Pernah tak korang terfikir kenapa novel melayu dari dulu sampai sekarang langsung tak ada perubahan and asyik cerita benda yang sama? Haaa… ini jawapannya.
Assalamualaikum dan hai. Aku Mia. Berumur 22 tahun dan aku merupakan seorang pembaca tegar novel-novel tak kira yang tempatan atau luar negara. Semua aku balun. Mula membaca novel masa umur aku 13 tahun.
Seriously disebabkan aku gila sangat dengan novel, aku pun add la novelis-novelis kat facebook dan follow di IG.
Apa yang aku nak ceritakan ni mungkin bukan semua penulis perangai macam ni. Mungkin sebahagian je. Aku akui ada je yang bagus.
Walaupun sebahagian je yang perangai teruk macam yang akan aku ceritakan ni, aku tetap kecewa sebab tak ada tempat nak meluah.
Sebabnya, aku pernah try luah benda ni kat account fb aku. Akibatnya, para novelis beramai-ramai mengecam aku dan diorang hidup di dalam denial kononnya diorang suci dan tak pernah buat salah.
Jadinya… nilah makan dia ya. Akan kuburaikan semuanya kat tempat awam macam ni. Nasib koranglah.
Selaku pembaca, aku memang teringon la nak tengok novel-novel malaysia ni pergi jauh. Contohnya, diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing.
Atau sekurang-kurangnya, istilah ‘drama pukul 7’ tak dipandang rendah oleh netizen. Well… semua maklum, kan. Drama pukul 7 sangat sinonim dikenali sebagai drama adaptasi novel.
Bila sebut je drama pukul 7, automatik kita semua terbayang pasal kisah kahwin paksa…
Kisah ala-ala cinderella…
Kisah doktor tapi langsung tak ada scene bedah pesakit…
Kisah mak mertua dera menantu…
Kisah kahwin dengan perog0l diri sendiri…
Kisah suami kaki pukul tapi di hujung cerita si isteri senang-senang gi maafkan suami dia gitu je…
Etc.
Tak pernah ada lagi aku jumpa novel yang kisahnya yang betul-betul bertamadun. Atau sekurang-kurangnya level drama korea, hollywood atau drama jepun sekalipun.
Sorry intro aku agak meleret and penceritaan aku pun sangat berterabur. Ini first confession aku kat sini.
Aku sebagai pembaca, aku makin lama makin muak dengan cerita-cerita yang macam ni. Kalau boleh, teringin sangat aku baca novel yang bagi value positif untuk pembaca.
Yang ada pun cumalah Ramlee Awang Murshid dengan Hlovate.
And sebagai peminat fanatik dunia novel, aku pun banyak kali la dengar orang awam komen sama macam apa yang aku katakan ni.
Orang awam yang sama macam aku, yang nakkan perubahan positif dalam karya-karya tempatan ni semua.
Tapi korang tahu tak apa respons penulis malaysia ni bila dikritik macam ni?
Jawapan tipikal diorang,
“Kalau tak suka, jangan baca! Pi baca alquran sana!”
“Kalau rasa novel kitorang ni teruk sangat, apa kata kau sendiri yang tulis novel?”
Senang, kan? So bila dah muak gila dengan perangai diva diorang ni, aku pun semakin kuranglah membaca novel-novel tempatan…
Aku beralih arah pada novel-novel indonesia. Seriously, first time aku baca novel indon, aku terkejut gila. Novel indonesia jauh lebih maju kut daripada novel orang kita ni. Sangat maju pemikirannya.
Aku dengan lecturer aku siap bukak gelanggang lagi duk membanding-bandingkan novel tempatan dengan novel-novel indon.
Aku rasa ramai lagi pembaca yang sama beralih arah macam apa yang aku buat ni.
Hasilnya? Makin banyaklah kedai-kedai buku yang terpaksa ditutup…
Gedung MPH terutamanya.
Bahkan ada juga publisher novel yang dulunya bukan main ada nama besar, tapi sekarang gulung tikar jugak disebabkan kurangnya sambutan pembaca. Pembaca dah lari. Siapa yang rugi? Haaa… tu jawab sendiri ya kak2 novelis sekalian.
Bila dah jadi macam ni, barulah beramai-ramai novelis mengeluh tak puas hati. Diorang tuduh industri novel lucah. Diorang kata pembaca sekarang semuanya sibuk baca novel lucah, sampai novel diorang tak laku. See? Bayangkan ajelah mentaliti diorang ni.
Diorang jugak kononnya risau. Takut lama-lama nanti makin suram industri novel kat malaysia ni. Padahal kritikan pembaca, diorang tak nak terima. Siapa suruh. Memang padan mukalah.
Itu baru satu perangai novelis malaysia ni.
Satu lagi, pasal pre order.
Untuk pengetahuan korang yang mungkin tak biasa dengan dunia novel ni, sekarang ni dah banyak penulis novel yang terbitkan sendiri karya diorang.
Diorang akan buka satu tempoh untuk pre order novel diorang ni dan customer pun akan bayar mengikut berapa harga buku tu. And biasanya harga tu jauh lebih mahal daripada harga buku biasa.
Biasanya waktu pre order dibuka, novel tu belum siap ditulis lagi. Penulis janji yang sekian-sekian tarikh ni nanti novel akan siap dan diposkan pada customer.
Yang jadi masalahnya, ramai novelis yang mungkir janji. Berbulan-bulan lepas tarikh yang dijanjikan, novel still belum siap. Kita yang customer ni, mesti la kita tertanya-tanya kan. Duit dah bayar tapi barang tak sampai-sampai.
Bila kita try tanya dia, dia dengan barannya gi kecohkan benda tu kat umum. Ajak geng-geng penulis hentam kita. Kita pun sampai jadi macam… “watta F?!”
Teruknya mentaliti diorang ni. Kalau sorang dua je atau baru sekali dua benda ni jadi, tak apalah lagi. Boleh lagi dimaafkan. Ini, boleh kata setiap kali. Diorang ingat kita ni pengemis ke apa ek?
Diorang ni jugak cuma berbaik dengan reader yang kaki ampu and kaki kipas. Dengan reader yang tak pandai mengampu, diorang menyombong.
Pastu diorang pun cipta la macam-macam alasan kenapa novel belum siap. Sakit la itu la ini la. Mintak simpati. Padahal bila diselidik, rupa-rupanya pegi bercuti kat korea. Guna duit pre order tu tadi. Ya ampun!
Yang lagi teruknya diorang ni, dah la novel pre order yang sedia ada ni pun belum siap. Boleh plak diorang bukak pre order baru untuk tajuk yang lagi baru punya. Next novel la kiranya.
Benda ketiga yang aku sakit hati sangat dengan penulis novel kat malaysia ni, diorang ni jenis kuat mendiva.
Kita yang pembaca ni, tak boleh silap sikit. Apatah lagi kalau kita komen pasal novel diorang. Padahal kita komen tu dah siap secara personal lagi. PM or DM diorang. Nak jaga air muka diorang punya pasal.
Tapi diorang gi ss chat kita tu. Pastu jaja citer merata-rata. Sama jugak macam tadi, diorang ajak geng-geng diorang hentam kita. Allahu… aku tak tahulah diorang no anak keturunan bidadari syurga mana. Langsung tak boleh ditegur.
Aku rasa, itu pasal la novel-novel malaysia ni tak berkembang. Dari zaman 90-an dulu, sampai la sekarang. Sama je jalan citer. Just tukar-tukar nama watak dengan tempat. Seolah-olah dari template yang sama je cerita tu.
Tapi aku takleh nak suruh diorang upgrade penulisan diorang. Kang diorang agak geng mak jemah kecam aku.
Kalau korang tak caya, tengok ajelah kat confession aku ni nanti. Yang berbondong-bondong and dengan emosional duk defend diri adalah para novelis. Kau tengok ajelah.
Sekian.
– Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit