Perangai Si Nombor Dua

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin, kalau admin siarkan luahan Acik ni. Acik ni anak2 jauh, suami dah tak ada. Umur dah lanjut. Acik keje sebagai pembantu rumah untuk satu keluarga dekat KL, jangan kome ngutuk pulak anak Acik tak anta duit ke Acik… deme anta duit.. cuma Acik keje ni sebab dah lama berkhidmat dengan majikan Acik.. lagipun Acik nak hilangkan bosan je… Heehee.

Acik nak bukak cerita ni… Moga2 jadi pengajaranlah pada warga laman sosial di luar sana… Acik nak bukak cerita, tapi bukan pasal anak-anak Acik.. tapi pasal anak-anak majikan Acik.. Acik keje dengan keluarga ni dah lama sangat. Dekat 30 tahun. Alhamdulillah benefit lebih daripada keje gomen.. tiap 5 tahun diantonye Acik buat umrah… Acik pun dah 2 kali dianta ke haji.. Alhamdulillah majikan Acik ni baik bebenor.. Majikan Acik ni memang sebaik-baik majikan.. solat tak tinggal, kebajikan Acik dijaga, semua pakai makan cukup, cuti Acik pun majikan bagi tiap-tiap minggu. Tapi yelah kan.. dalam kesempurnaan mesti ada sikit cela..

Majikan Acik ni anaknya ada 4. Tiga perempuan, seorang lelaki. Yang nombor tiga lelaki, lain-lain gegirl. Sejujurnya Acik tak ada masalah dengan anak-anak majikan. Semua ok dengan Acik. Cuma Acik tengok karakter sorang-sorang anak majikan, ada lah sorang ni yang buat Acik nak berkicau di sini.

Angah. Ya.. yang nombor dua. Selama ni Acik tak pernah banding-bandingkan sesiapa. Tapi lepas Acik tengok anak majikan yang nombor dua ni banyak kali sangat dah bercakap biadap dengan mak ayah, Acik mula buat analisis sendiri sambil-sambil potong bawang kat dapur.

Yang sulung si perempuan, dah kahwin anak sorang. Sejujurnya dia anak yang Acik rasa x buat mak ayah pening kepala. Berdikarilah senang cerita. Kepimpinan tinggi dan sangat dominan dalam keluarga. Sekali dia sound adik-adik, dengan Acik-Acik sekali nak terkincit. Tapi sifat adil dia sangat tinggi. Dia tak kan dengar sebelah pihak. Jadi bila ada sesiapa yang bergaduh dalam rumah, mesti semua sibuk cari si sulung ni, nak bercerita. Tak suka menyusahkan mak ayah. Acik tak penah nampak si sulung ni meminjam dengan mak ayah. Siap dihulur ke mak ayah, adik2 lagi. Sangat protective kat mak dia. Dengan Acik sekali.

Pernah pegi pasar, ada orang terlanggar Acik sampai Acik tergolek, dicekaknya baju orang tu sampai nak bertumbuk, dia paksa orang tu mintak maaf dengan Acik sampai. Kecoh pasar. Si sulung ni perempuan yang ada kerja, tapi gaji taklah tinggi mana. Walaupun dia perempuan, lepas kahwin, tanggungjawab dia tak tinggal. Alhamdulillah senang hati mak ayah dia. Balik jenguk mak ayah, boleh dikatakan lima kali seminggu. Siang dia kerja, malam dia muncullah sekejap, jumpa mak ayah. Balik bawak cucu, seronoklah mak dengan ayah main dengan cucu. Acik pun tumpang lah sekali. Cucu sendiri duduk jauh, Acik gentel jelah cucu orang, huhu.

Tapi yang nombor dua. Acik pun tak tahu nak mula dari mana. Nak tegur perangai, Acik ni orang gaji je. Aduhh.. Bila mak tanya elok-elok, dijawab cara biadap. Dengan adik-adik, dengan si kakak, sibuk mendengki. Si angah ni tak boleh tengok si kakak beli barang rumah, sibuklah dia berangan itu dan ini. Padahal si kakak tu dah kahwin, duduk rumah sendiri, seronoklah menghias rumah. Si nombor dua yang duduk berangan ni, hidup pun tumpang mak ayah lagi. Kahwin pun belum lagi. Jagalah hati mak ayah dulu, tunaikan dulu tanggungjawab. Si angah ni kalau hendak ke mana-mana, semua mengharapkan orang untuk belanja. Belanja baju, belanja makan. Belanja hotel, belanja barang. Aduh.. Acik tengok pun pening. Sedangkan si sulung tu sebelum kahwin, elok je keluar belanja sendiri untuk bantu keluarga, ajak keluar makan sama-sama dan sebagainya.

Mungkin ada yang cakap, faktor gaji yang berbeza. Tapi Acik peliklah. Duduk dengan mak ayah, bil telefon si ayah bayarkan, kereta pakai mak punya, tempat berteduh tumpang rumah keluarga. Makan pun Acik yang masak tiap-tiap hari bawak bekal. Apa lagi tak cukup? RM2500++ tak kan tak cukup untuk sedekah (sikit) pada mak ayah sendiri? Iphone boleh beli… Tapi dengan keluarga Acik tengok dia berkira sangat. Geram pulak Acik. Kat sini Acik nak bagi sikit point… peringatan untuk semua, dan diri Acik juga.. Pertama sekali.. ukur baju di badan sendiri.. bila tak mampu, usah mengharapkan poket orang untuk tunaikan apa yang kita mahu. Kedua, bersedekahlah kepada kedua ibu bapa.. nescaya pintu rezeki lebih luas daripada apa yang kita pinta. Lagi kita kedekut, lagi sempit rezeki kita Allah buat. Acik kenal keluarga ni dah terlalu lama. Masa si sulung dulu mula-mula kerja, gaji dia lagi kecik dari gaji si angah sekarang. Tapi ya Tuhan berkiranya.. Acik pun geleng kepala tengok perangai dia.

Jadi kat sini Acik nak buka nasihat pada semua. Nak ambik tak nak ambik, terpulang ya anak-anak.

Pertama sekali, malu. Dalam diri kita wajib ada rasa malu. Malulah pada ibu ayah kita yang selama ni tak pernah berkira membesarkan kita. Bila dah besar ni, balas lah walaupun sikit budi dan bakti ibu ayah. Tak mampu dengan wang ringgit? Cukuplah dengan jadi anak yang hormat ibu bapa, jaga kebajikan ibu ayah.

Kedua, jangan harap semua nak free. Setahu Acik deme plan nak ke UK bulan depan, tapi si angah ni, maaf cakaplah, Acik rasa mengada-ngada sangat. Tiket kapal terbang tak nak bayar, bilik hotel sendiri, transport, tak nak bayar, semua mintak mak ayah tanggung dengan alasan dia di bawah tanggungan ibu ayah (sebab belum kahwin). Acik rasa alasan itu tersangatlah kurang akal. Lebih tepat lagi, sangat bodoh. Bila si ayah mintak sedikit ehsan, untuk bayar kos percutian dia sahaja (sebab si ayah perlu tanggung mak dan adik nombor tiga dan empat), dia mula buat muka, hempas itu dan ini, hentak kaki dan sebagainya. Perilaku yang melukakan hati ibu dan ayah. Si sulung tu dah jeling-jeling masa tu. Acik dah lari awal-awal ke dapur, takut kena petirr pulak dengan si sulung tu. Sudahnya, Acik dengar suara halilintar si sulung, dia mintak si angah tinggal kat malaysia. Tak perlu ikut bercuti kalau nak rosakkan mood semua orang, katanya.

Ketiga, sebagai mak ayah, kita didik anak-anak kita sama rata. Jangan bezakan yang sulung, nombor dua, nombor tiga dan seterusnya. Tak ada layanan istimewa ke atas anak tertentu. Jadilah ibu dan bapa yang adil. Si sulung tu membesar dengan memikul kesalahan yang dilakukan adik-adik. Bila adik-adik buat salah, dia yang dihukum. Jadi dia terdidik sempurna. Paling boleh diharap, paling bertanggungjawab. Apa jadi pada adik-adik yang lain? Mereka kurang tanggungjawab. Kurang empati. Kurang sensitif, kurang peka. Bila anak buat salah, berikan pengajaran pada yang bersalah. Elakkan juga hukum anak di depan anak-anak lain. Jadilah ibu bapa yang bijak. Layanan kita membentuk peribadi mereka pada masa akan datang. Sekian dari Acik.

– Acik bibik

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *