Perkara Tentang KLCC Yang Kita Tak Tahu

Assalamualaikum,

Saya nak tulis pasal KLCC. Saya ni lahir tahun 80-an. So masa KLCC ni dibuat, saya sekolah rendah gitu.. Saya ingat lagi macam mana suasana dan perasaan menunggu menara tu siap. Semalam saya tengok dokumentari pembinaan dia dan terfikir2 sampai sekarang. Rasa takleh move on kalau tak share kat orang.

Korang tahu tak pembinaan KLCC tu mengalami banyak masalah? Cuba tengok senarai masalah ni, saya kutip dari dokumentari 40 minit tu:

1. Malaysia masa tu takde kepakaran bina pencakar langit. PM request design pelik2 yang takde orang buat.
2. Ikut kiraan, KLCC hanya mampu disiapkan dalam tempoh 8 tahun. Tapi bajet negara yang ada setakat 6 tahun sahaja.
3. Tapak cadangan KLCC ialah dataran batu kapur yang reput dan rapuh. Mustahil nak bina menara tinggi kat situ.
4. Iklim tropika kat Malaysia ni menyebabkan banyak hujan, LEBAT pulak tu. Simen akan basah dan mustahil nak bina bangunan besar dalam keadaan camtu.
5. Pada tahun 90-an, Malaysia belum maju dalam industri pembuatan keluli. Macam mana nak bina pencakar langit kalau takde batang keluli??? Nak import dari luar pulak tak mampu.
6. Salah satu tingkat KLCC terbina dengan konkrit lembut sebab kontraktor tak ikut spec. Bangunan takde tiang besi, guna simen lembut pulak… agak2 apa jadi?
7. Salah satu menara KLCC tersenget. Dah bina separuh jalan baru nampak.
8. Waktu pembinaan KLCC, berlaku serangan pengganas di Oklahoma, Amerika. Satu trak bom diletupkan depan Alfred P. Murrah Federal Building menyebabkan separuh bangunan tu runtuh. Yang menakutkannya ialah, bangunan tu SAMA macam KLCC gak takde tiang besi.
9. Pengangkutan dalam bangunan tu satu hal… KLCC kecik tak boleh sumbat banyak lif dalam tu. Macam mana nak angkut ramai orang naik ke atas tu?
10. KLCC BERHAYUN. Semua bangunan tinggi berhayun. Bak kata arkitek dalam dokumentari tu, kadang orang boleh nampak air toilet berkocak sebab bangunan berhayun. Dalam kes KLCC, jambatan tengah tu boleh memburukkan keadaan kalau dua menara saling menarik antara satu sama lain!

Sepuluh je saya ingat pagi ni. Semalam saya senaraikan ada 13 – 14 masalah lain yang saling bersangkut. Seram an… Ini lebih seram dari kisah hantu. Sekurang2nya hantu takkan buat bangunan runtuh dan orang mati tertimbus.. Awal2 lagi dah tahu banyak masalah, kenapalah nak buat jugak? Mesti korang terasa emo sekarang. Sabar dulu. Cerita belum habis. Saya nak sambung dengan senarai penyelesaian pulak yang akan buat kita kagum dengan sejarah KLCC.

1. Design KLCC. Bangunan yang nampak macam dua batang jagung tu sebenarnya berinspirasikan budaya Melayu dan kesenian Islam. Waktu Tun Mahathir request nak bangunan ‘bercirikan Malaysia’, Mr. Cesar Pelli tanya ‘ciri Malaysia’ tu macam mana? PM pun taktau nak habaq. Arkitek nampak ‘ciri Malaysia’ tu beridentitikan Islam, dia kaji kesenian Islam dan cemana nak buat menara moden bersenikan Islam. In the end Tun Mahathir sendiri bagi idea buat tapak dia bentuk Rubu’ Hizb (segi empat bersilang macam penanda juzu’ dalam Quran). Arkitek tambah baik lagi supaya lebih luas.

2. Bajet. Disebabkan Malaysia mampu sediakan bajet untuk 6 tahun saja, maka kerja pembinaan KLCC terpaksa dijalankan TANPA REHAT supaya dapat mencapat target masa tu. 24jam sehari, 7hari seminggu. Kalau terlajak sehari saja Malaysia akan kerugian 700,00. Terlajak seminggu, rugi 5juta. Kos tu maksudnya dengan gaji pekerja buruh dan pakar, sewaan jentera… bukan kos bahan pembinaan tu sendiri. KLCC jadi tapak pembinaan yang tak pernah tidur. Satu lagi pendekatan, kerajaan upah dua kontraktor berbeza untuk siapkan dua menara, supaya diorg saling bersaing dan semangat nak siapkan kerja tu on-time.

3. Tapak KLCC di tebing jurang batu kapur. Mula2 saya tak faham mana jurangnya? Rupanya ‘jurang’ tu di dalam tanah. Pening jurutera tengok takde tapak yang keras pun untuk dijadikan base KLCC. Kalau bina menara berat2 kat situ endingnya nanti tenggelam dalam bumi. Jenuh diorang fikir, kaji pengalaman2 lepas, macam mana nak buat bangunan tinggi di tapak serapuh tu? Akhirnya diorang cuba fikir luar kotak dan buat suatu yang baru untuk KLCC. Diorang bina sendiri tapak keras dan ‘pakukan’ KLCC 120 meter dalam tanah hingga melepasi ketebalan batu kapur. Disebabkan tu, asas KLCC dikira sebagai the deepest foundation in the world.

4. Waktu buat tapak tu masalah hujan lebat berlaku. Diorang pening lagi dengan hujan KL ni… Lagi sekali dorg berfikir di luar kotak, diorang ‘payung’ tapak tu dengan kanvas besar seluas 5 khemah sarkas. Sampai tapak betul2 kering dan keras barulah pembinaan bersambung.

5. Tiada keluli yang menepati spesifikasi. Fikir punya fikir, diorang cipta sebatian konkrit baru yang mampu menyamai kekuatan keluli. Menariknya, sebatian tu menggunakan bahan2 KHUSUS yang terdapat di negara kita. Nampaknya ‘darah daging’ KLCC tu sendiri tercipta dari tanah Malaysia.
Dan kelebihannya, bangunan berasaskan batu ni lebih rintang terhadap angin.

6. Dah sampai tingkat keberapa, jurutera dapat kesan kontraktor guna bancuhan konkrit yang tidak mengikut ‘resipi’. Cuak la diorag… membayangkan KLCC akan runtuh kalau diteruskan pembinaannya. Semua kerja berhenti. Diorang cek balik banyak mana tingkat yang guna simen lembik tu. Mujurnya baru satu tingkat. Dengan berat hati diorang terpaksa RUNTUHKAN BALIK tingkat yang rapuh tu dan bina semula ikut spec. Dalam temubual, memang diorang kecewa sangat sebab melambatkan masa dan membazirkan bahan. Tapi diorang kena buat juga demi menjamin keselamatan KLCC di masa depan.

7. Dah separuh siap, senget pulak satu menara. Senget beberapa mm je. Katanya, tak menjejaskan struktur bangunan pun. Tapi untuk sebuah menara tinggi, mana tahu boleh jadi bahaya kan. Engineer dia mati akal terus. Takkan nak robohkan balik 70 tingkat tu? Gosh… Sudahnya diorang buat keputusan untuk terus bina tingkat yang berbaki, ikut hala bertentangan dari arah yang senget. Elok la balik.

8. Serangan pengganas. Mengambil iktibar dari bangunan runtuh di Oklahoma, jurutera buat test adakah KLCC dapat bertahan kalau tiang konkritnya diletupkan? Keputusannya amat memeranjatkan. Bukan saja kekuatan konkrit tu boleh bertahan, bahkan KLCC masih mampu berdiri tanpa 3 dari 16 tiang asas dia. Syukur. Kalau keputusannya tak baik, rugi usaha penat lelah diorang.

9. Masalah tak cukup ruang untuk lif, KLCC terima satu lagi inovasi baru. Kali ni dari Otis pulak, syarikat pertama yang membuat lif di dunia. Otis reka lif dua tingkat, satu untuk tingkat genap dan satu untuk tingkat ganjil. Selesai.

10. Risiko menara saling menarik waktu berhayun. Jurutera reka ‘sendi’ pada sambungan skybridge membolehkan ia bergerak. Kalau satu menara berhayun ditiup angin, takde la dia tarik kawan dia satu lagi. Jangan korang bayangkan KLCC berhayun macam buai. Hayunan bangunan ni perlahan sangat, kita pun tak rasa.

Cabaran terakhir diorang ialah nak meletakkan skybridge tu ke tempatnya. Waktu jambatan tengah tergantung tingkat berapa ntah, seluruh tapak pembinaan black out kena sambar petir. Engineer dah terbayang kalau jambatan tu jatuh ke bawah. Lepas 36 jam menunggu, cuaca reda. Baru la pemasangan sky bridge dapat disempurnakan dengan kibaran Jalur Gemilang di badannya.

Apa yang ditunjuk dalam dokumentari tu sebenarnya hanya secebis kecil dari kisah pembinaan KLCC. Maklumat sebenarnya kena dirahsiakan untuk keselamatan KLCC dari sabotaj. By the way sejarah ni buat saya kagum dengan usaha diorang merealisasikan benda yang mustahil. Nampak mustahil. Rupanya ada jalan bila kita fikir. Ada je masalah datang, diorang selesaikan satu demi satu. Yang terakhir sekali black out sebab hujan ribut tu diorang takleh buat apa. Itu pun tugas masih dapat disempurnakan, awal beberapa hari sebelum deadline.

Saya tahu ada banyak pendapat pro and cons di luar sana tentang KLCC. Tapi kat sini saya nak ajak korang ambik benda yang positif; tentang ilmu, kecekalan, tabah dan pantang mengalah. Juga nilai Islam di sebalik KLCC tu sendiri, dan visi pemimpin di sebalik pembinaannya. Ayah saya veteran askar zaman komunis. Selalu saya dengar susahnya hidup waktu perang. Saya dapat faham fikiran Tun Mahathir yang rasa terhina dijajah British dan Jepun. Saya faham bagaimana berkobarnya beliau nak Malaysia bangun berdiri sama tinggi dengan penjajah. Dan bila saya study abroad, Malaysia dikenali dan dipuji. Orang tahu KLCC dan tahu Malaysia. Kira dari sudut pembangunan tu tercapai la hasrat Tun nak Malaysia dikenali.

Saya, awak, kita rakyat Malaysia tak patut bangga dengan KLCC kalau kita tak ambil semangatnya. Saya sendiri, lepas tengok dokumentari tu, takkan lagi melihat KLCC dengan pandangan sebelumnya. Saya rasa lebih hormat pada mercu tanda negara ni sebagai penghormatan kepada insan2 hebat yang membinanya.

Maaf kalau ada kesilapan fakta. Million thanks to admin kalau sudi publish :)

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit