Perihal Taat & Derhaka

Salam semua. Aku Nurul. Aku menulis luahan ni sambil menikmati suasana sibuk rakyat Jepun. Ya, aku di Jepun, membawa diri, mencapai impian.

Perihal taat. Kenapa? Ya, aku bekas isteri orang. Kenapa bekas?

Aku dan H dah berkahwin selama 8 tahun. Dikurniakan seorang babygirl. Masa aku bergelar isteri, ada satu perkara yang aku tak pandai buat.

Aku tak pernah membebel dekat suami, apatah lagi bercakap marah-marah. Semua lembut je. Bila geram, marah, semuanya aku cuba untuk bercakap dengan elok dan tenang.

Personaliti aku tenang tapi dalam kepala aku bising sangat. Aku memang individu yang tak pandai membebel dekat suami. Apatah lagi nak mengamuk. Jadi bila aku marah, aku diam sahaja.

Kalau dekat anak tu biasalah. Aku ibu yang garang juga kata anakku.

Selepas menginjak tahun ketujuh perkahwinan, husband aku dapat pekerjaan baru. Syarikat dia ada culture “buddy system”, maksudnya, staff lama akan ditugaskan untuk guide staff baru selama satu tempoh.

Buddy asal untuk H ada sedikit masalah nak commit, jadi dia digantikan dengan buddy baru. Rupanya buddy baru tu adalah rakan sekelas masa di universiti dahulu. Kita namakan dia sebagai Sha.

Hari pertama H bekerja, semua dia ceritakan dekat aku, termasuklah pasal Sha. Rupanya Sha yang recommend dekat HR untuk review application husband aku di syarikat tu dulu.

Hari demi hari, kerap jugak aku dengar husband aku asyik sebut nama Sha. Sha bagitau ini, Sha bagitau itu. So far, semua berkaitan pasa kerja je yang aku tahu. Kira Sha ni sangat membantu lah nak blend in dalam team dia.

By the way, aku pun bekerja, dan company aku pun ada buddy system — jadi aku taklah rasa sus sangat sebab buddy aku macam tak function sangat.

Fast forward 6 bulan kemudian, aku mula ada rasa instict sesuatu. Husband aku macam biasa je, tapi ada satu perasaan yang aku rasa macam off sikit. Masih lagi suka bercerita pasal Sha. Aku dengar je tapi aku akan syak sesuatu.

Time kerja pun dia jarang mesej aku, tapi aku still anggap mungkin dia sibuk. Kat rumah pun macam biasa, handphone letak merata je sebab aku sejenis tak check pun phone husband.

Turned out instinct aku tepat. Dari status buddy, menjadi couple. Berdasarkan informer aku, ya, mereka berkasih-kasihan dalam diam. Selalu pegi lunch sama-sama, tapi cover dengan team. Banyak benda buat sama-sama.

Aku tenang, tapi pada masa yang sama aku mula buat exit plan. Aku cakap kat husband aku, aku nak ambil beberapa skill certificate, supaya aku boleh upgrade resume aku.

Aku cakap aku nak beli kereta, jadi husband aku belikan kereta cash supaya aku boleh pegi class tanpa perlu dia hantar.

Done strategy pertama. Lepas 6 bulan aku dapat certificate untuk tambah value resume aku. Aku tahu husband aku dengan Sha masih berhubungan.

Prinsip aku, selagi husband aku sendiri tak mengaku, tak kantoi sendiri, aku akan tengok je dulu sampai mana game mereka dua ni. Dengan upgraded resume, aku berjaya masuk satu GLC. Aku masih layan husband macam biasa, dan dia pun berperangai sama je seperti biasa.

Aku pun ada buat 2nd instagram profile untuk aku follow instagram Sha. Banyak kali jugak dia upload story gambar husband aku, tapi sipi-sipi ala-ala misteri macam tu. Macam lah aku tak kenal kan? Kau letak gambar celah kuku sekalipun, aku kenal juga segala bentuk tubuh husband aku lol.

Almost a year aku diamkan diri, tiba-tiba Sha follow instagram aku. Aku pura-pura terkejut tapi kekal tenang. Dia kenalkan diri dia, lepastu dia mengaku dia ada hubungan dengan husband aku dan mereka dah bincang nak berkahwin.

Aku cakap kat Sha, aku dah lama hidu hubungan dia dengan husband aku dan minta Sha jangan contact aku. Biar kami berdua laki bini uruskan sendiri.

After a few days, husband aku tiba-tiba tanya Sha ada contact aku tak. Dari situ, terbuka lah cerita semuanya yang husband aku memang ada rancang nak kahwin dengan dia. Aku? Masih tenang tapi mendiamkan diri. Semua perasaan dalam diri semua jadi kosong.

Akhirnya malam sebelum tidur, aku cakap aku tak mahu jadi isteri pertama dan minta dilepaskan. Aku cakap dengan tenang yang aku dah fikir masak-masak, dan aku tak mahu jadi isteri derhaka bila ada yang kedua.

Husband aku terdiam. Dia minta maaf. Dia mengaku yang dia salah sebab tak jaga batas. Katanya dia sendiri tak tahu kenapa dia sukakan Sha, padahal dulu masa belajar, dia bukanlah rapat dengan Sha.

Aku marah? Sejujurnya perasaan aku dah kosong. Tak ada remuk, tak ada kecewa, cuma kosong. Masa awal dulu aku dah penat berjuang untuk sayang kasih suami aku, jadi sekarang aku dah penat sebab dia tak ada usaha nak juang kasih sayang kami.

Kenapa aku tak mahu jadi isteri pertama? Sebab aku sendiri pasti yang aku tak boleh nak taat, terutamanya bila dah ada yang kedua. Aku tak mahu makan hati sampai akhirnya derhaka.

Emosi aku nampak tenang, tapi dalam kepala aku macam pasar ikan. Bising dan hectic. Biarlah suami aku control seorang wanita je dalam hidup dia, aku tak mahu dikawal lagi. Aku dah bersedia dari awal masa dia mula-mula ada affair.

Tiga bulan naik turun mahkamah, akhirnya aku sah menjadi bekas isteri dengan bantuan hakim. Kami co-parent anak, jadi tak ada masalah di situ.

Hari ini bermula lah jelajah aku sebagai janda. Benda pertama aku buat selepas habis edah — pergi ke jepun sendiri, negara yang aku dah lama nak pulang selepas tamatnya belajar di sini.

Lepas ni aku nak bawa parents aku bercuti ke Lombok pula, tunaikan semula janji-janji aku dulu. Banyak benda aku dapat capai lepas aku bercerai. Hobi yang dulu aku susah nak buat, sekarang aku boleh gunakan satu bilik di rumah aku sebagai studio untuk aku buat karya seni.

Husband aku? Aku tak tahu situasi dia. Yang aku tahu, dia tak kahwin lagi. Aku mesej dengan dia pasal nak ambil anak/hantar anak saja. Pernah aku dapat mesej yang dia rindu aku, dia menyesal, ni ujian dia, hantar reel, gambar cute-cute, tapi aku balas emoji senyum je.

Ada juga bising-bising di luar sana, kenapa aku tak fight? Kenapa aku biarkan penyondol menang? Aku cakap, buat apa nak fight kalau aku perasaan aku dah kosong? Buat apa nak fight kasih suami yang terang-terang dah curang? Jadi aku pilih diri aku, dan sayang diri aku sendiri.

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Yessss…girl power. Betul sis. I pun x fight utk suami dan penyondol. Berbulan bulan diam dan fikir strategi utk lepas kan diri. Kita dah menang bila kita dah berjaya lepas kan diri dari dia. Ms g fail cerai..hati mmg dah kosong dan dah ready dgn segala kemungkinan. Penyondol ingat dia menang…but certainly she is not 😜😜

  2. I suka dengan semangat u…u cool tak meroyan..u just let go and move on..

    Pasti 1 hari nanti ex u terima balasan ..sha pun sama…u just flip hair aje …

    Tak guna kan nak fight berebut jantan yg dah tak syg kita

  3. queen move 🤩🤩🤩 hehe moga puan dikurniakan lelaki yg lebih baik, yg lebih layak utk jaga puan Ameen ✨

  4. Salam,
    Cerita puan Sangat sesuai dengan pepatah air tenang jangan disangka tak ada buaya. Orang yang pendiam dan tenang jangan sesekali diusik. Mulut mereka memang diam dan sikap mereka sopan tapi otak mereka tajam dalam menyusun tindakan.

    Suami/Isteri yang memilih untuk curang sedangkan pasangan mereka elok saja (baik, bertanggungjawab etc) disebabkan mereka fokus pada 5% kelemahan pasangan sehingga mereka lupa pada 95% kelebihan pasangan. End up, menyesal tak sudah.
    2) “Abg tak tahu kenapa abg boleh suka sya sdgkn kat uni kami tak pernah rapat.” Lol, memanglah kau x suka sbb sya bukan target dan tujuan kau masa di uni dulu. Sekarang, dia dah jdi tujuan kau. Thats why kau pilih untuk curang.
    3) For sya, kamu dah sia-siakan masa berharga dengan layan suami orang. Memanglah dia janji yang manis2 sbb belum dpt. Dah dapat, dia tak halalkan kamu pun. Lagi dikejarnya ex istri dia.
    4) Buat suami dan isteri, banyak2kan rasa syukur pada Allah bila Allah beri kita nikmat dan ujian.. Percayalah ada jalan keluar bagi setiap masalah.
    Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *