Perempuan dan Mekap

Perempuan dan Mekap

Assalamualaikum. Hai. Malas nak taip panjang2 tapi kalau terpanjang minta maaf awal2. Semua dah sedia maklum, perempuan mmg tak boleh lari dengan mekap. Unless muka kau dah mmg flawless semula jadi atau inject atau gi treatment beribu. Aku ni perempuan yg tak main mekap2 ni sebenarnya. Tapi, disebabkan pengaruh rakan sebaya aku dah terjebak.

Mekap ni bukan benda buruk pon. Somehow mekap ni boleh build confidence. Tu je. Dulu kulit aku agak flawless, tapi still mekap kalau tak, pucat and tak bermaya. At least tepek sikit compact powder pastu pakai lipstick/lipbalm sikit biar nampak fresh muka tu. Now, muka bersepah parut jerawat, jerawat batu plus jerawat hitam. 200% confidence level aku jatuh. Down gila2.

Puncanya, produk merkuri. Nak pulihkan memang makan masa. Lagi2 parut berlubang. Tu aku redha dah. Kalau parut hitam dia boleh pudar slow2. In the meantime, aku kena mekap. It’s a must! Kalau tak memang pucat lesi. Bila pikir2 balik, sian laki aku nanti bila tgk muka aku ni. huhu.

Ada member aku cakap, kalau dah muka tu teruk, jangan pakai apa2. Wei, aku kerja as saleswoman. Aku kena berhadapan dengan orang. No option, aku kena mekap sikit. Aku tak pkai heavy mekap pon. Serius tak tebal. And aku tak suka mekap tebal2 mcm pengantin sbb nk solat susah. Just nak tutup cela2 sikit. At least takdelah orang geli tgk muka kau. haha. Bila solat pulak, aku memang bawak telekung sendiri. Since aku tak suka pakai telekung surau sbb berbau dan basah. Even pakaian aku dah boleh bawak solat tapi aku rasa tak lengkap kalau tak pakai telekung.

Orang bermekap ni kalau bersiap memang lama. Maka bertabahlah pakwe2 yg dapat makwe2 yg bermekap tu. Atau husband2 yg bininya bermekap, huhu. Haritu aku pegi shopping singgah surau mall. Habis solat, aku cari port yg tak kacau org like hujung penjuru sbb nk duduk and mekap. Takkan kau nk conquer cermin org berebut nak pakai tudung.

Dari kejauhan tu, aku ada dengar mulut bawang ngata org2 bermekap ni haaaa…”mekap2 pon, sama je mukanya”, “kalau aku lah, malas aku nak hadap cermin lama2”, “aku tak paham apa yg dorg buat belek muka lama2?”, “daripada aku beli mekap baik aku shopping baju”,…macam2 lagi berdarah telinga aku dgr tapi buat muka selenge buat2 tak dengar. Nak je aku cakap, “hoi makcik2 akak2, aku mekap bukan pakai duit kau pon!” geram je. Tawlah muka dah flawless. Takyahla cakap macam tu. Sentap kita.

So, kalau korg dah taw muka korg flawless tu, takyahla kecam pompuan2 yg bermekap tu. Biarlah dia nak mekap pon. Aku jeles taw kalau time mekap kt surau ada yg tak mekap pon, lipat2 telekung terus sarung tudung and keluar. Tgk muka, flawless patutlah. Aku kalau dpt muka mcm tu pun ak taknak dh mekap2. Tapi macam mustahil je. Nak buat treatment tapi miskin, haha. ermm.. makanya hadap jela. kalau nak mekap silakan, kalau taknak pon silakan.

– Lemon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit