Pergi atau Teruskan?

Hai assalamualaikum semua. Terpanggil nak meluah bila ternampak IG post Irma Hasmie.

Jangan ajari seorang isteri sabar, kerana dia pernah di gunting di potong dan di jahit hidup hidup untuk memberimu gelaran seorang AYAH.

Saya kahwin tahun yang sama dengan Irma. Dan tak tahu lah kali ni rasanya saya sendiri tak boleh nak bersabar. Selalu fikir patut stay atau melangkah pergi.

Susah senang bersama tetap akan saya ingati. Cumanya sekarang ni makin lama makin tawar hati ini.

Meletusnya rasa nak pergi bilamana tahun ni anak anak 3 orang dah bersekolah.

Sebelum ni 2 orang anak mungkin tak berat sangat. Dan kali ni bila anak ada tadika pastinya akan ada tambahan komitmen bulanan.

Suami saya bekerja office hour. Kadang balik awal kadang balik lewat. Kalau lewat kebiasaan saya akan ambil anak sekolah.

Suami saya ni nampaklah sangat elok di mata keluarga. Bagi keluarga dia, dia adalah perfect Man. Tapi di rumah Allah sahaja yang tahu.

Bukanlah suami saya tidak membantu. Tapi rutin dia bangun pergi kerja balik makan tidur.

Boleh di katakan kebanyakan kerja rumah waima buang sampah, basuh baju, angkat baju semua saya lakukan sendiri. Kadang tu beli barang di pasaraya pun saya pergi tanpa dia.

Agaknya saya ni terlebih berdikari. Sebab itu jadinya dia tidak kisah saya buat semua sendiri.

Saya bukanlah mengungkit tapi saya sendiri penat nak handle sendiri. Kadang saya burn out. Saya nangis sendiri.

Tapi macam mana pun saya tetap kena buat. Mungkin pada pandangan dia saya ni duduk rumah jadi selayaknya saya buat semua itu. Entahlah.

Saya burn out sebab saya juga ada berniaga kecilan. Saya membuat makanan untuk letak di kedai. Jadinya seawal pagi jadual saya bermula.

Belum lagi masakan bekalan makanan untuk suami dan anak anak lagi. Sediakan makanan tengah hari lagi. Makan malam lagi. Mujurlah tiada minum petang.

Dari segi $$$ kadang banyak sangat kurangnya. Jadi saya sendiri akan topup dari hasil niaga saya. Alhamdulillah. Cumanya kadang saya penat saya letih.

Kadang kadang saya buat grab juga nak tampung semuanya. Tapi bagi suami. Dia cakap kerja dia dah terlalu memenatkan. Jadi tidak lah boleh buat OT atau parti time.

Ya Allah rasa nak marah nak tumbuk pun ada. Habis saya ni tidak ada rasa penat ke. Kalau dia balik tolong buat kerja tak apa.

Kadang tu pinggan makan pun terbiar di sinki. Bagi dia dia sudah penat di tempat kerja. Tidak boleh di ganggu atau di suruh.

Apa patut saya buat ya? Adakah teruskan atau macam mana. Banyak lagi kalau saya nak bagi tahu tapi itulah tak mahu buka aib.

Saya bertanya dan meluahkan sebab saya rasa saya dah nak jadi gila dah.

Sebabnya bagi saya berumah tangga semua harus bersama tapi sejak kebelakangan ni saya semua sendiri. Saya rasa murung sangat.

Saya ada baca selagi suami tak pernah tinggalkan nafkah bulanan tiada sebab kita nak cari pasal sebagai isteri tapi saya sendiri penat buat semua sendiri.

Cari duit pon saya cari, kadang tu duit saya pun dia guna. Jadi harus bagaimana lah. Kerja rumah kalau berganding bahu okay lagi, ni sendiri juga. Ya Allah bantu saya ya.

Terima kasih..

– Rahsia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *