Perasaan Yang Tak Pernah Hilang

Saya cuba terbaik untuk susun ayat supaya tak semua senang faham. Hahaha sebab saya tak reti sangat nak type ni.

Ok baiklah saya nak cerita tentang pengalaman saya, waktu saya belajar dulu time degree. Waktu tu saya ada berkenan dekat sorang lelaki ni saya namakan dia Ali.

Saya berkenan sangat2 tapi saya tak berani nak approach dia, maklumlah saya kan perempuan. Saya simpan perasaan saya habis satu semester saya beranikan diri contact dia.

Awalnya tu saya contact sebab acah2 nak tanya assignment je, lepastu dia pun jenis melayan and cakap banyak. Then saya pun happy la. Fyi, saya berani approach tu sebab classmate saya semua yakinkan saya yang dia memang single.

Saya pendekkan cerita eh, bila dah dalam sebulan gitu kot berkawan, saya beranikan diri untuk confess kat dia. Masa ni actually saya dah tau dia taken sebab before tu ada kantoi. Saya confess sebab nak legakan hati saya je tapi lain pulak jadi.

Sabar dulu jangan marah lagi. Saya ingatkan nak end situ je tapi dia pulak kemain baik layan saya dan makin lama makin baik hubungan saya dengan dia. Dah mula bersayang2 loveyou2 bagai pula.

Saya pun waktu tu hanyut macamtu je dan saya seakan lupa dia bf orang. Allahu. Jujur saya cakap, saya dilayan ikut rentak dia.  Dia sangat dry tapi saya suka sebab dia sangat softspoken.

Benda tu buat saya rasa attach sangat dengan dia and saya rasa no one can replace him. Dia layan saya teruk dan saya boleh kata banyak sedih la sebenarnya. Tapi sebab sayang dan bodoh kan, saya proceed je.

Kami pernah keluar beberapa kali acah2 dating gitu dan lunch sama2 and so on. Tapi serius saya cakap dia sangat dry dengan saya dan layan saya hanya ikut rentak dia. Saya mula rasa pressure dan sedih jadi saya cuba beberapa kali untuk make a move.

Sejujurnya saya pernah delete no dia, tak contact dia berbulan2. Berkali2 ye saya buat benda tu tapi still gagal.

Saya taktau kenapa susah betul nak buang perasaan ni even di layan saya cam hapee. Saya kadang marah jugak kenapa Allah tak buang2 perasaan ni, dia tak tau ke saya seksa.

Dipendekkan cerita almost 2 tahun juga saya keep in touch dengan dia dan dalam tempoh 2 tahun tu boleh kata 10 hari je hari yang betul2 saya bahagia. Saya seksa dan sakit sangat. Tapi saya tak boleh buat apa sebab dia bf orang. Saya ikut rentak dia jela semata2.

Dia layan ke tak layan saya kena faham dan akur dia ada hati lain nak di jaga. Tbh saya banyak kali mengadu dekat dia nak move on and so on dan dia pun sebenarnya kesian dekat saya sebab dia tahu saya sangat sayangkan dia.

Pada masa yang sama dia tak boleh nak balas cinta saya. Kami berdua hanya follow the flow dan sakit itu saya hadap jela. Saya boleh cakap dia sangat sayang gf dia dan apa pun gf dia adalah keutamaan. Dia layan saya mungkin sebab dia kesian je.

Saya penat dan tak tahu nak buat macam mana. Saya pernah jauhkan diri tak contact berbulan2, endup saya patah balik. Saya pernah block dia pastu unblock balik.

Saya pun penah mintak dia block saya supaya saya takde cara untuk contact dia, dia enggan. Saya tau, dia tak nak buat sebab dia sangat kesian dengan saya.

Saya hilang arah, berkali2 cuba dan gagal. Saya come out dengan idea yang sangat2 saya benci iaitu saya bagitau gf Ali yang Ali curang.

Saya menangis fikir betul ke apa saya buat sebab saya sangat takut Ali bencikan saya. Saya memang dah janji dengan diri saya apa2 sakit kecewa pun saya akan hadap sebab saya tak sanggup untuk dibenci oleh Ali.

Kalau ikutkan saya boleh je rosakkan hubungan mereka dari awal sebab banyak bukti2 kan. Tapi saya tak sanggup sebab saya sayang sangat Ali dan saya tak nak dibenci olehnya.

Tapi masa tu saya tekad, saya create satu fake account then saya menyamar jadi orang lain dan sampaikan yang Ali curang dan berskandal. Saya siap send gambar sebagai bukti sebab gf dia agak tak percaya.

Panjang conversation kami dan biar saya jela tahu. Saya takda niat lain melainkan saya nak Ali block then senang saya nak move on.

Saya nak gf dia pun tahu supaya gf dia boleh lagi kongkong dan kami takda cara nak contact each other. Jujur walau buat macamtu perasaan masih sama tak pernah hilang walau dah bertahun.

Fyi juga, Ali pun memang dah block saya. Bezanya dulu dengan sekarang adalah masa, namun perasaan masih sama

To ali, i tahu u takkan baca ni tapi incase one day u baca, i mintak maaf sebab buat u serabut on that day. U gaduh dengan gf u ap semua. I tahu. I mintak maaf i terpaksa.

I pun nak bahagia, tapi bahagia i bukan dengan u. I buat semua benda ni supaya i takde cara dah untuk contact u, supaya u benci i, u benci diri u yang curang dulu. Tapi sebenarnya i hanya hilang jasad u, perasaan i masih sama sampai sekarang.

I mintak maaf sangat2 dan terima kasih untuk 2 tahun sudi kawan dengan i dan i doakan semoga semua urusan u dipermudahkan..

Berbahagialah sayang, kalau ada jodoh kita insyaAllah kita jumpa balik..

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *