Perangai Business Startup Memang Macam Ini Ke?

Pengenalan pendek, aku Mia. Cerita aku nak share kali ni hasil daripada pengalaman aku aku sebagai pekerja dalam company/business start-up.

Yang pernah ada pengalaman kerja dengan business start-up ni harap boleh share pandangan dan pengalaman masing-masing dekat komen.

Untuk bos-bos business start-up terutama yang terlibat dengan unsur mistik pon aku sangat mengalukan pandangan sudut dari perspektif founder/boss. (Tolong jangan campur adukkan founder-founder pantai timur, takda kene mengena).

Business start-up yang aku maksudkan adalah, seseorang individu yang menceburi bidang perniagaan bawah dari 5 tahun, mempunyai pekerja kurang daripada 5 orang, bermodalkan bawah RM50,000 atau bermula daripada zero.

Syarikat aku syarikat jual produk barang-barang rumah yang focus pada segment M40 keatas. Ini syarikat start-up di kota raya.

Memandangkan masa tu aku fresh graduate, jadi aku terima tawaran dengan semangat untuk aku dapat lebih banyak ilmu, pengalaman dan nak membangun sama-sama.

Selain aku minat bidang kerja aku dan aku minat dengan produk knowledge yang nak diberikan pada pelanggan.

Sedikit tentang Boss aku, single mother, ada 3 orang anak, Sulong, Tengah dan Bongsu. Apa kaitan anak-anak boss dengan syarikat, nanti aku kaitkan. Dari tiga-tiga anak boss ni, hanya yang Tengah sahaja berminat melibatkan diri dalam syarikat Boss.

Si Sulong tak minat katanya, minat buat business lain yang selama aku berkerja dengan boss aku ni, Si Sulong ni kerap tukar kerja dalam masa setahun, yang katanya nak buat business sendiri, ntah sampai kesudah tak jadi.

Si bongsu pula, di asrama. Si bongsu takda masalah setakat ni sebab masih bersekolah.

Awal buka syarikat, kiranya aku staff paling terawal bahagian Sales and Marketing. Kira tak lari mana pon untuk business startup.

Untuk digital kan branding syarikat ni, kira aku lah yang buat dari zero. Disebabkan mindset boss aku ni masih orang lama, jadi boss tak expose sangat dengan digital marketing.

Jadi awal-awal aku buat zero marketing, buat enggagement secara online. Akulah shoot gambar, akulah edit, akulah post, akulah buat copywriting, akulah reply, akulah layan customer.

Si Tengah aka anak boss ni, lagi banyak jawatannya. Dialah HR, dialah driver (sebab Boss takda lessen), dialah admin.

Ada seorang akauntan, akak akauntan ni la sama geng dengan aku. Senasib dalam dunia staff company startup.

Disebabkan masa awal-awal gaji aku sangat underpaid dan lewat bayar, maka aku assume company tak cukup bajet. Sebab itu aku cuba untuk mula dengan zero cost marketing.

Yang pernah buat zero cost marketing ja tahu betapa kene rajinnya kita tanpa mengira waktu untuk pastikan orang kenal kita. Iyelah, nak minta budget ads memang tak lepas. Aku mula cari pelanggan aku dari media social personal aku.

Sebab orang dah ada trust dari account media social aku dibandingkan dengan company yang baru saja bertapak. Daripada kawan-kawan lama tak notice kita, terus notice kita. “Eh Mia, niaga online ke sekarang”. Dahlah aku jarang-jarang update medsos aku. Yihh!

Dalam tahun pertama, aku cuba berjimat teruskan dengan zero cost marketing. Si tengah pon ada buat juga zero cost marketing, Jadi kami berdua sama-sama lah buat juga untuk dapat sale.

Dari pandangan aku kan, kalau business startup ini, company belum stabil lagi kan. Jadi banyak benda perlu berjimat. Dari segi expenses atau overhead, gaji majikan paling last sekali kan.

Sepanjang kerja ada beberapa perkara yang aku nak argue dengan boss aku. Aku ternampak resit salon rivvkoxura bernilai RM1k++ lepas dia buat rambut dan beli barang penjagaan rambut disana. Alasannya dia jumpa client, jadi penampilan perlu jaga.

Siapa sahaja gembira kalau jadi perkerja underpaid, mahu beli shampoo pon berkira-kira, tapi ternampak boss shopping barang rambut sampai lebih daripada gaji yang kita dapat.

Memang orang startup business kene keluar modal branding diri sampai begitu sekali ke? Kenapa tak keluar modal untuk produk marketing? Walhal time tu aku betul jimat, makan pon kira-kira budget.

Boss juga kerap bermalam dihotel hujung minggu, dengan alasan duduk dirumah panas akibat dibuat-buat orang. Ada yang pernah dengar perngalaman macam ni?

Kalau benar sekali, kenapa juga sampai hotel mahal, contoh hotel yang aku pernah tengok resit, hotel Dorsett KL, hotel Berjaya Time Square, Hotel Pavilion. Soalan secara sarkastik, jin yang dihantar tu tak masuk ke hotel mewah ke?

Dari segi supplement, memang jenis consume yang harganya lebih RM50 sebotol. Bila ada yang kata, boss mesti banyak duit sendri.

???…yang tahu sale company itu aku, Si Tengah dan akauntan. Sebab itu aku dan akauntan banyak geleng-geleng kepala. Si Tengah? Kan itu mamaknya dia. Dalam komen IIUM Confession ni Isteri sakit hati dengan mertua pon dinasihat jangan mengadu dekat suami.

Company kecik, nak meluah pon orang sama saja dengar. Secara kasar komitment boss yang kami tahu, rumah sewa 3,000 api air 1,000, kereta 800, makan minum 5 mulut 1,000.

Mesti ada yang tertanya, besar mana rumah sewa sampai 3k? Sebelum ini pon boss menyewa memang dengan nilai yang besar. Walhal yang duduk rumah tu cuma 3 orang saja. I

ni saja secara kasar yang boss pernah listkan pada kami dengan nasihat, suruh cut budget company yang aku rasa memang sebelum ni tiada budget diperuntukkan pon. Dengan sewa store dan utilities lagi.

Zero cost marketing, berapalah sangat sale untuk cover overhead lagi-lagi produk kami bukan kegunaan seharian. Aku dah discuss dengan boss, nak naikkan sale, kene buat ads, hire influencer, keluar modal lebih sikit untuk presentation product.

Inventory dan system kene ada dan perlu update supaya akan datang, ada orang baru mudah jadi rujukan. Katanya nanti, sebab duit nda ada. Padahal boss baru ja shopping baju dan barang Watson lebih RM1,000.

Aku pernah cakap dekat Si Tengah, mak dia tu kuat membazir. Suka beli barang yang tak perlu dan overbudget. Beli baju tu tak perlu, sebab di rumah saja, satu bilik penuh baju mak dia saja.

Barang-barang toileteris tu sampai expired. Macam mana kami tahu? Kadang kami kerumah boss buat kerja sambal kemas main-main dirumahnya.

Dari situ aku dengan akauntan geleng-geleng ja kalau dapat resit. Lepas kami cakap dekat Si Tengah boss kuat membazir, respon Si Tengah rasanya tak backup langsung staff company ni atau sebab dia lelaki, jadi blur-blur tak faham, atau sebab itu mak dia?

Si Tengah beritahu, biarlah mak dia nak beli apa pon, itu guna duit mak dia, duit gaji. Kalau masih dalam fasa nak kejar reward diri sampai overbudget, rasanya perlu difikirkan semula.

Soalannya, memang standard boss business startup suka overbudget untuk diri sendiri dan cut budget company?

Pernah satu hari aku ikut Boss keluar, aku ingatkan jumpa client. Rupanya singgah kedai kereta. Kereta apa Boss mahu beli? Tak tahulah.

Aku rasa takda keperluan pon. Katanya boleh bawa barang yang aku rasa tak relevan lagi pon. Nak kata family besar, pon tidak sama sekali.

Nak ambil alpad atau velpayah senang bawa barang. Paling aku tak boleh brain, boss sibuk dengan pandangan orang dengan kereta apa yang dibawanya. “Kita kalau jual barang beribu, takkan naik kereta kecil ja”

Sampai sekarang akan terngiang ngiang tiap kali aku tengok orang baru buat business tapi dah beli kereta mewah. Tak fikir kedepan mungkin.

Nak yakinkan siapa? Investor? Investor memang kene tengok kereta ke baru yakin mahu invest? Bank? Bank bukan tengok financial statement company ke?

Soalannya, memang business startup nak tunjuk business dia menjadi kene flex benda-benda macam ni ke? Walhal hanya staff dalam company saja makan hatinya macam mana tengok boss mewah tapi business planning untuk naikkan sale lambat betul nak laksanakan.

So jadi beli ke tidak? Mestilah tak jadi sebab belum layak untuk loan kereta harga tersebut. Tapi jangan risau, masih ada peluang untuk sewa kereta mewah lagi. Hihi. Jadi tak perlulah dan terpegun dengan orang bawa kereta mewah nak claim business Berjaya.

Perihal dapat duit investor RM200,000 aku terkilan. Patutlah ada satu waktu aku tengok boss aku shopping sakan. Dalam tempoh tu juga ada stok loading dalam kurang RM100,000. Mungkin nak cover overhead bulan sebelumnya juga. Tapi budget untuk marketing takda langsung.

Kadang aku guna duit sendiri untuk cost marketing (ads, minyak, tol, review etc) sebab aku nak campaign jalan, supaya ada sale. Bila ada return, baru aku claim company. Itupon lambat juga company nak bagi. Sampai aku rasa macam takda mood nak buat kerja.

Aku kerja just harap gaji saja, malas fikir sale. Tak kisah dah company untung atau rugi. Company baru, setakat staff bawah 5 orang, overhead company, sakit sihat company, mesti tahu juga.

Sebenarnya ada banyak lagi isu dalam company startup ini. Aku just anggap lain business startup, lain ujiannya. Bila aku baca banyak saja boss startup yang korbankan jiwa raga untuk bangunkan company, aku jadi ralat dengan boss aku ni.

Dari segi pengurusan kewangan dalam syarikat sahaja, aku rasa macam ada ketirisan atas beberapa factor dari segi pemerhatian pekerja biasa yang mengharapkan company membangun iaitu cara perbelanjaan seharian Boss dan Si Tengah.

Mungkin ada perkara yang sebaliknya kami tak tahu, mungkin Boss ada duit banyak bawah bantal ka atau petik daun jadi emas ka. Siapa tahu kan. Hihi..

Untuk startup business, nasihat dari bekas pekerja startup company kepada bakal majikan. Peruntukan lah 60% dari modal itu kepada digital marketing.

Standard ya untuk business startup, majikan tak ambil gaji dalam kurang 3 tahun pertama. Itu Namanya korban untuk company sendiri. Jangan rompak duit syarikat (beli keperluan anak sekolah, bayar duit spa, pergi holiday) walhal kebajikan staff sangat tak terurus.

Belajar betul-betul pengurusan syarikat, apa kewajipan yang majikan wajib sediakan pada staff (epf dan socso tu wajib. Bagi makan tengahhri tak wajib. Jangan claim sebab dah provide bilik free, majikan boleh tolak socso staff).

Ouh apa kaitan dengan Si Sulong? Secara general. Sekuat mana usaha kita untuk naikkan company, buat sale, akhirnya yang dapat hasil adalah anak Boss Si Sulong yang takda kontribusi langsung dalam syarikat. Hasil apa? Kalau travel pasti yang dibawa Si Sulong sekali.

Mungkin Si Sulong tolong jaga rumah? Tidak sama sekali, semua staff rasanya tahu walau dirumah, memang Si Tengah juga yang selesaikan tugas dirumah. Bukan Si Sulong.

Kalau ada yang komen kami sebagai staff cemburu, sebenarnya mungkin lebih kepada tidak puas hati. Bila minta libatkan diri katanya tak minat. Tapi bila dah ada hasil, elok pula munculkan diri tumpang tuai hasil orang.

Apa jadi pada company tu? Ntahlah, 5 tahun berlalu… tiba-tiba terserempak dengan akak akauntan kita siang tadi, itu saja mengimbau dan terus menulis.

Kami masing-masing bawa diri lepas akak akauntan resign, saya bertahan dalam setahun dengan company, sikap masih sama, tiada perubahan jadi aku pon angkat kaki lagi-lagi bila terngiang ayat “staf boleh cari lain, anak tak boleh cari ganti”.

Untuk adik-adik yang baru nak kerja, jangan takut atau tolak terus kerja dengan company baru/startup business. Mungkin rezeki adik-adik ditemukan orang yang berusaha dan disiplin membangunkan syarikat sampai berjaya satu hari.

Ramai saja yang bersama syarikat dari kosong sampai berjaya. Nak jadi macam cerita Itaewon Class tu, wujud ja dengan semangat dan boss yang dedikasi.

Mia nak baca pengalaman dan pendapat bukan, bukan kecaman dari orang-orang yang tak pernah terlibat dengan startup business dan staff dalam syarikat baru. Terima kasih baca.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *