas kita mencapai Pembukaan Kota Mekah, Islam mula tersebar luar. Jadi Rasulullah mula menghantar utusan untuk ke tempat lain. Just untuk sampaikan Islam. Tetapi, bila duta Islam dihantar ke Rom, apa diorang buat? Duta islam tu dibunuh.

Rasulullah hantar satu angkatan sariyah (sariyah adalah perang yang Rasulullah tak turut serta) yang diketuai Zaid Bin Harithah untuk tuntut bela.

Hmm, masa ni aku fikir, seorang je orang islam yang dibunuh, itu pun Rasulullah hantar pergi tuntut bela. Tapi beratus-ratus saudara kita kat Palestine dibunuh, aku rasa mcm aku bole tutup mata lagi and bole hidup dengan tenang lagi. Astaghfirullah..my bad

Ok bila Rom dah kalah.. dia tak nak orang Islam senang duduk. So dia buat keputusan nak serang madinah. Madinah tu, the capital city of Islam. Pusat pentadbiran. Kalau diorang sampai masuk dalam Madinah, maka Islam akan hancur. Itu yang Rasulullah fikir (Source : alRaheeq alMakhtum).

Satu lagi sebab kenapa Rasulullah tak nak orang Rom datang ke Madinah, sebab adanya golongan munafik di Madinah. Dan diorang dah berpakat, kalau Rom datang mereka akan tikam orang Islam dari belakang dan Rom akan serang dari hadapan. Scarry kan? Orang munafik kat madinah masa ni sangat menggoncangkan hati umat Islam

Dalam sirah tu cakap, kalau bunyi benda kuat sikit, atau bunyi orang ketuk pintu rumah pun, diorang akan cepat-cepat tanya “Orang Rom dah sampai ke?”. Siang malam Rasulullah fikir macam mana. Satu lagi penambah perisa ujian masa tu, ianya berlaku masa musim kemarau, binatang ternakan banyak mati sebab takde air, cuma kebun buah je yang menjadi and berbuah lebat.

Aku pendekkan cerita ye.. Nak full boleh baca buku.. lagi best..

Jadi Rasulullah pun buat keputusan untuk kita serang Rom. Ye, Rasulullah tahu time tu kemarau, kita pun tak sesuai nak pergi ramai-ramai kat rom sebab perlukan belanja yang besar. Rasulullah tahu semua tu. Tapi, keputusan untuk ke Rom itu lebih baik. Ramai sangat ke yang nak pergi?

Yes, sebab anggaran tentera Rom adalah 40,000 orang. Dan total tentera Islam yang turut serta ialah 30,000 orang. Bayangkan, kalau satu sekolah tu ada 1000 orang murid, jadi tentera adalah sebanyak 30 buah sekolah. Mahal tak belanja?

Apabila keputusan Rasulullah dah muktamad, maka Rasulullah pun umumkan bahawa, bersiap siagalah semua yang di Madinah dan Makkah, kita akan pergi berperang ke Rom.

Nak tahu tak, ini adalah perang pertama yang Rasulullah cakap kat mana kita nak pergi berperang . Sebab perlukan persiapan yang besar. Selain dari itu, semua tentera cuma tahu tempat berperang setelah sampai kat tempat itu je (Strategi Rasulullah ni penting sangat).

Masa ni, Kaum muslimin pun berlumba-lumba melengkapkan persiapan perang. Berduyun-duyun kabilah arab yang datang untuk memenuhi seruan perang. Tak ada yang nak tertinggal dari seruan jihad ini melainkan orang yang ‘sakit’ hatinya dan orang fakir miskin.

Ada golongan fakir miskin datang dan merayu-rayu supaya Rasulullah benarkan dia ikut berperang. Tapi Rasulullah jawab, “Aku tidak ada sesuatu yang boleh membawa kamu semua”.

Maka mereka beredar dari situ dengan muka berlinangan air mata, berdukacita kerana tidak dapat turut serta dan ketiadaan sesuatu untuk membiayai peperangan. Sedih sangat. Saat ni, turun ayat al-Quran,

“Tidak ada padaku kenderaan yang hendak ku berikan untuk membawa kamu, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih mereka tidak mempunyai sesuatu pun yang hendak mereka belanjakan untuk pergi berjihad pada jalan Allah “. (al-Taubah: 92)

Sampai macam tu sekali diorang nak ikut serta. Padahal diorang tahu yang kita nak pergi serang ni Rom, bukan calang-calang. Rom pada zaman ni, ibarat Amerika zaman sekarang. Kuasa dia sangat besar.

Di dalam perlumbaan kaum muslim membiayai peperangan, Uthman bin Affan pun datang ke hadapan dengan pakej yang tersendiri, dah biasa dengan Uthman ni kaya kan? Tapi korang pernah tak rasa amaze dengan kaya dia sebanyak yang korang amaze dengan harta founder2 bisnes kat Malaysia ni? Apa yang Uthman bawak untuk Rasulullah?

1. 200 ekor unta yang sarat dengan muatan.. alaa unta je.. hello, unta ni adalah kenderaan zaman dulu taw. Orang yang ada unta dengan kuda ni ibarat orang yang ada kereta zaman sekarang. Ibarat 200 biji kereta yang disumbangkan. Okay fine la kalau unta tak semahal kereta, mungkin boleh tengok harga unta. Kalau sekarang harga unta RM3500 seekor, kalau 200 ekor, RM700,000.

2. Dua ratus auqiyah (nilai 1 auqiyah = 119 gram, tapi Uthman punya disamakan dengan nilai 119 gram emas) makanan diserahkan kepada Rasulullah sebagai sedekah.

3. Tapi nak tampung 30,000 orang ni ramai kan? Jadi Uthman membawa seratus ekor unta yang lain, kemudian dia membawa seribu dinar yang dicurahnya ke dalam riba Rasulullah (s.a.w).

Rasulullah (s.a.w) segera menerimanya sambil bersabda:

“Uthman tidak akan binasa selepas ini, lantaran apa yang beliau lakukan itu”. Selepas itu beliau memberi lagi sedekah dan bersedekah lagi, hingga sedekahnya sahaja menjadi sembilan ratus (900) ekor unta dan seratus (100) ekor kuda, selain dari wang.

Tapi bukan Uthman seorang je yang kaya. Kita ada Abdul Rahman bin Auf. Abdul Rahman bin Auf telah membawa dua ratus Auqiyah perak sementara Abu Bakr pula membawa kesemua harta miliknya tanpa meninggal apa-apa pun untuk keluarganya selain daripada Allah. (this is applicable dengan izin Rasulullah ye.. ada sahabat yang Rasulullah tak bagi serah semua harta, jadi jangan guna peristiwa ni untuk tinggalkan anak isteri dalam keadaan papa kedana ye).

Manakala Umar membawa separuh dari hartanya, al-Abbas membawa banyak sekali dari hartanya, Talhah dan Saad Ibnu Ubbadah dan Muhammad bin Maslamah, semua mereka membawa harta masing-masing. Asim bin ‘Adi membawa sembilan puluh ekor unta yang sarat dengan muatan buah tamar.

Ramai sangat yang datang untuk sedekah. Dan tidak tertinggal kaum wanita? Apa kaum wanita bagi? Cincin dan perhiasan emas. Mashaa Allah, sucinya hati mereka dari terikat dengan perhiasan dunia. Tak mudah ye nak serahkan benda yang kita sayang.

Apa aku nak ‘stress’ dekat sini, orang islam masa ni, sumbangan dia tak dapat ditandingi. Dia menyumbang sehingga tiada apa-apa untuk diri sendiri. Semua untuk Islam semata-mata. Reflect untuk diri kita sendiri, kita bersedekah, tetapi harta kita tidak pernah luak dengan sedekah tu.

Mungkin aset kita ada 2 juta, tapi sedekah kita RM20,000. Di mata kita macam dah cukup banyak la tu. Tapi tak sama dengan sedekah sahabat. Sedekah sahabat, dia jelas harta yang di infak untuk apa. Dia nampak matlamat yang Islam yang perlu dicapai. Sebab tu dia sampai nak bagi semua.

Abu Bakar bin As siddiq, dia punya banyak bersedekah tu, sehingga pada perang tabuk, dia cuma bagi 4000 dirham sahaja. Dan 4000 dirham tu adalah baki harta yang ada pada diri dia lepas dia dah banyak infaq untuk islam sebelum Perang Tabuk.

Siti Khadijah, dia infaq harta dia sehingga tiada lagi harta yang ada pada diri dia. Dan dia pun cakap kat Rasulullah ,”Andai tulang belulang aku ini ada harga, engkau juallah. Dan wang itu, sedekah kan pada agama Allah”.

Mus’ab bin Umair, di akhir hayatnya, tidak mampu nak beli kain kafan yang menutupi badannya pun. Bila ditarik ke atas, nampak kakinya, bila ditarik kebawah, nampak kepalanya. Mus’ab ni, orang kaya taw. Dia ada jenama perfume sendiri. Kalau zaman sekarang yang ada brand sendiri, bukan ke diorang kaya raya? Macam tu lah Mus’ab.

Hebatnya para sahabat, tiada tandingan. Sekarang aku tengok dekat Malaysia ramai sangat founder yang kaya-raya. Tapi masih ada orang islam yang kebulur, yang tidur di bawah jambatan, yang terpaksa makan dari tong sampah.

Sekarang ramai yang apabila ditanya kenapa nak kaya? Sebab nak tolong orang islam. Tapi pertolongannya pada aku, tak sehebat sahabat. Memang la susah nak jadi macam sahabat. That’s why diorang dijanjikan syurga.

Bukan founder2 je, tapi kita sendiri. Duit kita banyak je. Duit kita sampai kena ‘income tax’, gelang cincin kita sampai berbakul-bakul. Suka untuk aku ingatkan kepada diri aku sndiri jugak, semua harta itu akan dihisab. Even pinggan mangkuk. Kalau tak guna, tak datangkan hasil, maka ia akan dihisab.

So korang, jom kita saring harta kita. Korang ada laptop? Cari something yang boleh datangkan hasil dengan laptop. Dan duit tu akan menjana ekonomi umat Islam. Korang ada handphone? Do something with it.. sebab semua tu akan dihisab.. tak semestinya kena dapat duit. Asalkan berguna untuk ummah.

Setiap apa yang korang nak buat dalam hidup ni, buatlah. Buatlah ikut suka hati. Asalkan korang ada cukup jawapan nak jawab depan Allah nanti.

Cerita perang tabuk panjang lagi ye, hehe.. tapi sampai sini je aku tulis.. panjang-panjang nanti bosan pulak readers.

Ada dua perbezaan kita dengan sahabat,

Kita bersedekah, tapi masih kaya.
Sahabat bersedekah, hingga tiada lagi yang tersisa.

– Aisya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *